Sukan Rakyat: Batu Seremban - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Sukan Rakyat: Batu Seremban

17 Oktober 2016

Sukan Rakyat: Batu Seremban

As Salam and greetings to dear readers.

Actually Sukan Rakyat : Batu Seremban ini adalah salah satu permainan yang terdapat di dalam Mini Karnival sukan syarikat tempat kerja Mrs. A baru-baru ini. Mini Karnival sukan ini adalah anjuran Kelab Sukan & Rekreasi. Semua ahli kelab yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai mana-mana permainan dan pertandingan yang dianjurkan. 

Oleh kerana tiada satu pun permainan mahupun pertandingan yang berjaya menarik minat Mrs. A untuk menyertainya entah macam mana AJK Kelab sukan telah memaksa Mrs. A untuk menjadi urusetia bagi permainan sukan rakyat iaitu pengkhususan untuk Batu Seremban.

Selain daripada Sukan Rakyat yang terdiri daripada Batu Seremban, Karom, Dam Aji dan Congkak. Terdapat juga beberapa lagi acara sukan iaitu Sepak Takraw, Bola Sepak dan Bola Tampar. 

Pertandaingan nyanyian Karok La Kau, Master Chef dan pertandingan Mewarna bagi anak-anak Ahli Kelab juga turut diadakan. Kesemua acara tersebut telah diadakan di Center Court, Paroi. Ala.... tempat Mrs. A hari-hari training netball dulu tu...

Okay tak mahu cerita permainan dan pertandingan yang lain-lain tu, ini khusus nak cerita pasal Batu Seremban aje cos Mrs. A adalah urusetia untuk Batu Seremban. Tak tahulah apa kes depa nih! (AJK Kelab Sukan) memula minta Mrs. A jadi urusetia pertandingan mewarna tapi bila joblist keluar tetiba ternampak nama Mrs. A person in-charge (PIC) untuk Batu Seremban. Membebel jugaklah Mrs. A tak berapa nak setuju cos Mrs. A tak pandailah main Batu Seremban dengan "Batu 5" cenggini rupa hah!

Batu Seremban Standard Size katanya (Batu 5) RM15.00 satu set
Kalau Batu Seremban lejen a.k.a Batu Simbang yang Batu 7 memang dari batu jalan sebenar tu hah! yang itu pandailah. Ambil satu, ambil dua, ambil tiga pastu timbang ko kumpullah mata sampai lebam atau selagi tak mati kansss?! Tetapi AJK bertugas kata takpe jangan risau kami bantu [ada orang yang akan tunjuk] lalu Mrs. A pun setuju ajelah lagipun tak mahulah banyak bunyi sangat nanti orang meluat pulak. So take it as a challenge.

Sehari sebelum kejadian sebenar, iaitu sebelah petang lebih kurang pukul 3.30 petang PIC untuk kategori setiap permainan diminta datang ke Center Court, Paroi untuk membantu persediaan apa yang patut. Jom! layan gambar-gambarnya.

Bergambar di banner haruslah kanss...
Haish! lamonya jurukamera nih nak snap. Lotih den songeh dah tekau!
Yang cik tu PIC Congkak yang tuan tu PIC Dam Aji
Testing, testing
Nampak sangat barunya si papan karom nih!
Sebaik sahaja Mrs. A dah diberi taklimat mengenai permainan Batu Seremban dan jugak diberi details untuk dibaca berkenaan permainan Batu Seremban tu panik sekejap dibuatnya. Part yang paling panik dan stress adalah bila Abang Omar (AJK tertinggi untuk sukan rakyat) cakap "kau kena uruskan pengadil jugak". What!!??? pengadil??? hew!...hew...! hew!! pada mulanya Mrs. A minta tolong Kak Z dan cik F jadi pengadil tapi bila Mrs. A minta dia orang tunjukkan cara bermain Batu 5 tu mereka pun tak confident dan bila Mrs. A bermain dengan mereka nampak gaya macam Mrs. A lagi terror muaaahhhaaaa...

Begini cara bermain Batu 5 dalam syarat-syarat dan peraturan bermain yang disediakan oleh AJK Sukan Rakyat tu: (Dicedok dari sumber tertentu)

Buah Satu: Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ketangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.

Buah Dua: Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.

Buah Tiga: Sama juga seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

Buah Empat: Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

Hah! bila sampai part buah lima ini yang dah caca-merba semua yang ada time tu tak faham muahhaaaaahaa... "tadi yang kau kata tahu tu, kenapa sekarang tak tahu?".

Buah Lima: Serakkan biasa, ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan, sambil meletakkan kelantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (2 buah ditangan kiri dan 2 ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung dan sekali lagi lambung kumpulkan buah ketangan kanan.

Buah Sentuh: Seperti buah satu, suma sentuh sahaja setiap buah dilantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah.

Buah Pungut: Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ketangan kanan semula.

Buah Tukar: Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah dilantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar, akhir sekali, sambil lambung letakkan buah ditangan kelantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.

Buah Lambung: Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut astu buah dilantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ketangan kanan.

Last sekali Buah Timbang: Untuk menentukan mata/ point timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ketapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

Macam mana readers ingat lagi tak permainan Batu Seremban Buah 5 nih!?? Pandai??? Boleh main??? Kalau pandai dah boleh masuk pertandingan professional tu macam pengadil nih!

Ha! tu dia Puan Alin (baju kuning ditengah-tengah) "pengadil" yang Mrs. A berjaya cari di saat-saat akhir
Okay cerita sikit kenapa Mrs. A rasa Alin layak jadi pengadil. Ingat tak di awal-awal AJK ada kata jangan risau nanti ada orang yang akan tunjuk ajar, kata depa lagi dia tu memang biasa main Batu Seremban secara professional. Dia tu adalah isteri kepada salah seorang ahli kelab jugak.

Bila dia register nama sebagai pemain, hurm... Mrs. A rasa ini tidak adil pasti Alin yang menang nanti. Terus Mrs. A jumpa Abang Omar dan cakap kat dia Mrs.A nak Alin yang jadi pengadil. Mujurlah Abang Omar setuju dan tidak membantah. Of course yang paling understanding dan memudahkan kerja adalah Alin. Berbanyak-banyak terima kasih Mrs.A ucapkan pada Alin kerana sudi menjadi pengadil.

Setelah peserta diberi taklimat syarat-syarat dan terma-terma permainan Alin pun tunjuk demo dulu cara permainan Batu 5. Fuh... cantik dan lembut aje lenggok si Alin nih! memang gaya selalu main Batu 5 nih! Alhamdulillah semua peserta tiada bantahan dan puashati dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh Alin.

Oleh kerana tiada seorang peserta pun sampai ke tahap buah timbang maka pemenang ditentukan dengan cara siapa yang mampu sampai ke buah yang paling tinggi setelah bermain sebanyak tiga pusingan.

Sebelum kita tengok siapa yang menang. Apa kata kita layan... gambar mana-mana yang Mrs. A sempat snap time Mini Karnival sukan tu berlangsung.

Pengadil sedang memberi demo
PIC berdiri jer..
Ada juga The clown dan juga Bumbong photo booth
Dah kata free haruslah fully utilise kansss... Aryssa.
Sementara menunggu pemenang diumumkan tu sempat jugaklah Mrs. A melawat kawasan ke lain-lain pertandingan yang sedang berlangsung.

Master Chef Daerah P.D dapat hadiah saguhati
Inilah dia juara Master Chef 2
Permainan Karom
Permainan Congkak
Karok La Kau
Okay! akhirnya tugas Mrs. A pun berakhirlah setelah pemenang-pemenang permainan Batu Seremban kategori wanita diumumkan.

Pemenang tempat keempat daerah mana??? adoi lupalah akak ni daerah mana
Pemenang tempat ketiga pun tak hengat daerah mana
Yang ini pulak pemenang tempat kedua daerah Kuala Pilah
Tu dia juara permainan Batu Seremban dari daerah Jempol
Walaupun Mini Karnival sukan belum berakhir tetapi Mrs. A mohon pulang dulu. Dah tak laratlah nak tunggu sampai ke habis. Dengar ceritanya sampai ke pukul 6.00 petang cos pertandingan bola tampar mengambil masa yang agak panjang untuk tamat. Itulah mungkin AJK tertinggi perlu buat post-mortem kelemahan dan kekurangan Mini Karnival sukan yang pertama kali diadakan ini, supaya di masa-masa akan datang tiadalah  lagi pertandingan yang mengambil masa sebegitu lama.

Pada pendapat Mrs. A secara keseluruhannya Mini Karnival sukan ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang. Acara sebegini dapat merapatkan silaturrahim dan ukhwah sesama staff. Bukan senang semua staff dari daerah Rembau, Jempol, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan Ibu Pejabat dapat berkumpul secara serentak begini. Sesekali berjumpa dalam acara sebegini memang seronok dan terasa friendly.

Okay itu saja nak kongsi kisah Sukan Rakyat : Batu Seremban. Majulah sukan untuk semua. 

10 ulasan:

  1. Saya reti main congkak. Dulu-dulu masa kecik-kecik selalu juga campur kawan-kawan pompuan. So ada kena la try main congkak dan batu seremban. tapi batu seremban ni, susah. tak pernahnya dapat bila timang.. tercicir sesaja.

    BalasPadam
  2. WAH MRS A DAH ARIF JJADI PENGADIL BATU SEREMBAN YA...DULU2 NK MENANG MAIN NI PERLU KIRA JUMLAH YG MAMPU DIKUTIP BATU YG DILAMBUNG

    BalasPadam
  3. Terima kasih, Maklumat yg sangat bermanfaat

    Regards
    Budy | Travelling Addict
    www.travellingaddict.com

    BalasPadam
  4. Dulu masa kecik2 terror la main congkak tapi sekarang susah nak jadi juara semula.. hehehe kalu batu seremban memang saya surrender dulu, sbab tak reti nak imbang.. =)

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat bersukan. Saya dah bertahun tak aktif, lutut rosak daa..:)

    #Cantik template baru ni cuma kalau boleh tukar warna font jadi lebih gelap sikit..;)

    BalasPadam
  6. Dah lama tak main batu seremban ni. Hehe

    BalasPadam
  7. tapi tu batu seremban versi 5 batu kan...

    kat kampung saya selalunya main yg versi 7 batu..

    tapi saya tahu je main dua2 versi.. dulu penah dapat naib johan batu seremban dalam 1 pertandingan sukan rakyat kat USM.. heheh

    congkak saya dapat tempat ketiga ja..

    BalasPadam
  8. bgs ada prog mcm ni mendekatkan generasi skrg dgn permainan lama... bkn asyik hadap game je 24 jam ;-)

    BalasPadam
  9. Susah tau main batu seremban batu 5 tu biasa batu 7. Kenapa batu seremban eh x batu nilai ke batu jelebu ke ehehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©