Moh Ghayo Kek Sekolah 2016

September 15, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Throwback cerita Moh Ghayo Kek Sekolah 2016, dah lama benar duk kat draft malam tadi dah touch itu pasal dah boleh publish.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Mrs. A turut serta dalam annual event Alumni ex-STAD aka Alumni Bekas Pelajar Sekolah Tunku Ampuan Durah. Kalau nak baca cerita  tahun lepas klik Ghayo 2015 dan dua tahun lepas klik Ghayo 2014. Moh Ghayo Kek Sekolah ini bermula sejak tahun 2013 tapi tahun pertama tu Mrs.A tak join pun.

Event Moh Ghayo Kek Sekolah ini terbuka kepada semua ahli Alumni ex-STAD tak kira di mana jua anda berada. Yuran pendaftaran untuk menjadi ahli adalah RM10.00. Untuk menjadi ahli seumur hidup yuran adalah sebanyak RM150.00. Ahli biasa RM3.00/bulan atau RM36.00 setahun bayaran boleh di buat setiap bulan atau setahun sekali. Kalau nak tahu detail boleh email di alumnistad@yahoo.com

Tajuk event memanglah hari raya tapi tarikh sebenar kejadian dah habis hari raya pun. Macam tahun ini tarikh event tu adalah pada 20 Ogos 2016 iaitu dah tiga minggu habis Syawal hah! Menurut AJK dan juga pihak penganjur, bukanlah mereka sengaja memilih tarikh lewat sangat dari hari raya sebenar tetapi dewan sekolah yang tiada kekosongan.

Pada kebanyakkan tarikh semasa masih di bulan Syawal dewan telah terlebih dahulu di tempah oleh pelbagai agensi dan juga individu. Kenalah ikut first come first servekan... kalau tak? Tak adillah pula.

Actually sebelum event hariraya berlangsung di sebelah paginya telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 9. Tahun ini tiada pemilihan AJK kerana ianya telah diadakan pada tahun lepas kalau tak silap Mrs. A pemilihan AJK dilakukan dua tahun sekali.

Ketibaan para jemputan lebih kurang pukul 11.00 pagi
Inilah dia barisan AJK/Urusetia event yang terdiri daripada pelbagai Batch
AJK/Urusetia event dari Batch yang sama dengan Mrs. A
Selain daripada jamuan makan, event juga dimeriahkan dengan beberapa lagi acara lain iaitu persembahan kumpulan dan juga solo dari pelbagai batch yang hadir. Kemudian diselang-selikan dengan lucky draw dari awal hingga habis event. Macam-macam lucky draw ada. 

Ada jugak pertandingan santai seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu kategori pakaian mengikut tema lelaki/wanita, pasangan sedondon, family sedondon, pasangan sejoli (dua-dua bersekolah di STAD), bekas pelajar paling jauh dan juga paling muda, batch paling ramai hadir dan persembahan terbaik.

Okay! meh kito layan gambar.

Pemenang Persembahan Terbaik dari batch 94
Eh! eh! eh! tak sangka Mrs. A menang uols. Kategori wanita pakaian ikut tema. Ha! bukan setakat pakaian aje tau kasut tudung, handbag, mata semualah cokelat gitu...
Pemenang Pasangan Sedondon (2 tahun berturut-turut)
Pemenang/penghargaan bekas pelajar paling jauh iaitu dari Kucing, Sarawak.
Pemenang Batch paling ramai hadir iaitu Batch '81
Kemain Aryssa!! happy sangat dapat bergambar dengan Aunty Marisa katanya
Antara batch Mrs. A yang hadir 
Mr A and the gang
Banyak sangat jurugambarnya tak tahu nak tengok mana satu
Sekeluarga bergambar bersama Marisa Yasmin junior Mrs.A time sekolah
Kemain Mr.A tu senyum sampai ke telinga bila bergambar dengan retis cun
Classmate and Aspuri time form 4 - 5
Mrs. A ingat , dah tinggi dah rupanya Marisa lagi tinggi.
Ferfeeling no feeling
Ha! nak tahu tak apa hadiah yang Mrs. A menang tu??? Lucky draw pun Mrs. A dapat jugak tau tapi pyjamas jer... Hadiah yang menang "pakaian ikut tema" tu adalah blender. Macam tahu-tahu aje Mrs. A memang berkira-kira nak beli blender pun, jadinya tak payah beli cos dah dapat free of charge. Alhamdulillah.

Okay! itu saja nak shared cerita Moh Ghayo Kek Sekolah 2016 semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.


Sesetengah photo kredit to FB pages ex-STAD

You Might Also Like

4 comments

  1. MERIAH SEKALI MAJLISNYA TU..TAHNIAH MENANG BANYAK HADIAH..REZEKI TU

    ReplyDelete
  2. kemain meriah.. tak sangke dulu akak 1 sekolah dgn pelakon tu.. hihi.. murah rezeki menang byk hadiah..

    ReplyDelete
  3. bestnya! aktif betul korang ye. bukan semua sekolah ada buat reunion macam ni, berkumpul ramai2 tak kira batch.. beruntung sangat mrsa dapat sekolah macam tu. huhu.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me