Cerita Hariraya Aidiladha 2016

September 14, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Rasanya belum terlambat lagi untuk Mrs. A ucapkan selamat hariraya Aidiladha a.k.a hariraya korban a.k.a hariraya Haji buat readers blog Mrs. A ini. Walaupun hari ini umum sedia maklum wordless Wednesday katanya tapi tak dapatlah nak wordless sangat cos dah empat hari tak up-date blog. Nampak sangat tu derhaka pada blog kansss??

Actually bukanlah Mrs. A tak nak up-date tetapi line Cxxcxx di kampung Mrs. A pada hariraya Aidiladha tahun ini sangatlah teruk. Terputus habis dari dunia alam maya bukan setakat blog lain-lain media sosial pun sendu aje, tapi takpelah Mrs. A okay jer...

Hariraya Aidiladha tahun ini alhamdulillah Mrs. A dan keluarga diberi rezeki olehNYA untuk menunaikan ibadah korban. Korban seekor lembu di taman tempat Mrs. A tinggal tu tapi Mrs. A tak pergi pun time lembu tu disembelih cuma Mr. A aje yang pergi.

Actually plannya pada hariraya tu nak join konvoi side Mr. A ke kampung Balun di Slim River, Perak iaitu balik ke kampung M.i.l. ntah macam mana pagi raya tu Mr. A kata tak jadilah cos dia kurang sihat rasa tak fit nak drive. Kids pun suka aje tak membantah Mrs. A pun okay jer... lagipun lepak-lepak kampung sendiri tentulah lebih nikmat ngeh! ngeh! ngeh!

Hariraya Aidiladha kat kampung Mrs. A takde pun budak-budak datang beraya walaupun juadah raya macam-macam ada. Ada nasi himpit kuah kacang, rendang daging, rendang ayam dan juga lemang tapi we all ajelah yang makan. Hurmmm... nampak sangat zaman dah berubah. Berbeza dengan zaman Mrs. A kecik-kecik dulu hariraya Aidiladha tetap jugak beraya rumah jiran-jiran.

Aktiviti pagi raya we all adik-beradik pergi ziarah kubur orang-orang yang kami sayang yang telah dikebumikan di kampung ini. 
Al-Fatihah buat arwah Abah, Uwan dan PakNdak semoga aman-damai di alam sana

Selepas itu dah takde apa nak buat Mrs. A pun gait rambutan gigih dengan berbaju kurung tu muahhaaaaa...

Gait jangan tak gait
Kemudian Bangah ajak pergi Mydin Hypermarket, kat Tampin yang baru buka tu. Apa lagi 'on' ajelah. 

Adik dengan ayah (bangah) boleh pulak sedondon

Ait... Mrs. A pun sedondon dengan bangah ha!!! yang sorang lagi peace yo tu kakngah (my elder sister)
Lepaking kat Mydin, Tampin sampai lebam dah tu baru ler... balik.  Shoppingnya tak banyak mana pun setakat beli breeze aje ngeh!ngeh!ngeh!

Kepada readers yang melakukan ibadah korban semoga kita berjaya membuat korban terbaik serta dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. In Sha Allah.

Okay! itu sahaja nak shared cerita hariraya Aidiladha 2016. 

You Might Also Like

9 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha Mrs. A.. :-)

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Tahniah dapat menjalani ibadah Qurban.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya mrs A
    raya tahun ni kita tak balik kampung pon.. bermusafir orang kata.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraya di perantauan la ni kiranya.. hehehe

      Delete
    2. tahu takpe.. huhuhu.. :'(

      Delete
    3. Takpe, adalah juga pengalaman hari raya diperantauan gitu ;-)

      Delete
  4. kampun saya un dah x de budak2 datang beraya.. hehehe
    selamat hari raya...

    ReplyDelete
  5. xda story raya aidiladha tahun ni rupanya di blog sendiri.. huhuhu

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me