Pertama Kali Kena 'Mild Heart Attack'

August 26, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Walaupun dah hampir 2 minggu kejadian ini berlaku sajalah Mrs. A nak kongsi kisah pertama kali kena mild heart attack ini atau dalam bahasa melayunya serangan jantung ringan. Actually ini adalah kejadian pertama Mr. A tu sakit sangat sampai dia sendiri yang minta Mrs. A yang hantar pergi hospital.

Ini memang rare dan sangat pelik. Selama ini Mr. A tu memang penakut kalau disuruh pergi hospital liat sangat sanggup menahan sakit, demam, pening kat rumah aje, takut sangat kalau dirinya dicucuk-cucuk dengan jarum. Biarlah parang ke pisau ke orang gertak kat dia itu lagi okay dari jarum hospital katanya.

Seawal pukul 7.30 pagi macam tu we both dah gerak dari rumah untuk ke hospital KPJ Seremban. Actually Mr. A dah mengadu sakit dada tu dari pukul 4.00 pagi lagi. Katanya dada dia sakit sangat mencucuk-cucuk bukan itu sahaja kat bahagian belakang belikat ni pun sakit katanya. Time tu dia suruh sapu tiger balm aje. Mrs. A pun sapulah kat dada dan kat belakang tapi yang akhirnya Mrs. A pulak yang tertidur. (Haish! teruk punya bini tolong jangan tiru ya).

Lepas solat subuh tu sakitnya tak hilang jugak bertambah sakit adalah. Itu yang dia minta hantar pergi hospital. Setiba di hospital Mr. A terus masuk ke bahagian emergency sementara tu Mrs. A pergi parking kereta dulu. Alhamdulillah parking lot masih banyak kosong. Kemudian terus mendapatkan Mr. A di bahagian  emergency. Tanya kat nurse katanya Mr. A ada kat dalam tengah buat procedure pastu nurse suruh Mrs. A tunggu. Sambil tunggu tu punyalah tak tentu arah, risau, panik semua perasaan bercampur-baur. Doa pada Allah minta takde apa-apa yang serius.

Tak lama kemudian Medical Officer panggil Mrs. A katanya berdasarkan procedure yang mereka buat antaranya check ecg, bp dan lain-lain tu "kami dapati husband puan kena mild heart attack. Tapi untuk pengesahan sebentar lagi kita tunggu pakar jantung sampai. Tapi takpe puan tak perlu bimbang kami dah bagi ubat dan sekarang kita nak bagi keadaan dia stabil."

Pastu dengan muka blurred tanya mild heart attack!? Setahu saya selama ini husband saya tak pernah ada sakit jantung. Lalu MO pun menerangkan bahawa sakit jantung tu ada banyak jenis dan pelbagai peringkat. Jenis sakit jantung Mr. A ini adalah saluran darah di jantung tersumbat. Saluran darah di jantung tersumbat disebabkan oleh kolesterol tinggi. Punca utama kolesterol tinggi adalah cara pemakanan yang salah dan tidak sihat. Bila dingat-ingat balik lifestyle Mr. A tu hurmm... ada benarnya tu.

Kemudian Mrs. A pun pi tengok Mr. A kat dalam tirai tu dah tukar baju hospital pun terbaring lemah, badan semua dah penuh dengan wayar-wayar, air dah masuk, hidung pun dah bersambung dengan wayar oksigen, sedih sangat tapi tahan jer.. buat-buat senyum dan macam takde apa-apa, tak naklah bagi dia tengok kita sedihkan nanti dia lagi sedih.

Nurse dah minta dia kumpulkan barang-barang peribadi bagi kat Mrs. A iaitu wallet, handphone, baju dan cincin. Kena admitted masuk C.I.C.U (Cardiac Intensive Care Unit). Rupanya admitted terus ingatkan kena tunggu pakar jantung dulu. Admitted dulu pakar jantung tu cerita kat CICU nanti.

Mrs. A pulak kena pergi kat kaunter admission isi form and personal information Mr. A dah settle segala procedure admission barulah masuk ke CICU di level 2.

Untuk gambaran lebih jelas. Okay! shared gambar sikit dari blog Dr Norman

Artery (saluran) terhalang oleh kolesterol (Cholesterol plaque) menyebakan darah (blood clot) tidak dapat mengalir ke jantung.


Oooopsss tapi jangan salah faham pula ya itu bukan doktor yang merawat Mr. A itu sekadar nak shared dengan lebih detail mana letaknya saluran di jantung kita tu (artery). Doktor yang merawat Mr. A namanya Dr. Choo WS.

Sambung cerita di CICU pulak. CICU ini samalah dengan ICU cuma dia special untuk pesakit jantung. Kat sini bukan semua orang boleh masuk dalam satu-satu masa. Biliknya sentiasa berkunci nak masuk kena tekan button. Setiap patient ada seorang nurse masing-masing.

Lebih kurang 20 minit kemudian Dr. Choo pun sampai check sana sini aka exam Mr. A. Baca medical report then terangkan kat we both katanya ini memang mild heart attack, maybe salah satu dari saluran utama di jantung Mr. A tersumbat berapa peratus tidak pasti, Tapi maybe lebih dari satu yang kecil-kecil pun ada yang tersumbat peratusan tidak pasti.

So kena buat angiogram. Lepas buat angiogram baru boleh pastikan berapa tersumbat dan berapa peratus keadaan tersumbat itu. Jika tersumbat itu 50 peratus kebawah masih boleh di rawat dengan ubat sahaja katanya. Tapi kalau lebih dari 50 peratus dicadangkan supaya buat rawatan angioplasti.

Apa itu angiogram dan apa itu angioplasti? Mrs. A nak terangkan secara details pun tak pandai tetapi secara ringkasnya dan apa yang Mrs. A faham angiogram tu adalah ujian x-ray salur darah jantung. Satu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) tetapi kalau tidak boleh di tangan. Angiogram akan dibuat melalui kaki (femoral artery) dan terus ke jantung.

Dalam kes Mr. A doktor gunakan tangan iaitu tangan kanan. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Melalui proses tersebut doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung dan juga sesuai atau tidak untuk rawatan angioplasti atau sebaliknya.

Angioplasti pulak adalah proses di mana doktor akan cuba membuka salur darah jantung yang tersumbat dengan menggunakan belon khas atau 'stent'. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan perlu dan kebiasaanya untuk sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) sahaja akan dibuat angioplasti. Untuk sumbatan yang tidak serius rawatan dengan ubat-ubatan sudah memadai.

Dr. Choo bercadang untuk buat angiogram kat Mr. A pada pagi Isnin dan jika semuanya berjalan lancar dan dipersetujui oleh kami bolehlah diteruskan dengan angioplasti sejurus selepas angiogram dilakukan.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi Saturday tu Mrs. A pun pulang dulu lagipun Dr. Choo kata biar patient tidur dan rilex jangan diganggu. Maka Saturday dan Sunday tu dengan rasminyalah Mr. A menjadi patient di sini.

Katil Mr. A nun dihujung sana sebelah kanan.  Nampak tak?? tengah duduk tu Dr. Choo.
Hurmmm... memang tak nampak pun saja buat lawak.

Dipendekkan cerita pada pagi Isnin lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Mr. A pun masuk ke bilik lain [tak ingatlah nama bilik tu ala-ala bilik bedah la] untuk menjalani procedure angiogram dan angioplasti. Masa yang diambil untuk buat angiogram tu katanya setengah jam aje tapi time Mrs. A tunggu kat luar tu lebih kurang satu jam jugaklah.

Settle angiogram Dr. Choo panggil Mrs. A masuk bilik yang depa buat angiogram di suatu sudut yang lain lalu memberi penerangan dengan apa yang dia buat tadi katanya ini salur jantung utama yang tersumbat sudah 100% tersumbat sambil tunjuk kat screen komputer. Ini yang kecil-kecil yang tersumbat lebih kurang tiga saluran ada 30% dan ada 70% tapi itu tidak mengapa hanya perlu makan ubat katanya. Sekarang yang ini sambil tunjuk saluran utama tu perlu buat angioplasti. Kita cuba tembak belon dulu tapi kalau tak boleh perlu masuk stent katanya. Kemudian Mrs. A disuruh keluar semula dan Dr. Choo and the gang meneruskan procedure untuk angioplasti.

Tambah masa lagi lebih kurang satu jam cenggitu baru settle proses angioplasti tu. Alhamdulillah syukur, thank you Allah. Angioplasti berjaya dan sekali lagi Dr. Choo panggil Mrs. A masuk dan menerangkan kepada Mrs. A apa yang telah mereka buat tadi. Katanya yang tersumbat tu terpaksa masukkan stent aka spring dan agak panjang jugaklah stent tu coz percubaan untuk guna belon sahaja tidak berjaya sebab sumbatnya terlalu tebal dan panjang. Hah! cenggitulah lebih kurang penerangannya dalam bahasa mudah untuk difahami. Kalau dia guna medical term kang haru pulak Mrs. A nak faham. Actually procedure untuk buat angiogram dan angioplasti tu hanya menggunakan saluran darah sahaja takde bedah-bedah pun.

Tengok tu sejurus selepas angioplasti aje dah boleh guna phone berWhatsApp

My parents in-law always there for us. Thank you emak dan abah.

Sejurus selepas itu Mr. A dimasukkan semula ke CICU dan Dr. Choo buat scan tengok kat jantung yang tersumbat sebelum ini time scan tu nampaklah jantung tu dah tak tersumbat lagi dan darah dah mengalir. Mr. A pun kata dada dia terasa lapang dari sebelum ini. Pastu duduk sehari lagi kat CICU tu Haish! ingatkan dah boleh balik. Tuesday pulak kata Dr. Choo kena pindah ward biasa unfortunately tiada ward yang kosong uols, one bed fully occupied begitu juga dengan four bedded. Tengah malam barulah dapat pindah ke ward four bedded. Adoi! hospital pun ngalahkan hotel uols. Finally Wednesday morning takdelah morning pun dalam pukul 12.00 tengahari cenggitu barulah dapat discharge.

Tu dia dengan segala macam ubat yang perlu di makan setiap hari.

Untuk memudahkan Mr. A kekdahnya Mrs. A belikan dia container macam tu. Hijau untuk selepas makan, purple untuk sebelum makan.

Ini pulak Beta Oat yang Mil bagi untuk permulaan. Lepas ini beli sendiri la nok!!!
Beta Oat ini bagus untuk mereka yang bermasalah kolesterol tinggi katanya. 

Ini surau kat KPJ terletak di ground floor cantik dan bersih.
Telekung pun tersedia stylo lagi bersih dan selesa untuk digunakan

Ini we both naik buggy service. Minta untuk dihantar ke tempat parking

Maknanya sesiapa yang parking agak jauh nun di belakang hospital tak perlu risau untuk berjalan jauh. Panggil aje buggy tu minta hantar. Sekali jalan boleh muat tiga orang sebelah driver satu belakang dua.

Oh! ya cost untuk buat angiogram di KPJ Seremban adalah RM5K. Manakala untuk angioplasti pula RM15K untuk satu stent sahaja. (Mujur Mr. A satu stent aje). Huhuuuu... itu tak termasuk cost CICU, ubat dan lain-lain lagi tu. Itulah kalau dah sakit untuk mengubatinya adalah lebih mahal dari mencegahnya.

Oleh  yang demikian dear readers jagalah kesihatan ya... sebab mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Okay itu saja kisah pertama kali kena Mild Heart Attack.


Kredit to alinmarlini.com & drnorman.com.my



You Might Also Like

13 comments

  1. Salam....Singgah pagi jumaat...
    semoga Mr.A amalkan pemakanan yg lebih sihat..
    semoga family Mrs.A sihat sentiasa..Amin..

    ReplyDelete
  2. SYUKUR ALHAMDULILLAH MR A SUDAH PULIH SEDIAKALA.

    ReplyDelete
  3. semoga MRS A dikuatkan semangat dan MR A cepat sihat
    follow sini #212
    follow back and keep in touch mrs A :D

    ReplyDelete
  4. Get well soon Mr. A... Semoga Mrs. A tabah hadapi dugaan ni...

    ReplyDelete
  5. semoga suami Mrs A kembali sihathendaknya, betul tu pemakanan adalah punca utama penyakit dalam tubuh kita, semoga dipermudahkanNya jua buat Mrs A sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. samgat mahal kosnya..
    betullah..mencegah lebih baik dari mengubat..

    ReplyDelete
  7. Get well soon Mr. A.. semoga tabah hadapi dugaan ini ye. inshaAllah smuanya sihat. amin.

    ReplyDelete
  8. Situasi sebenar mesti cemas kan? tapi cara punulisan rileks je… respek!

    Cakap kat mr A, patoh doktor ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu uncle memang cemas, risau dan tak tentu arah pun.

      Delete
  9. Betul kata Uncle Gedek.. Setuju tu..

    ReplyDelete
  10. Wkmsalam.
    Semoga En Suami beransur pulih.
    Sebenarnya kita orang lelaki ni paling takut sakit jantung spt ni.
    Tu yang mintak hantar ke hospital cepat2.
    Satu lagi, kalau yang muda2 ni ambillah insurans perubatan.
    Tenguk kos, takut.

    ReplyDelete
  11. semoga encik suami sembuh... bahaya juga bila terkena tiba2

    ReplyDelete
  12. hu hu harap mr.a sihat.
    jgn culas makan ubat ekk...
    aida & asben da few times nak gi cek up.
    umur da senja gini kena la cek up kan...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me