Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas

22 Ogos 2016

Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas

As Salam and greetings dear readers.

Berita gembira untuk penduduk di sekitar Daerah Gemas. Rasanya masih belum terlambat untuk Mrs. A berkongsi berkenaan Pembukaan Kaunter Bergerak SAINS Di Daerah Gemas ini.

MRS.A-Pembukaan-Kaunter-Bergerak-SAINS
Kaunter Bergerak SAINS akan bermula hari ini 22 Ogos 2016

Bermula dari tarikh hari ini iaitu 22 Ogos 2016 Kaunter Bergerak SAINS akan berada di lokasi anda seperti berikut:-

Lokasi: Perhentian Bas Gemas

Tarikh: Setiap Hujung Bulan Bermula 22hb hingga 30hb (kecuali Ahad)

Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

  • Pembayaran Bil kuning (Notis Peringatan)
  • Pembayaran Bil Merah (Bil Pemotongan kecuali hari Sabtu)
  • Pengeluaran Salinan Bil Air
  • Penutupan Akaun (Tidak melibatkan bayaran deposit air)
  • Kutipan Bil Air
  • Aduan Pelanggan Berkaitan Dengan Masalah Bekalan Air

"Bayar Awal, Elak Pemotongan"
"Bil Anda, Tanggungjawab Anda"

Semoga dengan adanya Kaunter Bergerak SAINS di Daerah Gemas ini dapatlah memudahkan penduduk sekitar untuk membayar bil air masing-masing.

Ha! ni sedikit pesanan khidmat masyarakat daripada Mrs. A bil air jangan lupa bayar ya... jangan kumpul-kumpul kalau dah terkumpul jadi banyak itu yang buatkan lagi susah nak bayar tu.


4 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©