Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan

August 04, 2016

As Salam and greetings to dear readers.


Hai..hai..hai.. readers tolong jangan kecam Mrs. A ya sebab cerita raya lagi... tengok tajuk aje dah boleh agakkan?? Tetapi Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan ini bukanlah cerita raya biasa. Ini Mrs. A kena kerja da... jadi AJK katanya.

Gabungan Badan Berkanun tersebut adalah terdiri dari lima Badan Berkanun di Negeri Sembilan iaitu:-

1. Lembaga Muzim Negeri Sembilan
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
3. Yayasan Negeri Sembilan
4. PKNNS dan
5. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS)

Okay! kasi tepek kad jemputan sket.

Mrs.A-inilah-rupa-kad-jemputannya
Inilah rupa kad jemputannya

Actually Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 adalah tahun kedua ianya diadakan dan tuan rumah pada tahun ini adalah Yayasan Negeri Sembilan. Tempat yang mereka pilih adalah di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES). Manakala pada tahun pertama dahulu tuan rumahnya adalah PKNNS pada tahun tersebut tempatnya di perkarangan office Mrs. A aje al-maklumlah banggunan yang syarikat Mrs. A kerja itu adalah bangunan PKNNS. Tahun lepas santai sangat Mrs. A dan gang lunch turun aje datang makan-makan sampai lebam ngeh! ngeh! ngeh! 

Berbeza dengan tahun ini Mrs. A kena bertugas dan bergabung dengan setiap gabungan badan-badan berkanun berkenaan. Setiap gabungan ada tugas dan peranan masing-masing. Masing-masing juga ada khemah dan gerai yang harus dikawal selia dan dipertanggungjawabkan. Di antara tugasan AJK adalah memantau outsources dan mengalu-alukan tetamu.

Menu bagi syarikat tempat Mrs. A kerja adalah minuman dan mee kawah. Ada lebih kurang empat jenis mee disediakan. We all ada dua gerai iaitu satu gerai air dan satu gerai mee kawah.

PKNNS punya menu kambing golek. Lakukeras kambing golek PKNNS tu walaupun 10 ekor kambing yang terkorban tetapi tak sampai pukul 3.00 petang dah habis. Untung depa gerai tutup awal.

Untuk tiga lagi gabungan badan berkanun tu mereka ada menu satay dan apam balik, ada jugak kambing perap dan satu lagi tu makanan orang dulu-dulu iaitu ubi rebus bersama sambal tumis ikan bilis  dan jugak sambal gesek.

Khemah tetamu di bahagian luar

Gerai minuman panas/sejuk/cendol

Meja tetamu  VVIP dalam dewan. 

Tempat duduk tetamu istimewa anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, Taman England, Sikamat

Cantik karpet dalam dewan KOMBES ni

Masa Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan itu adalah dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu YAB DSU Hj Mohamad bin Hj Hasan dan juga isteri.

Selain dari beliau terdapat beberapa orang lagi tetamu kehormat yang lain. Pada majlis tersebut juga YAB DSU telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, tersebut. Alhamdulillah sama-sama kita berkongsi rezeki dengan mereka yang kekurangan.

Walaupun cuaca agak panas tetapi tetamu yang hadir dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Selain tetamu daripada anggota gabungan iaitu panel lawyer masing-masing, agensi berkaitan, kontraktor, consumer dan lain-lain. Turut hadir memeriahkan majlis adalah orang awam yang terdiri daripada penduduk sekitar dan jugak adik-adik dari sekolah-sekolah yang berdekatan.

Ni nak habaq jugaklah gerai we all menang kategori pencetus ummah. Dapatlah hamper seketui.

Hamper ini akhirnya dibahagikan sesama AJK

Disebabkan ada pertandingan gerai itu jugaklah maka AJK kena datang awal untuk menghias gerai masing-masing. Adoii... hai berpeluh ketiak masing-masing menghias gerai hilang sekejap vogue dek adegan panjat-memanjat nak gantung hiasan punya pasal.

Ala...sebenarnya semua gerai menang muahhaaaaaa... cuma kategori aje berbeza-beza. Ada gerai Lawak Ke Der... gerai Otai Masih Berbisa adalah dua nama lagi Mrs. A tak ingat. Ntah! apa kes semua nama kategori rancangan Astro apa depa ingat ini siaran Astro ke??? Haish! memang we all tak setuju langsung dengan semua nama-nama yang mereka pilih tu. Tak tahulah siapa punya idea takde semangat patriotik kepada syarikat masing-masing langsung. Cerdik pun boleh terpengaruh dengan rancangan TV apatah lagi budak-budak ya...dok??? Hahhaaaa.... apa kes ko emosional pulak dah Mrs. A hoi!!!

Okay dah habis cerita jom layan gambar pulak. Peringatan gambar-gambar sangat annoying kalau tak nak muntah hijau cukup setakat sini sahaja.


Jom..jom... kita bergambar

Ferfiling Diva Raya

Sis comel tu nama dia Azie

Gang lunch turut hadir sorang tu bukan.
Shawl gold color company sponsored untuk AJK terlibat.
Ha! nampak tak brooch besar gedabak tu. Itu pun sponsored tekau!!

Yea!! dah habis, sebelum balik bergambar lagi

AJK office Mrs. A bergambar bersama sebelum menjalankan tugas masing-masing

Antara officemate yang hadir

Alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun ada sok-sek-sok-sek makanan ada yang cepat habis tapi itu adatlahkan. Kambing golek memang habis awal anggaplah yang tak dapat tu bukan rezeki awak pada hari itu. Pilih ajelah makanan lain yang masih ada banyak lagi.

Bagi Mrs. A Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan memang satu idea yang bagus dan patut diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Selain daripada dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama anggota gabungan. AJK juga dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan gabungan yang terlibat. Bila dah saling kenal kerja akan jadi lebih mudah. In Sha Allah.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar klik SINI

Kredit Photo: WhatsApp Group AJK Gabungan & Gang Lunch



You Might Also Like

6 comments

  1. WAH MAJLIS BESAR-BESARAN SAMBUTAN LEBARAN BADAN BERKANUN KERAJAAN TU...PENGENDALIANNYA SEMPURNA...TAHNIAH DPT HADIAH HAMPER SEKETUL HEH...HEH..XSESIA PENAT LELAH

    ReplyDelete
  2. lagi hjg aidilfitri lagi meriah ya sambutannya ;-)

    ReplyDelete
  3. woaaaa sedap sedap menu. nasib baik dah habis bulan syawal, start diet :P

    ReplyDelete
  4. meriahnyaaaa.. kalau ofis buat utk department je

    ReplyDelete
  5. ari tu kami dpt jemputan negeri gi open house kat mana ntah.
    tapi aida x gi. kalau x silap yg kat S2.
    kuar odit.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me