Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

July 10, 2016

Sticky Post till 10072016

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin.
Apsal la ko nih! Mrs. A oiii gambar paler teleng pun nak enter frame,
of coz ni gambar pagi 1 syawal last year.


Di kesempatan ini Mrs.A serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada readers blog Mrs. A manalah tahu esok lusa busy dah tak sempat nak tengok blog.

Bagaimana dengan rakan-rakan blogger persiapan raya dah siap ke belum? Duit raya dah tukar? Apa tema tahun ini? Raya balik kampung mana dulu? Amboi! kepocinya ko Mrs. A oiii...dah macam Joyah murai pun ada ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A pulak seperti tahun-tahun sebelumnya hari raya pertama adalah di kampung Mrs. A yeaaa...... suka-suka. Selepas solat raya barulah we all akan gerak ke Jiboi pula. Tapi adalah tiga empat kali tu beraya di Jiboi dulu tapi macam tak berapa kena arrangement macam tu. Tak kisahlah janji both side setuju ya. In Sha Allah Sunday 03072016 akan gerak balik ke kampung Mrs. A di Lubok China. Harap jalan tak jammed.

Seperti yang kita sedia maklum di musim-musim perayaan ini macam-macam hal boleh berlaku. Ini Mrs. A nak kongsikan sedikit pesanan. Pesanan ini Mrs. A dapat dari WA grup. Sajalah nak kongsi dan jugak untuk ingatan diri sendiri.

Pesanan Ketika kita meninggalkan rumah terutama dalam tempoh yang agak lama. Setelah rumah dikunci maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa berikut:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah... (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...(3x)
3. Baca Ayatul Kursi... (1x)
4. Baca Surah Yasin ayat ke-9... (1x)
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun" Ertinya: "Dan Kami adakan dihadapan mereka dinding-dinding (pula), dan Kami menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5. Lafazkan; "Bismillahitawakkaltu'Alallah"; "La haulawala khuwwata illabillah'ill 'Aliyil 'Azim.


Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua yang penting doa, usaha, ikhtiar, tawakal dan redha.

Lagi satu berhati-hati ketika memandu di jalan raya tu biar lambat asalkan selamat, ingatlah orang yang tersayang.

Okay..  itu saja untuk entry Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H lagi sekali nak minta maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ya ;-)




You Might Also Like

4 comments

  1. Wkmsalam.
    Mudah2 selamat semuanya
    Selamatkan perjalanan,
    Selamatkan harta benda yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  2. semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat ... mohon maaf zahir dan batin ...

    ReplyDelete
  3. Samalah kita.. belum tahu update ke tidak.. huhu..

    Selamat hari raya aidilfitri.. :)

    ReplyDelete
  4. Happy Eid Mubarak Mrs A. Have a blessed Eid =D

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me