Kuih Raya

July 03, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Malam ini Mrs. A plan nak pergi Bazar Ramadan Ampangan. Pada mulanya Mrs. A ajak Aryssa temankan tapi dia tak nak pulak. Kemudian Mrs. A ajak Along mujur si bujang tu mahu temankan ibunya ini. Oleh kerana Along sudi kekdahnya adalah lebih baik naik motor aje. Al-maklumlah bazar memang sesak dan penuh dengan orang time malam-malam cenggini. Kalau naik kereta kena parking jauh dah tu nanti kena bawak kuih raya tu berat pulak lecehlah macam tu. Amboi! macam banyak bebenor nak membelinya.

Yeah.... sebelum memulakan mission kasi gambar satu dulu.

Alhamdulillah anak bujang ibu dah sihat dah boleh hantar dan teman ibu gi bazar Ramadhan

On the way naik motor dengan si bujang ini adusss!!! risau hati mak... nok!! ada ajelah yang tak kena dan minta dibebel. Adoi! sampai Along kata hish!! Ibu ni Along tahulah ini jalan Along setiap hari nak gi sekolah. Tak yah arrr nak membebel. Hurmmm...ye jugak.

Pada mulanya we all plan nak masuk ke bazar dari traffic light simpang empat depan Giant Ampangan tu unfortunately dah tak dapat masuk sebab PIC kat situ dah tutup jalan tu dengan zebra tape. Walaupun Mrs. A suruh Along parking aje kat motor bebanyak area depan Giant tu tapi Along tak nak, katanya leceh nak lintas-lintas. Pastu dia terus meluncur laju katanya ibu ikut aje Along tahulah Along.

Amboi! kemain lagiks si bujang ini. Malas nak citer banyak Mrs. A ikut ajelah. Walaupun dibawanya pusing ikut jalan ke Jiboi tapi oklah sebab memang terus sampai ke gerai jual kuih yang Mrs. A nak pergi tu. Tak sangka Mrs. A rupanya Along tahu jalan short cut yang Mrs. A sendiri tak tahu. Dalam hati berkata dah besar panjang rupanya anak aku ni.

Kat gerai ini macam-macam kuih ada. Sebekas RM18.00 tapi Mrs. A bargain kata kalau nak beli banyak boleh kurang tak? Banyak berapa kak kalau 10 saya bagi RM100 pastu percuma satu. Dengar macam tu dalam hati oklah kalau nak beza dengan tempat tutttt... berbaloi-baloi harga ni.

Kemudian Mrs. A dan Along rasa dulu mana-mana kuih yang we all nak beli. manalah tahu harap rupa aje cantik rasanya hampeh! tetapi alhamdulillah rasanya pun sedap takdelah yang macam orang kata tu rupa aje lain-lain rasa sama. Oh! tidak ini taklah seteruk itu. Lagipun Mrs. A memang dah pernah beli kat sini raya tahun lepas.

Mrs. A-happynya.setelah.mission.berjaya
Tadaaa.. Happynya mission berjaya

Alhamdulillah dah selamat sampai rumah

Mrs. A beli 10 tapi 5 jenis aje coz plan nak bagi kat Mak Mrs. A yang lagi 5 tu.

Yang ini 3 RM50 coz butter bukan marjerin katanya.

Dah nama pun pergi dengan orang bujang kekdahnya memang pergi ke situ ajelah. Walaupun Mrs. A memang ajak Along pergi survey tempat lain tapi dia tak nak, hurmmm.... sabar yolah. Lainlah kalau pergi dengan Aryssa mesti dah melencong ke tempat lain dah.

Actually Mrs. A ada jugak order kuih dari kawan-kawan tapi takdelah banyak pun itu pasal yang nak kena top up lagik tu. Plan nak buat kuih cornflakes sendiri tapi tak tahulah jadi ke tak plannya tu ngeh!ngeh!ngeh!

Apa!!!! untuk parents inlaw takde??? Chooii!!! siapa kata takde mestilah ada. Tu dia...

Biskut Semperit Dahlia order dari officemate sebekas RM15

Untuk parents inlaw Mrs. A bagi kuih yang order dari officemate Mrs. A tu. Ialah tak mau arrr...bagi kuih kat bazar Ramadhan coz nanti sama pulak dengan bebiras yang lain tu, ntah-ntah beli kat situ jugak ngeh!ngeh!ngeh!

Okay, itu saja cerita untuk kuih raya kali ini. Jumpa lagi next entry. In Sha Allah.

You Might Also Like

4 comments

  1. Wah meriah dengan kuih raya taun ni.
    Selamat menyambut raya.

    ReplyDelete
  2. Ni kira bisnes yang menguntungkan siapa yang buat kuih raya ni..

    Tahun ni pun saya buat kuih tunjuk juga.. mana berkenan, ditunjuk, ambil, beli dan bawa balik..

    Yang buat risau, belum sampai raya, kuih dah tinggal separuh balang, woha ~

    ReplyDelete
  3. wah banyak tu . jimatlah dpt harga tu ... meriah lah raya esok ... selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin ...

    ReplyDelete
  4. thn ni aida beli kerepek ajer.
    kuih tak beli langsung, arahan mr.asben :)
    bazar tu dekat beno dgn umah mak mertua aida, tapi tak gi pun hu hu hu...
    mr.asben kurang rajin nak bwk kami ler.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me