Gang Sekolah Rendah Beraya

July 25, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Rasanya post Mrs. A seminggu dua ini akan berkisar kisah berhari raya ajelah ya, #tolongjangankecam. Al-maklumlah rayakan sebulan ngeh!ngeh!ngeh! Yesterday Mrs. A dan kids telah pergi berhari raya bersama gang sekolah rendah. Actually idea ini timbul dalam WhatsApp group gang sekolah rendah depa pakat-pakat nak buat reunion kalau tak semua dapat hadir sesiapa yang boleh hadir pun dah cukup. 

Alhamdulillah ada seorang tu yang we all panggil Ross telah bermurah hati offer rumah dia untuk dijadikan port reunion sambil berhari-raya. Untuk tidak membebankan Ross sangat we all pun sepakat untuk buat secara potluck terserah kepada diri masing-masing nak bawa apa, yang penting tidak membebankan.

Majlis mula pukul 5.00 petang sebab masing-masing pun ada dua tiga tempat yang hendak dituju dan kebanyakkan depa tu pulak luar dari Negeri Sembilan. Kekdahnya Mrs. A dan Ana aje yang berada di dalam kawasan we all jugaklah antara yang awal sampai. 

Walaupun Mrs. A dah pernah pergi rumah Ross di Taman Pinggiran Senawang iaitu raya tahun lepas tapi raya tahun ini tetap jugak tersesat lagi tu. Haish!!! nampak sangat Mrs. A memang slow bab-bab jalan dan membaca map ni.

Bila Mr. A yang guna Waze elok aje sampai ke destinasi yang dituju tapi bila Mrs. A yang guna Waze ntah kemana pulak pakcik wazerrrr tu bawak ke Mrs. A yang tak tahu guna muahhaaaaa... By the way sampai jugaklah.

Jom layan gambar.
Thank you Ross for the port gang sekolah rendah beraya

Ana (tudung biru) dari Rantau, Mrs. A (Ampangan) Ani (baju hijau) dari Puncak Alam, Shimah (tudung oren) dari Subang Bistari & Akmar (T-shirt putih)  & wife dari Puchong. 

Manalah yang OTW tu ni we all nak balik dah ni

Awin (baju biru) datang lambat we all nak balik dah!

Selain dari Ross dan Awin yang lain-lain tu memang dah berbelas tahun Mrs. A tak berjumpa face to face selalu tengok perkembangan masing-masing di FB aje. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak berjumpa melepas rindu sambil mengimbau kenangan zaman sekolah rendah. Paling seronok dan excited perangai masing-masing tak berubah tetap kecoh macam budak-budak.

Walaupun masih ada lima ke enam orang lagi yang RSVP kata datang tapi di saat akhir mereka tak dapat datang tetapi bagi Mrs. A dan mereka yang datang itu pun dah cukup bermakna. In Sha Allah di masa akan datang mereka kata nak plan betul-betul jangan last minutes macam ni supaya semua boleh hadir dan lebih meriah lagi.

Okay! itu sahaja kisah gang sekolah rendah berhari raya. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan terus berpanjangan dan diberkati hendakNYA.


You Might Also Like

6 comments

  1. Bagus program reunion begini.
    Semuga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. sop pun byk open house hari minggu lepas
    penuh perut.. hahahha

    ReplyDelete
  3. Raya saya bermula & berakhir kat kampung je. Balik sini memang totally dah tak ada raya. Kawan2 sekolah pun dah tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  4. geng sek ren?? sweetnya ... selamat hari raya mrs. A :)

    ReplyDelete
  5. bgs nyer mcm niiii geng2 sek ren sy jumpa dlm wassap grup je ;-(

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me