Second Batch - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Second Batch

21 April 2016

Second Batch

As salam and greetings to dear readers.

Rasanya macam dah lama tak up date kisah kekucing Mrs. A. Second Batch tu maksudnya ialah Koko dah melahirkan anak-anak buat kali kedua. The exact date tak ingatlah tetapi yang pasti dalam pertengahan bulan lepas iaitu Mac 2016.

Kali ini pun Koko pilih untuk melahirkan di bilik Aryssa juga. Cuma kali ini di dalam almari Aryssa di bawah drawer yang paling bawah. Hurmmm... tak pastilah camne Koko yang perut besar memboyot boleh lepas ke bawah drawer tu. 

Oleh kerana busy dengan urusan harian terlupalah pulak nak snap moment-moment ketika babies Koko masih kecil. Sekarang umur meraka dah hampir sebulan tengah ligat main-main dan main aje kojer depa. Lima ekor kesemuanya.


Midnite, Orro, Momot, Jingga & Comel

Kesemua nama-nama tu kids yang bagi kecuali Jingga
 Mrs. A letak nama tu ikut cadangan kak Anajingga ngeh! ngeh!ngeh!

First batch dulu anak-anak Koko empat ekor kesemuanya tetapi yang ada hingga sekarang cuma Tiga dan Kuning sahaja. Seekor hilang dan seekor lagi mati.

Pernah terbaca kat satu blog tu tak ingat dah blog mana, 'Dalam setiap kelahiran anak-anak kucing yang ibunya ada tiga color', maka kebarangkalian tinggi anak-anaknya akan ada yang warna oren/yellow dan jugak hitam pekat at least seekor. Memang ada benarnya jugak last time anak Koko memang ada color kuning this time pun sama.

Sekarang Mrs. A dah ada sepuluh ekor kucing. Kucing kampung aje. Takdelah kucing yang nak duduk dalam air-cond jer tuh! Planning Mrs. A yang second batch ni nak bagi kat orang for adoption. Sesiapa yang berminat nak adopt tu boleh arrr.. contact Mrs. A. Mrs. A bagi aje dengan syarat orang tu mestilah pencinta haiwan. Semoga kita pencinta haiwan semua akan dikurniakan rezeki yang banyak melimpah-ruah dan berterusan.  



5 ulasan:

  1. aminnn.. moga di murah kan rezeki buat Mrs.A.. Dlu masa dkt penang ada 4 ekor kucing datang.. selalu bg diorg makan.. lagi sebulan nak pindah JB, smua hilang entah mana.. mcm boleh bau je yang kitorang smua nak pindah jauh. Huhuhu sedih la jugak.. sbb hampir 5 tahun gak diorg melekat dkt rmh ktorg.

    BalasPadam
  2. BANYAKNYA ANAK KUCING COMEL MRS A..MURAH REZEKI.

    BalasPadam
  3. murah rezeki jaga kucing kat rumah kan :)
    nama-nama depa unik. hehe.

    BalasPadam
  4. Tahniah.. Geram tengok anak-anak kucing tu unfortunately tak dpat adopt.. :'(

    BalasPadam
  5. Byk da tu baby cat, mrs.A.
    boleh la sesape nak adopt dari baby cat kan.
    kalu da besar x sedap plak nak meng adopt nyer...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©