Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat

April 11, 2016

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat

As salam and greetings to dear readers.

Majlis kenduri aqiqah, tahlil dan doa selamat ini kejadiannya adalah pada Ahad, 03042016 dah dua minggu berlalu rupanya sekejap aje masa berlalu. Hurm... tak tahu apa kes seminggu dua ini Mrs. A kemalasan nak up-date blog. Nampak gayanya azam tahun baru satu hari satu entry telah tidak mencapai sasarannya seawal April lagiks huhuuuhuuu...


Khemah is ready 

Okay kembali kepada fakta kejadian. Majlis aqiqah itu adalah untuk Annur Husna iaitu niece Mr. A yang baru lahir tu nak kata baru sangat tak kot dah habis pantang pun. Di samping itu dibuat jugaklah majlis tahlil sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba dan jugak doa selamat.


Auuuwww!! cekci la... Annur Husna tu. Apalah Makngah nih! cover la sket perut kita tu

Majlis tersebut diadakan di Kg. Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A. Majlis ini telah diadakan secara catering mudah dan senang bagi pihak tuan rumah tak yah nak stressed fikir tak cukup kakitangan, cuma fikir duit aje mana nak cari bagi cukup ngeh! ngeh! ngeh!

Tetapi untuk kambing aqiqah itu M.I.L yang masak sendiri. Kari kambing M.I.L memang sedap cepat aje habisnya compare dengan lauk-pauk yang lain.

Friday nite Mrs. A amik tugas racik bunga rampai bersama my biras N, Along, Adik dan niece.

Actually bukanlah racik bunga rampai aje, ada lagi macam-macam kerjanya hah! salah satu lagi masuk pulut kuning dalam bekas.

Tak boleh tutup lagi sebab masih panas.

Jom layan gambar.

Berzanji oleh penduduk kampung Jiboi

Time ni turn Mr. A potong-memotong jambul si Husna

Husna yang elok aje behave


Haziq abang si Husna nak jugak!!! hurmmm... jeles lettew..

M.I.L cakap kau pi duduk kat buaian teman si Z takkan dia sorang jer... pulak. Haish! untung iol yang seorang lagi si cantik lawa tu niece we all panggil kaklang.

Agak lama juga takde kenduri-kendara di Jiboi itu pasal yang Mr. A beriya nak buat jugak katanya takpe dia sponsor kambing. Apa lagi laju ajelah yang lain-lain bersetuju. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun cuaca memang panas tetapi tetamu yang hadir tetap ramai seperti yang yang dijemput dan telah dijangka.

Kenduri-kendara memang seronok walaupun penat tapi dapat berjumpa dengan sedara-mara dan kawan-kawan memang berbaloi-baloi indahnya.



You Might Also Like

2 comments

  1. comelnya husna n dh selesai majlis aqiqahnya dgn sempurna.

    ReplyDelete
  2. alololo.. omey sangat husna. Alhamdulillah selesai majlis nya =)

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me