Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

18 April 2016

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

As salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

Okay! sambung lagi cerita Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 aka #LISUS yang telah berlangsung dengan lancar dan meriahnya. Kejohanan dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi. Tetapi sejak dari pukul 7.30 pagi lagi dah ramai yang datang. Team office pun sama ada yang dah sampai awal dalam pukul 7.30 pagi cenggitu sebab risau tak dapat parking.

Mrs. A takdelah awal sangat coz breakfast dulu bersama Aryssa sebelum hantar dia ke kelas Bestari tahun 6. Tapi syukur tempat yang biasa Mrs. A parked tu masih kosong. Sesampai aje cari team mana depa punya port nih!?

Ha! jumpa pun.
Pastu terus aje amik gambar.

Kepada sesiapa yang tak breakfast lagi ada sandwich dan pisang untuk alas perut.

Kemudian bergambar bersama team

Pengurus pasukan Mrs. A terpaksa datang lewat coz bapa saudaranya meninggal. Takpelah we all faham asalkan players cukup syukur alhamdulillah. 

Kemudian lebih kurang pukul 8.30 pagi semua diminta berkumpul dalam barisan untuk acara perasmian. Perasmian dilakukan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, alamak nama dia Mrs. A tak ingatlah tapi handsome jugaklah orangnya cia...cia...cia.... Katanya dalam kejohanan kali ini penganjur akan memilih pasukan terbaik ataupun individu yang dirasakan bagus dan terbaik untuk mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan di peringkat negeri nanti.

Menurut beliau lagi tahun ini penyertaan paling ramai dalam sejarah penganjuran netball LISUS iaitu sebanyak 18 pasukan kesemuanya

Meriah dengan 18 pasukan yang bertanding dari luar NS pun ada iaitu Gombak dan Shah Alam.

Selepas acara perasmian, sebelum kejohanan dimulakan, 

Kita bergambar dulu!!!

Bergambar bersama sebelum kejohanan dimulakan

Kemudian kejohanan pun bermula. Terdapat empat kumpulan kesemuanya iaitu kumpulan A, B, C dan D. Kumpulan A dan C terdiri daripada lima team manakala kumpulan B dan C pula empat team sahaja. Dalam cabutan undi yang dijalankan team office termasuk dalam kumpulan B iaitu empat team sahaja.

Oleh kerana kumpulan A dan C terdiri dari lima team maka kumpulan tersebut telah bermula dahulu. Team A bermain di gelanggang 1 dan team C bermain di gelanggang 2. Peluang tersebut we all gunakan untuk menyaksikan perlawanan team yang bertanding awal dan sambil itu warmed up. 

Masing-masing sibuk tengah passing bola

Tangan satu, dua tiga, empat.... dan lapan

Tukar tangan satu, dua, tiga, empat.... dan lapan. Amboi! kemain semangat berkobar.

Ini acara wajib bergambar satu pasukan. Kalah menang adat pertandingan tapi gaya biarlah menang muahhaaaaa......

Ouch! besarnya nama masing-masing. Siapalah yang punya idea nih!??

Hurmmm...ingat nak habiskan terus kisah Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 tapi kering idealah nak menulis. Lagipun kasi suspen sikit apakah keputusam team office Mrs. A. Tunggguuuuu... to be continue.


7 ulasan:

  1. main nettball ni mmg meneronokan semoga pasukan yg diwakili mnjadi johan.

    BalasPadam
  2. Jeng jeng jeng. Hahaha ! Confirm team Mrs A menang kan. Hehe !

    BalasPadam
  3. last main masa sekolah..huhu..lama beno tak main..sbb xde geng

    BalasPadam
  4. Tahniah mrs A.akak tumpang gembira. Dulu akak pun aktif bola jaring.tapi bila dah ada komitment keluarga,bersara daa...
    Terima kasih atas kunjungan.selamat berkenalan.

    BalasPadam
  5. macam mane nk participate netball ni ? berminat nak main tp xde gang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak participate untuk #lisus tu sesiapa sahaja boleh.
      Maksud sesiapa tu tak kiralah kelab ke, individu ke, swasta ke asalkan ada team netball terdiri dari 10 orang. Isi borang dan bayaran penyertaan RM50.
      #lisus ni acara tahunan untuk tahun ini dah lepaslah ya.
      Mungkin Anon boleh cuba tahun depan.

      Padam

MRS.A my blog my stori ©