Tergendala

March 13, 2016

As salam and greetings to dear readers.


Maaf siaran tergendala sebentar

Walaupun image tu tiada kena-mengena langsung dengan masalah tergendala yang Mrs. A alami sajalah nak tunjuk betapa tergendalanya routine Mrs. A semalam.

Mujur jugaklah sempat hantar Aryssa dulu ke kelas Bestari di sekolahnya. Kononnya nak pi laundry la pulak dah siap minta tolong Along masukkan dua bag plastik hitam bebaju kotor ke dalam kereta, dynamo segala bagai. Tetiba bila nak start si Viva tu tak mahu. Adoyai! kenapa ni tadi elok jer...oh! tidak cuba lagi dan lagi dan lagi tak mahu jugak hidup enginenya.

Pastu masuk dalam rumah cakap kat Mr. A yang tengah tidur tu, "Viva saya tak  boleh startlah" walaupun dah boleh agak macamana reaksinya tapi tetap gak nak habaq Yuuhuuuu!!! Viva saya tak boleh start nih!" "Okay! jawabnya sepatah pastu buat tak tahu dan meneruskan tidurnya.

Oleh kerana aksi tersebut memang telah dijangka. Mrs. A pun okay jer... dah faham, sabar yolah. Ambil semula bag plastik hitam tu pastu, geram punya pasal terus fikir nak relax jer sepanjang hari ini amik laptop dan main internet muahhaaaaaaa....

Mrs. A tahu nanti bila dah sampai masa tahulah apa Mr. A tu nak buat. So duk ajelah diam-diam. Seperti yang dijangka bangun aje tidur dia pulak cuba pegi start Viva tu. Tak boleh jugak, buka tempat engine ntah apa dibeleknya sama jugak tak boleh start. Apsal dengan Viva saya?? tanya Mrs. A. Spark plug kot problem. Kemudian Mrs. A terus masuk dapur nak masak. "Eh! jangan lupa fetching Aryssa dia balik pukul 12.30 tengahari". Unfortunately Mrs. A tak pandai bawa motor nampak gayanya nak kena belajar juga nih!

Dipendekkan cerita Mr. A panggil towing dari CTC Trading & Services yang memang dah familiar dengan we all tu towing Viva Mrs. A. Nanti petang dah boleh siap katanya. Petang you mari datang ambil bos.

Haish! macam-macam pulak ditukarnya si apek cina nih! Hangus dua ratus lebih

Lebih kurang dalam pukul 5.00 petang cenggitu Mr. and Mrs. A pun pergi ler amik Viva Mrs. A yang dah dibaik pulih itu. Alhamdulillah Viva dah tak merajuk lagi dan dah pun menjalankan tugasnya seperti biasa. Mujur lagi Viva yang merajuk kalaulah kereta mewah mahu huru-hara dibuatnya dan mungkin agak susah untuk diambil semula dalam waktu yang singkat kerana itu bukan lagi keperluan itu lebih kepada kehendak.


You Might Also Like

3 comments

  1. Kereta kalau dah merajuk .memang gitulah..berkait kait tu yang sampai beratus

    ReplyDelete
  2. Samalah dengan kita.. kalau kereta merajuk patah kaki.. huhuhu.. kita pulak tak tahu pandu motor sebab jangan kata ayah kita, bapa mertua jugak en.hb tak bagi kita amik lesen motor.

    ReplyDelete
  3. ari tu viva aida abis bateri.
    sib baik sempat anta anak2 skola.
    lambat skit masuk opis.
    lupa nak tanya brape rm. mr.asben yg uruskan :)

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me