Maafkan Aku

March 21, 2016

This weekend ada wedding rakan sekolah rendah dahulu. Sebelah kaki memang nak pergi tapi sebelah lagi tak boleh pergi. Habih! camno? Tak pergi la kesudahannya. Mr. A ada urusan lain dan lagi adik tu belum berani nak pakai seluar huhuuuuu.... adoilah adik nape dah kau tak nak pakai seluar lagiks! Monday dah nak sekolah.

Pengantin lelaki adalah rakan sekolah Mrs. A sewaktu di sekolah rendah. Boleh dikatakan semua rakan-rakan sewaktu di sekolah rendah masing-masing rapat dan kamcing di antara satu sama lain tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Al-maklumlah sekolah kampung. Kebanyakkan di antara kami memang family yang menetap di kampung. Kekdahnya dari darjah satu hingga enam kami adalah rakan sekelas enam tahun bersama-sama di dalam satu kelas memang kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.

Sementara pengantin perempuan pula adalah rakan sekolah menengah kepada pengantin lelaki. Mrs. A tak kenal pun pengantin perempuannya sebab we all tidak bersekolah menengah yang sama. Memang sesuai sekali pepatah kalau dah jodoh tidak ke mana untuk rakan Mrs. A ini sebab setelah lama terpisah, pusing-pusing jumpa semula dan akhirnya siapa nak sangka bertemu jodohnya.

Alhamdulillah bertemu jodohjuga akhirnya tak kisahlah walaupun sedikit lambat. Selamat pengantin baru AZ dan NJ. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Di antara rakan-rakan sekolah yang hadir (Kredit photo to FB Sue Zal)

Maafkan aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis hari bersejarah both of you. Bukan aku tidak sudi tetapi aku memang tidak berkelapangan untuk menghadirkan diri. Maaf aku sedar aku bukanlah rakan yang baik. Tolong jangan berkecil hati ya dan tolong jangan kecam aku.




You Might Also Like

1 comments

  1. x dtg bersebab, takpe...
    pengantin mesti faham :)

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me