Luah Rasa : Netball

March 31, 2016


As salam and greetings to dear readers.

Tetiba pagi ini nak luahkan apa yang dah lama terbuku di hati. Mujurlah ada blog ini dapat jugak mencurah perasaan. Ini semua netball punya pasal. Petang semalam ada friendly match bersama team VK.

Team VK dan team Mrs. A hurmmm... team Mrs. A kerrr..?? Tak sesuai kot apa kata Mrs. A namakan team S. Okay team S bolehlah. Team VK dan team S ini menggunakan khidmat coach yang sama dan boleh dikatakan tempoh masa we all training pun lebih kurang sama iaitu dah sebulan lebih cenggitu. 

Sebelum ini team VK dan team S dah pernah friendly pun seminggu yang lalu kot. Ketika seminggu yang lalu itu corak permainan we all sama level aje tetapi petang semalam VK telah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik, sungguh tak sangka VK dan naik ke satu level yang lebih baik meninggalkan team S setepek di belakang. 

Dalam hati sedih dan kecewa sangat dengan team sendiri team S why... why... tell me why.??? Kenapa dengan team S ini huhuuuuhuuu hampa sangat. Mrs. A rasa team S ini kurang disiplin time training ada aje yang tak dapat turun. Coach selalu aje complaint kenapalah dengan "team you all nih tak pernah aku dapat full team" katanya camne aku nak susun strategi ini.

Tetiba lak Mrs. A teringat kekata seorang lecturer nih! time study dulu, "working people is easy to manage but hard to cooperate, berbeza dengan student, "student is hard to manage but easy to cooperate". Rasanya kekata nih! sesuai untuk depa yang susah nak bagi kerjasama ini. Eh! iklan la pulok.... haish! depa nih tak pernah dengar ke? Apa... yang penting kerja...sama....

Okay back on track. Bila coach coaching suruh buat macam tu dah banyak kali ajar pun tak ikut kata jugak. Itulah tak fokus dan fahamkan apa yang coach ajar. Apa ingat dia kata buat satu barisan tu sesuka hati jer... buat satu barisan kemudian bila play the games tak ikut pun buat satu barisan. Bila coach kata tengok game orang tengok saja-saja jer... macam tengok wayang. Sepatutnya tengok dan praktikkan apa yang dimaksudkan dengan buat satu barisan dan keluar seorang-seorang. Ini!! tak!! dahlah passing bola membuta tuli pastu bila team members tegur untuk kebaikkan bersama sentap, ambil hati, tak boleh terima, merajuk, cakap macamlah orang yang tegur tu bagus sangat.

Lagi satu masalah terbesar team S ini sesetengah dari we all ini lebih banyak tak datang training daripada datang training. Yang peliknya tu tak rasa bersalah ke??? Bila tanya ada-ada saja alasan mereka. Kepada mereka yang rasa tak boleh nak commit tu lebih baik undur diri sahaja. Annoying! dah tegur pun tak jalan. Mereka ini sebenarnya bukanlah minat sangat pun nak main netball nih! Saja paksa diri joined sebab sesuatu!!!! sebab utama yang ketara nak pergi Perak sempena SBAM la kot. Kalau minat macam Mrs. A nih! (tolong jangan muntah hijau) dimana ada platform untuk bermain netball disitulah ada kelibat Mrs. A muuahhaaaa..... kasi bukti sikit.

GS tu adalah team remaja kebangsaan Negeri Sembilan. GD tu coach punya team netball sendiri Sweeties nama team depa yang menang lisus di daerah Sepang baru-baru ini. 


Alahai! tengah pengang bola tu Aini  team S yang sorang lagi  tapi gegar pulok gambarnya.

Team netball lelaki pun ada tau! tu tengah duk berehat selepas penat training

Ini gambar beberapa minggu yang lalu malam sebelum team bolajaring remaja kebangsaan Negeri Sembilan bertolak ke Stadium Juara, Bukit Kiara sempena Pertandingan Bolajaring Remaja Kebangsaan 2016. Oleh kerana coachnya adalah orang yang sama itu pasallah coach selalu aje invite team S joined training bersama tapi itulah seperti yang Mrs. A kata time training sebenarpun susah nak hadir inikan pulak sesiapa yang berkelapangan aje. Semedang invitations memang tak berkelapanganlah jawabnya. Lainlah kalau minat macam Mrs. A tukan...kan..kan.. (muuaahahaaaa... lagi sekali peringatan tolong jangan muntah hijau ya....)

Oh! ya untuk rekod team remaja kebangsaan NS dapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Okay ler... tu empat terbaik daripada keseluruhan. Pertama Johor, kedua Selangor, ketiga Perak.
Actually Mrs. A tak katalah Mrs. A ni bagus tapi sekurang-kurangnya minat tu perlu ada lagi satu yang teramat penting dan harus diutamakan adalah disiplin. Kalau tak minat dah tentu tak disiplin baik tak payah joined buat menyusahkan players yang lain aje. Coach pun sedih mungkin ini team paling teruk yang dia pernah coaching target KPI dia jauh tersasar. Coach pun bukan sembarangan coach yang we all hire (dia salah seorang pemain Malaysia hokeh!) coaching netball untuk team remaja NS lagiks!

Namun begitu Mrs. A masih berharap yang team S mampu untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Sekurang-kurangnya naiklah ke level yang sama dengan team VK. Ini harap gaya aje lebih bila games sayur. Biar kalah asal bergaya tak sessuai untuk netball hokeh!


You Might Also Like

5 comments

  1. Yg buat pasal xdisplin bagai tu biasanya yg kurang minat. Mcm job jgk..if xminat dlm dlm satu2 job tu mesti buat dlm terpaksa sebab nak gaji jer. Dan hasilnya very bad...very bad...hehe xsangka I leh gigih baca kisah netball nih huhu

    ReplyDelete
  2. nk menang nettball kena rajin praktis kan...

    ReplyDelete
  3. Displin & kerjasama tu paling penting Mrs.A. Netball ni satu team kena commit.
    Bukan macam kita main tennis or squash sorg sorg.. hehe =)

    ReplyDelete
  4. bgus bersukan..badan sihat

    Ok..Mummy dah berjanji nak announce pemenang pada 1 April 2016. Bukan APRIL FOOL ye, ni realiti punya. Jom tengok siapa pemenang bagi Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya yang Ke-3 tahun: http://www.azlindaalin.com/2016/04/pemenang-mini-giveaway-hari-jadi-dhia-batrisya-tiga-tahun.html

    ReplyDelete
  5. yes betul tu, A. kena ada semangat, minat, masa.
    kalau semua tu x bergabung, tak nama nyer bersukan.
    then kena la kerjasama dgn kawan2 lain. seia sekata gitu.
    baru la pasukan berjaya.
    aida ni x bersukan, A. sebab takde time.
    and badan da berat!!! just eksesais gitu gitu aje...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me