Netball Datang Lagi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Netball Datang Lagi

6 Februari 2016

Netball Datang Lagi

As salam and greetings to dear readers.

Yeah! netball kembali lagi. Kepada readers yang dah lama baca blog Mrs. A mesti dah tahu yang Mrs. A ni suka sangat main netball. Kiranya netball is my passion. Amboi! kemain lagiks! kalau passion sangat apa kes bermusim jer... bernetballnya. Abeh! camno nak main netball tu kena la berkawan-kawan dah kawan-kawan tu pulak sekejap rajin sekejap tak rajin hurrrmmmm.....bermusim pun jadilah.

Sekarang ini musim untuk bermain netball telah terbuka kali ini bersama kawan-kawan office. Kenapa kawan-kawan office tetiba ramailah pula nak main netball tu??? Hah! nak tau kenapa? Eh! jap belanja gambar dulu.

Harus!!! bergambar ! 1st day selepas habis training 

Gara-gara Mini Karnival Sukan Bekalan Air Semalaysia 2016 yang akan diadakan di Perak pada 7 hingga 9 Mei 2016 nanti, maka sebab itulah kot ramai berminat nak join netball. Sebab sebelum ini memang payah nak diajak turun padang sekadar suka-suka beriadah nih! Kalau ada pun Mrs. A dan dua tiga kerat lagi semedanglah tak cukup players habih camno nak bernetball cenggitu. Tapi bila diwar-warkan selection untuk wakil syarikat tak sangka pulak cempedak jadi nangka.

Mini Karnival Sukan Bekalan Air Se-Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru ianya memang telah lama ada sejak beberapa tahun sebelum ini Karnival ini diadakan dua tahun sekali anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) & Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia (JTJAD). Tahun sebelum ini agensi penganjurnya adalah Syarikat Bekalan Air Melaka (SMAB) pada tahun ini pula Lembaga Air Perak telah menawarkan diri sebagai agensi penganjur. 

Objektif karnival ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu aktiviti rekreasi dan riadah disamping satu platform merapatkan hubungan sesama agensi Bekalan Air Se-Malaysia khususnya melalui penglibatan aktiviti sukan. Agensi-agensi Bekalan Air Se-Malaysia adalah dijemput untuk menyertai karnival ini. Salah satu agensi yang dijemput itu tak lain tak bukan mestilah syarikat air tempat Mrs. A kerja. 

Di antara jenis-jenis sukan yang dipertandingkan adalah Futsal, Damak, Ping Pong, Badminton, Tenpin Bowling dan semestinyalah Bola Jaring. Selain daripada itu ada jugak Golf  unutk top management dan Karaoke antara agensi.

Okay!!! jom kita layan gambar training lagi

Berdiri no 2 dari kanan adalah coach netball yang syarikat hired.
Don't play-play hah! 


Cer cari mana satu Mrs. A?

Tetiga gambar atas tu 1st day training punya gambar ambil dari group WA netball. Kredit to Pae and AN for the beautiful pictures. 

Tadaaa... ini 2nd day training punya gambar. Kredit to team manager for this pictures.

Eh! mana bola mana bola?

Kau mari sini cuba buat lagi sekali kata coach. Huhuuuu takuttt...

Dalam bulan Februari training akan diadakan dua kali seminggu. Selepas itu pemain-pemain yang terpilih mewakili syarikat akan trainig dengan lebih kerap lagi. Dear readers doakanlah Mrs. A terpilih ya... Mrs. A teringinlah jugak nak ke Perak.

Okay! that all. In Sha Allah lepas ini akan up-date lagi cerita netball. Akhir kata majulah sukan untuk negara.

6 ulasan:

  1. assalam seronok main nettball ni kan...selamat bercuti.

    BalasPadam
  2. Selamat b'sukan.... Netball ni dh lma cikna ditinggalkan, sdhnye lupa dh step2nye

    BalasPadam
  3. teringat zaman sekolah dulu. sampai peringkat negeri tu. bila jadi cikgu, jd referee pulak.. bila nak kawin je terus berhenti.. sampai la.. tak larat dah nak lompat2.. keluar isi perut.

    BalasPadam
  4. ehhhh, bestnya dapat main ngn kawan2 mcm ni.. :)

    BalasPadam
  5. best nyer.
    aida da lama x join sukan2 ni.
    badan berat !!! ha ha ha...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©