Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

September 04, 2015

Cinta-Paling-Agung
Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah adalah cerita yang sama dan pelakon yang sama tetapi ending yang berbeza. Rupanya cerita Cinta Paling Agung ini mempunyai dua ending yang berbeza. Oleh kerana Mrs. A ni peminat tegar Aaron Aziz kekdahnya semua cerita yang dilakonkan oleh dia sure nak tengok. Malam tadi Mrs. A telah mengorder lagi di Astro First cerita Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah pulak surelah nak tau kan apa perbezaanya.

Mrs. A ada tengok sewaktu Siti Saleha menjadi jemputan dalam rancangan "Meletops" dia ada mention pasal cerita Cinta Paling Agung tu ada dua ending yang berbeza. Dua malam lepas pulak Mrs. A tertengok promo Astro First pasal Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah haish! wajib tengok nih!


Perbezaannya taklah banyak cuma lebih kurang dalam 10 ke 15 minit babak-babak akhir tu aje tetapi cukup bagi Mrs. A untuk kata oh! patutlah memang cinta paling agung pun.


Perbezaanya bermula selepas adegan ini

Setelah Hairi dan Myza kembali seperti mereka baru-baru berkahwin, pagi itu Myza yang bangun dulu. Myza pulak telah sediakan breakfast untuk Hairi dan terus keluar berjogging seorang diri seperti yang selalu dia buat. Apabila Hairi tersedar dia tengok Myza takde selepas bersiap dia pun turun ke dapur dan tengok breakfast telah tersedia sambil tersenyum riang-ria dia pun calling-calling Myza. Tengah Hairi dan Myza yang sedang berjogging syiok bergayut tiba-tiba gedegang!!!!!.... Myza!...Myza!...Myza!!! jerit Hairi on the phone.  Unfortunately sob! sob! sob! huaawaaahuawaa!!.... sedih uols cer teka apa terjadi pada Myza? Satu lagi babak yang mengusik hati bila Hana tanya Hairi. Papa kenapa mama sayang papa sangat? Tak terjawab dek papanya. Nak tahu apa terjadi pada Myza tengok sendirilah ya.

Moral of the story hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya. Lumrah sifat manusia bila ada tak tahu nak menghargai bila dah tiada barulah menyesali.

Kredit Photo: Instagram teamsitisaleha

You Might Also Like

5 comments

  1. Setuju dgn Mrs. A, hargai apa yg kita ada skrg.. Jgn bila xde baru menyesal.. :-(

    ReplyDelete
  2. oh, ada 2 versi ek? versi 1 pun tak tengok lagi huhu

    ReplyDelete
  3. dia jawab tepon sambil lintas jalan ke ? eeeeerm..

    ReplyDelete