Bukit Gambang Resort City pt 3 (Final)

September 17, 2015

Bukit Gambang Resort City pt final hah! uols lama tahap kucing beranak nak ke final part ni ngeh!ngeh!ngeh! Anyway if ada readers yang berminat nak tau kisah part 1 klik sini dan part 2 klik sini

Last day we all di BGRC breakfast di coffee house lagiks of course ler dah tentu-tentu included dalam package 3D2N tukan. Tapi cuma kids dan Mrs. A aje yang turun breakfast, babahnya tidak dapat turut serta kerana haish! ni yang malas nih! penyakit G datang menyerang. Habih camno pasrah ajelah bukan dia buat-buat pun dah penyakit tu nak datang time tu. Tapi sempat gak Mrs. A bebel tu ini mesti malam tadi makan tak hengat!!! tak reti-reti nak pantang yang tau pantang jumpa. Setelah settle breakfast tu on the way balik bilik singgah kiosk beli Maggi cup untuk babahnya #syukurselalu.

Oleh kerana check-out time pukul 12.00 tengahari, kekdahnya babah kata kita check-out terus iaitu dalam pukul 10.30 pagi tu dah check-out siap-siap dan terus ke Safari Park. Settlekan admission process di kaunter tiket pastu dengar briefingnya serba sedikit pakai gelang dan masuk. Memang dah agak sure lama masa yang diambil kat Safari Park nih! yelah macam-macam transit nak dilawati. Safari Park ini memang luas, ada dua zon. Zon berjalan kaki dan Zon naik Tram.

Zon berjalan kaki atau dalam bahasa orang putihnya walking zone ini terbahagi pulak kepada empat ada Simba Hill, Foreign Village, Forest Land dan Night Jungle memang jauh dan banyak sangat berjalan kakinya kepada mereka yang tak rajin berjalan kaki ataupun memang ada penyakit lutut dinasihatkan terus aje ke Wild Savannah iaitu Tram Drive Thru Zone.

Berdasarkan pengalaman Mrs. A memang tiring uols tapi redah ajelah al-maklumlah melayan karenah anak-anak lagipun ini first time datang sini. Tempat pertama di walking zone yang akan kita jumpa adalah Simba Hill.

Welcome to Simba Hill the 1st & only white lion in Malaysia, Aryssa dah macam tourist guide la pulak


Kat dalam Simba Hill Plaza ini ada juga terdapat kedai menjual souvenir so kalau belum beli lagi time kat hotel tu tak yah risau kat sini pun boleh beli.


Macam inilah rupanya laluan di walking zone tu friendly baby stroller, kalau ada kerusi roda untuk disewa pun ok gak muuahhaaaaa
Peace yo!

Itu ler dia White Lionnya time tu depa duk jauh jer... dari cermin tu tak puas sangat tengok 

Kemudian sampailah pulak ke animal show. Animal show ini ada time schedule dia. Kebetulan time Mrs. A masuk tu show time adalah pukul 11.30 pagi kalau terlepas kena tunggu next punya show time. Tak ingat la pulok berapa kekerapan show time tu. Mungkin kalau tak kena timingnya dan malas nak tunggu hurmmmm... ada kemungkinan tak menengoklah animal show tu.

Cengginilah rupa stage animal show tu

Setiap seekor haiwan ada pelatih khas masing-masing 

Time show tu ada gimik dia panggil seorang penonton sambil tutup mata pastu dia letak ular sawa. Mujur kena pada penonton yang sporting dan berani
Show time lebih kurang 45 minit. Dah habis show sesiapa yang berminat dijemput ke stage untuk bergambar dan jugak pegang-pegang haiwan yang buat show tu tadi

Ada banyak jenis haiwan, salah satu yang tengah makan rumput tu unta katanya, apa ke jenis untanya Mrs. A tak ingat dah! Ada rusa, kanggaroo, baby bear, monkey the most friendly haiwan dan dua tiga jenis lagi. 

Selepas dah habis show time tu we all pun meneruskan lagi perjalanan ke Foreign Village pulak. kat Foreign Village ni kebanyakkan haiwannya adalah yang biasa kita jumpa kat kampung-kampung ada ayam, kambing rabbit dan jugak haiwan yang Mrs. A jarang lihat tapi pernah la tengok kat National Geographic macam Meerkat  dan Walabi Parma tu.


Along berjaya menangkap seekor rabbit yang jinak mujur tak boleh bawa balik

Haiwan ni takde kat kampung Mrs. A tu yang excited sikit tu

Selepas dah habis menerokai Foreign Village we all berjalan lagi ke Forest Land pula di Forest Land ini haiwan-haiwan dan juga serangga yang biasanya tinggal di hutan. Serangga seperti tarantula, kalajengking, reptilia sang katak dan jugak sang ular, iguana ada memacam jenis lagilah yang Mrs. A pun dah tak ingat dan tak kenal pun ada.


Ini spesis iguana kalau tak silap

Kalau nak diikutkan memang banyak betul haiwan-haiwannya tapi tengok lebih kurang ajelah dah kepenatan pun ia lagipun rushing nak tengok birds show. Katanya birds show akan diadakan lebih kurang pukul 12.30 tengahari cenggitu kat stage yang berlainan dari show yang pertama tadi yang ini special for birds.


Stage untuk birds show. Nampak tak muka burung hantu tu? dan juga telur burung

Ahli-ahli shownya pun berlainan dari yang pertama tadi. Ada memacam jenis burung yang buat show tu seronok dan terhibur jugak. Ada jugak spesis yang ganas time show spesis tu kita dinasihatkan jangan berdiri. Paling seronok time show yang burung kakak tua datang ambil duit kat tangan kita. Sebelum tu emcee bagitau dulu kepada sesiapa yang nak derma kat tabung birds so boleh keluarkan duit nanti birds tu akan terbang dan ambil dari tangan kita. Memang excited tengok burung tu terbang dan ambil kat sesiapa yang pegang duit sambil tangan di angkat ler...



Okeh! selepas dah habis show tu akhirnya we all pun bergerak pula nak ke last station iaitu Wild Savannah. Jauh juga kena jalan lagi tu sesambil otw tu ada tempat boleh rehat sekejap untuk beli makan dan minum. Iyalah dari pagi ke tengahari mau tak haus dan lapar so kita take 5 sebentar.

Time kids dan Mrs. A sampai kat station Wild Savannah tu tram dah full la pulok so kena tunggu next tram. Tak lama kemudian tram yang ditunggu pun sampai setelah full tram pun gerak kat dalam tram disediakan tourist guide yang akan bercerita kita dimana, ini binatang apa ok jugalah dapat juga pengetahuan takdelah kita terpinga-pingakan...


Bergambar dulu sementara tunggu tram full

Station pertama yang kita akan jumpa adalah tempat badak berendam tapi tak nampak sangatlah badaknya lagipun dia ada kat dalam air. Ialah namanya pun dah badak berendam tu yang 24 hours duk berendam jer kot.

Badak Berendam nampak muncung jer sikit

Kemudian selepas beberapa ketika kat station pertama tadi tu iaitu kawasan haiwan-haiwan liar yang tak berapa nak ganas. Kita akan sampai pula ke kawasan haiwan liar yang ganas kawasan ini ada dua lapis gate yang nak dilalui dan lagi satu kawasan ini di pagar dengan pagar elektrik.


Haiwan darat terpantas harimau bintang

Burung Unta

Harimau Malaya/ Belang time tu tengah tidur kekenyang selepas diberi makan

Tahukah anda kenapa pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, menurut kata tourist guide tu harimau belang tu kalaupun kita cukur licin bulu-bulu dia kat badan dia tetap ada belangnya makna kata belang tu bukan setakat diluaran sahaja badan harimau itu sendiri pun sedia ada belang. Di dalam kawasan harimau ini juga kebanyakkan pangkal-pangkal pokok yang ada disitu dililit dengan pagar dawai tujuannya untuk mengelakkan ia dicakar oleh harimau kerana cakaran harimau tersebut boleh mengakibatkan pokok itu mati.

Ok rasanya cukuplah setakat itu gambar di Wild Savannah yang Mrs. A nak kongsikan memang ada banyak lagi haiwannya semua jenis haiwan liar ada kecuali Lee Kwang Soo eh! apa kena mengena Lee Kwang Soo pulak sesiapa peminat Running Man mesti faham apa maksud Mrs. A kanss... yang takde tu cuma zirafah aje kerana telah dipulangkan ke negara asalnya iaitu India. Sebelum ini (lebih kurang beberapa bulan) ada tapi India cuma loankan Zirafah tu setakat 2 tahun aje kat Safari BGRC tu. Lagipun gambar-gambar haiwan tu tak dapat nak disnap dengan jelas dan besar al-maklumlah dalam tramkan lagipun camera murah jerrrr...

Kepada sesiapa yang berkira-kira hendak bercuti ke BGRC ini Mrs. A nasihatkan check apa yang patut samada kat water park ataupun safari park condition mahupun check in prosedur dengan sangat teliti tanya semua yang anda tak pasti berkenaan package tu, ini berdasarkan pengalaman Mrs. A yang main redah aje pertama sewaktu di water park setelah nak masuk iaitu bila dah dapat wrist band tu baru diberitahu yang pirahna station tidak boleh digunakan coz under maintenance fuh! frust betul kids walhal itulah tempat yang paling sesuai dan seronok untuk kanak-kanak.

Kedua untuk entry ke Safari park pula semua entry perlu dilunaskan dalam hari yang sama contoh kalau kita dah check in sebelah pagi untuk nite jungle pun kita kena check in hari yang sama. Mrs. A tak tengok pun nite jungle sebab dah takde masa dan takde maknanya nak tunggu malam. Pendapat Mrs. A management tak seharusnya kenakan syarat begitu kerana mereka yang bercuti tu tak semestinya akan check-in pukul 12.00 tengahari dan terus aje ke Safari Park lagipun kalau dah datang dari jauh mestilah nak rileks dan buat aktiviti santai aje.

Setelah hampir setengah hari di Safari Park time to go back to Seremban. On the way balik tu we all singgah lunch di sini...

My Mama nasi kukus di area Gambang

Recommended sangat makan kat sini sedap dan harganya sangat berpatutan patutlah beratur panjang time nak membeli dah tu pula seat di luar dan dalam almost full. Tapi mujur kebetulan time we all sampai ada satu family yang dah sudah so we all pun ambil alih tempat mereka. Kalau dekat mahu rasanya selalu datang makan kat sini.

The End.


You Might Also Like

6 comments

  1. wahh sonoknyer gi gambang resort tuuu., hehe2

    ReplyDelete
  2. Salam.. Haii.. Senarai pemenang telah diumumkan.. Jemput jenguk senarai pemenang ye..
    Senarai Pemenang ParodyMe : 1st Giveaway By Dramatic Uniq Please send alamat pos anda melalui email/whatsapp untuk terima hadiah ye... :) tQ.. :)

    ReplyDelete
  3. Comel topi orange Aryssa..
    Mana-mana pegi safari / zoo harimau mesti tido sebab kekenyangan..
    Giler lapar habis nanti kita diterkam.. Aummmm.. heheheh

    ReplyDelete
  4. Oooo badan rimau tu un ada belang eh.. Baru tahu..
    Penyakit G tu Got ke.. Hehe.. Mknn sdp sape boleh tolakkan.. Mmg pantang jumpe ooo citernye.

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu ulang alik ke Pekan lalu Gambang tapi masa tu tempat ni belum wujud. Tapi sekarang ni entah bila lagi akan ke sana. Tempat yg menarik untuk bercuti sambil berhibur!

    ReplyDelete
  6. ms pergi sini tak sempat nak ke safari park, budak2 dah letih..terus shoot balik la..haha

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me