Selamat Pengantin Baru! Aqilah

August 28, 2015


Aqilah dengan k.ngah Mrs. A 

Hah!!!??? Angah!! kenapa ko amik gambar aku blurrrr... Aku amik ko elok jer... huk!huk!huk!

Selamat Pengantin Baru! Nuraqilah binti Abdul Nasir. Majlis persandingan Aqilah telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi. Aqilah adalah kwang..kwang..kwang.. camne ea nak kira kene-mengenanya muahhaaahhaa [kesian generasi sekarang tak amik berat susur galur tali persaudaraan masing-masing Mrs. A lettew!] dua pupulah kot. 

Uncle Nasir tu iaitu bapa dia cousin kepada mak Mrs. A. We all yang anak-anak dengan anak-anak nih! memang dah tak berapa kenal dan tak rapat sangat. Time kekecik dulu jer.. yang seronok rapat dan mesra. Bila dah besar-besar kenal pun idak, kalau jumpa kat shopping mall selisih bahu pun belum tentu kenal huhuuhuuu kesian, kesian, kesian.....

Majlis nih! berlangsung dua minggu lepas, time nih! mak Mrs. A kemain lagiks bersosial dengan cousinsnya


Bapa saudara dan mak-mak saudara pengantin perempuan cousins ibuku





Suasana dalam dewan yang cozy dan selesa

Time pengantin nak gerak ke pelamin tapi pengatin jauh di belakang daaa... coz ramai sangat pak polisi dengan pedang-pedangnya

Apalah yang dua orang ni borakkan

Aryssa awak di mana??

Oleh kerana we all pulang awal kekdahnya tak dapatlah nak bergambar family bersama pasangan pengantin. Walaupun Aqilah minta we all tunggu unfortunately masing-masing ada lagi majlis di tempat lain. Tak daptlah nak bergambar bersama pengantin lelaki yang segak bergaya dengan uniform polisnya time tu siap dengan pedang-pedang bagai. First time Mrs. A tengok depan mata kepala sendiri encik polis kahwin lalu bawah pedang dengan kawat yang teratur dan menarik hew!hew!hew!

Selamat pengantin baru buat Aqilah dan pasangannya semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin...

Moral of the story jangan ego kenal-kenalkanlah diri dengan sepupu-sepapat masing-masing. Seandainya ibu bapa masing-masing telah tiada lagi. Bagaimanakah kita nanti adakah masih mengenali dan kunjung-mengunjungi??

You Might Also Like

3 comments

  1. Betul tu... Dgn sepupu sepapat ni masa kecil bukan main kenal dan mesra tapi bila dah besar2 ni, selisih langgar bahu pun tak cam dah...huhu

    ReplyDelete
  2. Waktu raya je jumpa sepupu.
    Waktu lain sibuk dengan hal peribadi masing-masing. heheh

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me