Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

17 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin dari  Mrs. A sekeluarga.

Lorrr... Dah satu Syawal ghupernya huhuhu... Ada dua entry duk beku kat draft kisah berbuka puasa bersama gang sekolah satu dan Mrs. A family's satu. Gambar bawah ni berbuka puasa bersama gang sekolah di Dewan Perdana KRS, kat Bandar Warisan Puteri. Food dia best walaupun harga dia cuma RM30 dewasa dan RM17 kanak-kanak.

Gang sekolah rendah SDSBR three gojes mummy

Along, Adik & Aryssa

Taukeh piuk magic & Mrs. A serta family memasing satu table. Yang sorang lagi table lain.

Hari-hari terakhir Ramadhan iaitu last Friday Mrs. A family's sempat berbuka di Royale Bintang, Seremban.

Encik dah booking ya! Nama apa?
Amboi! Along dengan babahnya dah sama besar bak kata maklangnya.
Sha.. tengok ler...nih!

Food dia memang variety ada memacam segala dari yang western hinggalah yang eastern siapa yang pandai dan kuat makan memang berbaloi-baloi tapi yang macam Mrs. A ni rugi kot sikit jer.. Makan pastu dah stop.

Kemudian sebelum balik kampung time Saturday tu sempat Mrs. A tukar langsir dulu hiks!

Ibu!! Tengok sini ler....
Sambil pasang sambil we-fei
Bila la nak habis ni Aryssa asyik posing jer.. Kojerrr..

Dah-dah! Cukup tu cepat tolong pasang cangkuk ni. Tulah ibu orang dah tak pakai cangkuk lerr... Jawabnya.

Eh! Raya-raya ni ada ker... orang baca blog? Apa tema uols raya tahun ni? Oklah sekali lagi Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri 2015 serta maaf zahir dan batin. Bersederhanalah kita dalam segala hal kerana itulah yang terbaik. Dikesempatan ini juga Mrs.A nak minta maaf sekali lagi andai kata selama berblog ni tanpa sedar ada menyakitkan hati readers dan jugak mana tau ada entry poyo yang annoying harap maaf kosong-kosong ya... Seketul gambar di pagi raya 2015.


Ferfiling ayu gitew...


2 ulasan:

  1. skrg along dh sama besar dgn babahnya, nnti tungu 20 tahun lg mesti along dh tinggi galah leh capai pokok kelapa ., hihi selamat hariraya maaf zahir batin utk mrsA sekeluarga ya ;p

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya untuk anda sekeluarga =)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©