Selamat Hari Bapa

June 22, 2015

Selamat Hari Bapa diucapkan buat semua yang telah bergelar bapa tidak kira di mana jua anda berada. Walaupun pada hakikatnya bila-bila masa sahaja kita boleh meraikan bapa kita. Tidak perlulah tunggu sehingga tarikh rasmi hari bapa baru kita nak sambut dan meraikan mereka.

Sambutan hari bapa di Malaysia adalah pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun. Sambutan hari bapa pada tahun ini jatuh pada 21 Jun iaitu semalam. Bertuahlah kepada mereka yang masih mempunyai bapa kerana masih berkesempatan untuk meraikan bapa mereka. Tidak kiralah apa pun gelaran yang kita panggil mereka tetap satu-satunya bapa kita di dunia ini tiada penggantinya.

"Selamat Hari Bapa" sedih dan sebak bila Mrs. A terdengar ungkapan tu coz Mrs. A dah tak mampu lagi nak ucapkan buat Abah. Abah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pada 11 Disember 2012 lebih kurang dua tahun lebih telah berlalu namun arwah Abah sentiasa segar dalam ingatan kami sekeluarga. 'Al-fatihah' buat arwah Abah semoga damai di alam sana.

Al-Fatihah





You Might Also Like

4 comments

  1. Sedih baca entri Mrs. A..
    Saya masih ada bapa tapi sesekali jumpa. Bila jumpa nmpk sangat dia dah tua, sedih dan sayu rasa sbb tak dapat jaga dan msh belum dapat balas pengorbanan dia.. Harap Allah kurniakan bapa saya kesihatan yg baik..

    Al-fatihah untuk abah Mrs. A..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah...
    Perbanyakkan sedekah bacaan ayat alquran kpdnya. :)

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Belajar Keyword Menggunakan Adwords

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah... Moga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me