Bukit Gambang Resort City pt 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bukit Gambang Resort City pt 2

29 Jun 2015

Bukit Gambang Resort City pt 2

Bukit Gambang Resort City ni Mrs. A dah pernah citer nak tau part 1 klik sini Okay sekarang nak sambung lagi citernya. Amboi! lama betul nak tunggu sambungan holiday ke Bukit Gambang Resort City ni. Takpelah janji Mrs. A sambung juga ceritanya sebagaimana yang telah dijanjikan. Adoyai! dah berkali-kali betul membuat percubaan nak up entry bercuti di Bukit Gambang Resort City tapi tidak menjadi kenyataan penyakit M yang sukar dibendung huhuhuuhuuu...

Hari kedua tu breakfast di coffee house Bukit Gambang Resort City, haruslahkan coz breakfast ni termasuk dalam package kecuali adik kena bayar asing. Takdelah awal sangat pun we all turun breakfast lebih kurang pukul 9.00 pagi cenggitu. Breakfast time is about 8.00am to 10.00am kalau tak silap la maklumlah dah lama uols. Menu for breakfast malay cuisine yang banyak dan western pun ada jugak macam cereal dan french toast tu. Makan ajelah sampai lebam coz buffet kans... 

Nampak sangat muka-muka belum mandi pagi ngeh!ngeh!ngeh!

Stall makanan dia dari hujung ke hujung

Lebih kurang 10.30 pagi we all pun balik bilik dan get ready untuk ke water park. Amboi! kemain excited Along, Aryssa dan adik. Tanpa disuruh-suruh laju aje menukar baju ke swimming suit. We all terus pakai swimming suit dari bilik tak naklah bebanyak barang nak angkut ke sana pastu nak bawa balik semula. Sediakan pakaian tukar selepas mandi-manda nanti and the most important thing not to forget is towel yer... uols jangan jadi macam we all terlupa bawa towel ha!

Perkhidmatan Tramp ke Water & Safari Park disediakan

Dalam tramp pilih duk belakang sekali la konon. Ya! ampun terseksanya driver tramp bawak laju macam dia sorang aje dalam tramp tu melambung-lambung we all dibuatnya

Pilihan ditangan uols samada nak naik tramp ataupun drive kereta sendiri ke water park atau safari park tu. We all choose nak naik tramp of course kids teruja sangat tengok tramp yang serupa harimau malaya tu ada juga yang serupa dengan kuda belang. Perkhidmatan tramp ni disediakan untuk pergi dan balik dan masa menunggu tu taklah lama sangat dalam 5 ke 10 minit cenggitu. Sesiapa yang check-in di Arabian boleh tunggu dan dapatkan tramp di depan coffee house, tramp taklah sampai betul-betul ke pintu Arabian. Tetapi antara coffee house dan Arabian tu takdelah jauh manapun.

Dari station yang di depan coffee house tu iaitu tempat we all naik tramp then tramp akan lalu di Caribbean pulak ambil passenger di station sana then barulah terus ke water/safari park. Kalau drive terasa dekat kalau jalan kaki berpeluh gak ler ketiak ngeh!ngeh!ngeh! tak koser hai!

Bila dah sampai aje kat water park tu. Tetiba seluk-seluk bag alamak coupon tiket tertinggal kat bilikla... Aryssa! matilaaa.... ibu kena marah dengan babah ni karang. Nak tak nak kena gak bagi tahukan huhuuuhuu... tiket saya tertinggal kat bilik! Astagafirrulahhalazim ibu kau nikan kata babahnya sambil membebel blaa..blaa..blaa.. dan tarik muka. Okay! okay! sorry salah saya. Takpe biar ibu sorang jer baik bilik amik! sambil berlari pergi untuk dapatkan tramp yang tadi balik unfortunately dah terlepas. huaaaahuaaaahuaaa!!! Tapi mujur ada Aryssa yang baik hati temankan ibu.

Tunggu tramp pergi dan balik semula aje dah membazir masa lebih kurang 20 minit cenggitu cuaca alhamdulillah tak hujan tapi panas yang amat. Kemudian terus ke kaunter tiket dan dapatkan wristbands masing-masing kecuali adik kena bayar asing RM20.00. 

Kat waterpark ni tak guna cash guna e-value. So e-value tu kita boleh beli sekali time kita beli tiket dan valuenya ikut berapa yang kita kehendaki kira kat wristband admission tu. Banyak juga lain-lain benda yang kita terpaksa sewa contohnya seperti pelampung tu. Haruslah sewakan kan kan if not camne kita nak main kat slide tu. Pelampung boleh choose untuk adult or children. Kemudian nak jugak sewa lockerkan kalau tak mana nak letak bag baju, handphone, kamera, semua nak berendam kecuali take turn siapa berendam dulu yang lain pakat jaga barang-barang. If ada yang tak nak mandi-manda tu lebih baik tak yah gi water park ngeh!ngeh!ngeh!

Satu lagi yang Mrs. A cadangkan patut disewa adalah cabana kalau dah dapat sewa cabana ni rasanya tak sewa locker pun okay. Apo ko bondo ea tu? Cabana tu macam pondok kecil empat segi sewanya RM10 tiada had masa. Maknanya if family uols dah berjaya mendapatkan cabana di tempat strategik. Strategik itu maknanya nak kemana-mana slide atau mana-mana tempat permainan pun dekat hah! memang sewa sampai waterpark tutuplah jawabnya. Unfortunately time we all nak sewa dah fully occupied ada pun tempatnya tak strategik nun jauh kat slide adults.

6 lanes racer

Dah puas main slide turun nak ke wave pool & lagoon

Along & Aryssa memula takut pastu ok

Wave pool

Dah puas berendam lapar la pulak stop sekejap isi perut.

Posing dulu sebelum sambung mandi

Cheeeezzss



Family Raft Ride 

Abang kakak mari saya snap family photo katanya

Closing photo sebelum kembali ke bilik
Cepatlah! Ibu! Aryssa! tramp dah sampai la

Walaupun waterpark closing time adalah 6.30 petang tapi we all semua dah tak larat. Lebih kurang pukul 3.00 petang cenggitu we all pun dah beransur balik ke bilik. Seronok memang seronok tapi ada yang tak seronoknya antara satu slide ke satu slide agak jauh lotih yang amat. Satu lagi yang paling sedih dan ralat dan tak sangka sangat Penguin Island closed for maintenance katanya. Hah! apaaaaaa???? Time we all dah settle pasang wristbands masa memula nak masuk tadi tu barulah depa bagi tahu. Nampak tak? nampak tak? marketing srategi depa tu. Walhal itulah yang kids teruja sangat nak main coz masa kat bilik asyiklah dok tengok promo Penguin Island yang ada ikan pirana besar tu mungkin itu juga antara salah satu sebab we all pulang awal ke bilik.

Okay to be continue Safari Park pulak later.  






4 ulasan:

  1. Wah, best bermandi manda bersama family. Ani belum pernah pergi lagi tapi 6 lanes racer. Best tu hehe

    BalasPadam
  2. detail entri mrs A, in shaa allah ada rezeki teringin juga ke sini satu hari nanti.

    BalasPadam
  3. bawak budak2 mmg suka lah tempat ni...tapi mak budak pun x leh tgk je..geram nk terjun sama :-)

    BalasPadam
  4. tgh review gambang water park, tq sharing

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©