Sukan Tahunan 2015

April 20, 2015

Hari ini Aryssa dan adik bercuti. Sekolah depa ambil cuti peristiwa katanya. Semalam 19042015 (Sunday) adalah hari sukan di sekolah SKKGV Aryssa dan adik excited sangat nak pergi. Mrs. A layankan aje, walaupun Aryssa tak ambil satu pun acara tapi katanya cikgu suruh datang bagi support. 

Adik pulak katanya masuk acara lari berhalangan tapi acara tu dah pun berlangsung semasa hari persekolahan dan dia pun dah dapat medalnya pingat perak tak silap Mrs. A coz dapat nombor dua. Tapi they both tetap gak nak pergi sekolah on that day. Abih tu layankan ajelah takkan anak semangat nak gi sekolah ibu kata tak payah pergikan..kan..kan... 

Kekdahnya Mrs. A hantar depa dulu dalam pukul 8.00 pagi cenggitu. Nanti pukul 10.00 baru ibu datang ya anak-anak. Selepas hantar Mrs. A pun pulang otw balik beli breakfast. Kemudian biasalah membuat tugas routine a.k.a tugas pembantu rumah iaitu membasuh baju dan mengemas rumah. Tak lama kemudian Along pulak dah bersiap-siap katanya ibu, Along nak gi KGV dengan kawan-kawan Along dah janji. Amboi! kemain lagiks dah tanya babah ke belum tu katanya dah babah kata ok. Iyolah Along macam dah besar sangat gayanya. Along pergi naik basikal bersama-sama kawan-kawan dia.

Khemah rumah-rumah sukan hias dengan kreativiti masing-masing
Sesampai aje kena sergah dengan Aryssa ibu!!! kenapa lambat sangat. Dia lepak kat bawah pokok tepi padang ni, kawan Mrs. A pun lepak sini. Huh! lambat mencari parking ler... Aryssa oii... pusing keliling tawaf sampai 3 kali. Patutlah babahnya tak nak naik kereta. Memang hazab mencari parking. Mrs. A drive babahnya naik motor lagipun dia sekejap aje katanya ada urusan lain. Finally setelah almost give-up barulah mendapat parking. Ramai betul parents yang datang menyaksikan anak-anak masing-masing. Tahun ni berbeza dari tahun lepas yang obvious sekali tahun ini takde lori Milo yang ada air kotak Milo siapa yang nak ambil tulis nama dulu maknanya sekali ajelah boleh ambilnya tak macam lori Milo tu boleh refill sampai kembong. Cut cost GST lettew!

Melihat dari acara sukan ini rasanya susah juga nak organize. Iyalah anak-anak ini ada macam-macam perangai, setiap satu acara kena jalankan ikut prosedur yang betul, jangan pijak garisan nanti batal, jangan lari dulu tunggu hingga pistol meletup huh! macam-macam kekdahnya yang perlu diberi perhatian. Anyway syabas diucapkan kepada guru-guru SKKGV dan ada juga pemerhati dari kementerian pelajaran kalau tak salah Mrs. A, kalau salah harap maaflah ya!

We are friend same to our parents

Dah nak balik sempat minta Along snap time ni Along bersama kawan-kawan dia

Adik snap photo satu, alah tak naklah katanya

Kawan Mrs. A last time sama kerja di projek Amapng K.L Elevated Highway (AKLEH)

Itu aje gambarnya nampak sangat kurang rajin snap-snap gambar kejadian di padang itulah lebih banyak duduk selesa sambil up-date story dari snap-snap photo ngeh!ngeh!ngeh!  We all tak tunggu sampai tamat pun lebih kurang hampir ke pukul 12.00 tengahari we all pun gerak balik. 

Majulah Sukan Untuk Negara.




You Might Also Like

3 comments

  1. Sekolah anak teman, belum buat sukan lagi... :) tak tahu la nanti, anak teman tu ambik bahagian atau tak...

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa rindu zaman dulu-dulu. banyak kali menang pingat sebab olahragawati sekolah. hehehe

    ReplyDelete
  3. happy nye kan... my dotter yg sulung pun ahad ni ada sukan :) ...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me