Pertandingan Bowling Amal Piala Professor Dato Dr Sufian Alumni STAD 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bowling Amal Piala Professor Dato Dr Sufian Alumni STAD 2015

10 April 2015

Pertandingan Bowling Amal Piala Professor Dato Dr Sufian Alumni STAD 2015

Banner yang berkibar megah di pintu masuk [kau hade!!..]

Credit photo to FB Hamidah Sulaiman/ Zam Ibrahim/ Nizam Shahbudin/ Kuch Kay Kuchai

Saturday 04042015 baru-baru ini Mr. A dan Mrs. A telah menyertai pertandingan bowling amal bersama ex-STAD. Kepada sesiapa yang masih belum tahu apo kobondo ea ex-STAD ni ex tu actually in english. Dalam bahasa maknanya 'bekas', STAD tu Sekolah Tunku Ampuan Durah a.k.a Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD). Pertandingan bowling ni adalah annual event Alumni STAD tahun 2015 adalah kali ke 3. Kali pertama dulu Mrs. A tak joint pun yang kedua jer...Mrs. A start joint klik sini

Tahun ini team tiada syarat tertentu seperti tahun lepas contoh macam tahun lepas setiap team kena ada 2 lelaki dan 2 perempuan tetapi tahun ini suka hati uuools janji ex-Stad. Had umur memang setiap tahun tiada had umur ditetapkan that is why meriah sesangat dengan otai-otai.

Ikut aturcara majlis pukul 8.00 pagi dah ketibaan bekas-bekas pelajar. Humang! aiii... pagi yang amat bowling center pun tak open lagi jah! Walaupun cenggitu we all antara yang awallah jugak tapi breakfast dulu kat NKI Bistro pastu terjumpa dengan gang yang baru turun dari Ampang Superbowl Seremban Prima di mana di situlah pertandingan akan berlangsung katanya rileks-rileks moh! kita breakfast dulu. Semestinyalahkan so Mrs. A dan kids pekena roti canai dulu.


Ada GST tak? cousin Mrs. A tanya alamak babahnya yang bayar so tak tengok resit la pulak

Setelah selesai breakfast barulah bertenaga nak pi bertandingkan, ngeh..ngeh..ngeh... macam teror sangat gayanya. So we all pun geraklah ke Ampang Superbowl Seremban Prima yang terletak di tingkat atas. Oleh kerana baru pukul 9.00 pagi time tu kekdahnya Mall pun tak open lagi so kena ikut jalan belakang ye! uools jalan di parking lot mundar-mandir sana sini pastu terjumpa acik guard tanya camne nak ke bowling center mujur acik guard tu baik sangat terus dia tunjuk arah. Thank you acik guard for your kindness.

Team Mrs. A, Mrs. A adalah ahli yang pertama sampai terus registered amik goodies bag kat dalam tu ada T-shirt so harus tukar ke T-shirt yang telah disediakan dan ada juga name tag yang harus dipakai da... Sebelum acara pertandingan dimulakan sesi suai kenal bersama-sama teams yang bertanding.

Tahun ini Mrs. A package laki bini muahaaaa...

Team '92 Najihah' yang otai tu team lain merangkap emcee/AJK

Selesai sesi suaikenal ada juga acara potong kek perasmian dan juga kek birthday sempena peserta-peserta yang kebetulan date of birth jatuh hari yang sama. Kemudian diikuti bacaan doa dan juga acara dimulakan dengan simboliknya Dato' Norzam Mohd Nor membuat balingan. 


Credit photo to FB Hamidah Sulaimah/ Zam Ibrahim/ Nizam Shahbudin/ Kuch Kay Kuchai

Jom layan gambar sekitar pertandingan bowling tu.
[photo ada watermark credit untuk diri sendiri muaahaaaa]

Ku lihat hijau....
Bapak-bapak dari batch 1992

Ibu-ibu vogue dari batch 1992

Strike please!

Kuch Kay Kuchai yang juga AJK 

Us

Yeah! ada juga top 10 woman dari team 92 Najihah. Tapi bukan yang duduk tu yang berdiri tu ngeh!ngeh!ngeh!
Tak sia-sia yang belakang tu atur strategi monang yo... kito monang

Finally batch 92 Durah berjaya merampas piala pusingan dari batch 1991 [nama team tak ingat]

Aksen sangat tau yang duduk 4 orang tu. Taulah menangkan. Meh! tumpang meh! tumpang amik gambar katanya

We are batch 1992 terbaeik!!! katanya. Habis kena booooo dengan batch-batch lain.

Alhamdulillah tak menang tapi dapat lucky draw yang best [we all tumpang lucky]

Oh! ya oleh kerana terdapat 'Team' yang semua ahlinya perempuan dan semua lelaki pihak penganjur telah memberikan handicap 10 points kepada setiap peserta perempuan. Tapikan..kan..kan... macam tak membantu jer... muaaahaaaaa... Lebih kurang pukul 2.30 petang cenggitu barulah acara tamat. Alhamdulillah rasanya semua peserta enjoy. Hadiah dan lucky draw memang banyak macam semuanya dapat jer... cuma amount jer yang berbeza-beza. Ada ke yang tak dapat? Tapi yang pasti Mrs. A and the gang semua mendapat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur pertandingan dan juga kesemua AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. You all memang awesome tanpa usaha dan committment you all mungkin susahlah juga rasanya nak merealisasikan event yang besar dan meriah seperti ini.


Sebahagian daripada AJK-AJK yang terlibat untuk event ini

Piala-piala adalah sumbangan Zakir Z Rich bussinesman keluaran ex-STAD



Jom kita snap photo beramai-ramai

Semoga ukhwah yang terjalin diantara kami akan berterusan hingga ke akhir hayat. The End.

7 ulasan:

  1. Salam. Hee yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat rapatkan., mak kannns :p meriahnya

    BalasPadam
  2. aktif kak ana tengok Mrs A ni, best kan :)

    BalasPadam
  3. Dah lama tak main bowling.. Meriah pulak bila ramai macam ni

    BalasPadam
  4. bestt . lama dah tak main bowling . huhuu

    BalasPadam
  5. Bila agaknya ada orang nak ajak main bowling. Hehe ^^

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©