Family Day's Out #1 January 2015

January 08, 2015

Ini kisah minggu lepas, time new year 2015 holiday. Kids dah berada di rumah Seremban. Depa ajak babahnya berjalan. Takdelah awal sangat pun we all keluar rumah coz planning nak gi lunch nasi briyani aje. Favorite place hubby if nak makan nasi briyani ialah di Ruz Aladdin, Ampang, Jalan Ulu Klang. Gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.30 tengahari cenggitu. Sempat dulu Mrs. A settlekan kain baju satu pusingan ngeh!ngeh!ngeh! 

Otw ke Ruz Aladdin tu kids kata lepas makan kita nak gi mana ibu? Ibu rasa nak gi zoolah tengok panda. Ha! ok gak tu kata depa. Tetiba lak babahnya nyampuk takde makne nak gi zoolah nanti berpeluh-peluh. Kita gi tengok Hobbit jer... kat KLCC. Huhuuuhuuu...nyampah! kempunan lagi Mrs. A nak nengok panda yang harga juta-juta tu.

We-fei time coz semua tak tidur

Sesampai jer... di Ruz Aladdin tempat di luar tak penuh pun maybe faktor cuaca yang panas so orang lebih suka makan di dalam sejuk ada air-cond

Harga kat sini pada pendapat Mrs. A ikut prize KL if kat Seremban rasanya lebih murah dari harga di sini. Tetapi nasi briyani gam ni memang best nasi dia lembut aje. Kuahnya ada dua satu kari bukan kambing satu lagi kambing coz ada rasa kambing walaupun yang ko order briyani gam ayam kampung goreng.

Briyani Gam Kambing RM20.00

Briyani Gam Ayam Kg Goreng RM17.00

Adik memang tak suka bergambar susah sangat nak amik gambar dia. Lagi satu perangai dia, bila diminta bergambar membebel-bebel tak nak memang tak sporting.

Nak nyorok bawah meja dalam usaha tak nak diambil gambar.

Tapai pulut tu satu RM2.00

Along dan adik order chicken chop RM19.90 each. Sorry tiada gambar coz adik tidak membenarkan sambil mengomel ibu nikan sesikit selfie, sesikit amik gambar huhuuuhu alahai! adik. Sementara Aryssa pula mengorder Fish & Chips pun sama jugak RM19.90.


Air Kelapa Botak RM5.50

Aryssa order Sirap Bandung Cincau RM5.50 / Mrs. A order Nescafe (Hot) RM3.20

Banana Split RM9.90

Alhamdulillah selesai lunch kat Ruz Aladdin we all pun heading to KLCC tujuannya untuk menonton movie The Hobbit: The Battle of Five Armies. Manusia kat KLCC ramai biasa-biasa ajelah kot coz ruang nak jalan still okay lagi takdelah haru-biru bangat.

The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013) iaitu yang sebelum ni pun we all dah tengok time tu satu family jugak tapi kat TGV cinemas Aeon Seremban 2. Along Adik dan Aryssa masih ingat lagi ceritanya. Along cakap Ibu ini sambungan yang sampai naga tu terbang ke kampung tukan?? Iya betullah tu kita tengok kali ni camne ending dia, kat news tulis yang ni The Hobbit yang last no more sequal.

Seat tak berapa nak kebelakang huhuuuhuuu. Seat belakang all full
Ini yang Mrs. A tak faham tiket ni. Apsal ntah 3 for adults and 2 for kids. Coz urusan membeli tiket ni babah punya kerja. Agaknya Along dikira adult ler tu. Tak koser nak tanya lelebih lagipun bukan RM Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Aryssa posing! Harusssslah!

Adik! tolong amik gambar ibu dengan Along & Aryssa. Adik tak nak sudah!

Queue time nak membeli tiket tu agak panjang juger... Sementara babah membeli tiket we all gi membeli tidbits dulu untuk santapan di dalam panggung nanti. Dalam pukul 5.00pm cenggitu barulah dibenarkan masuk. Sebelum itu sesiapa yang nak wiwi baik wiwi dulu ya.. nanti leceh nak keluar masuk panggung di dalam gelap. Kids pun Mrs. A dah warning awal-awal nanti takde makna nak gi wiwi ya... tahan aje sampai movie habis! Memang dah jangka sure 3 jam ceritanya ni betul pun. Keluar-keluar panggung aje tengok jam la.. dah pukul 7.40pm rupanya. Hurmmm... tak dapatlah kita tengok Istikharah Cinta. Aryssa ya!!! Ala... itu nanti kita tengok kat tonton tau ibu katanya. Okay!!.

Camne ek! nak citer pasal The Hobbit ni. Mrs. A rasa okay lah kot coz tak sedar pun rupanya dah 3 jam berlalu. Ada adegan sedih sampai buat Mrs. A leleh air mata ngeh!ngeh!ngeh! bila Fili, Kili dan Raja puak kerdil tu mati. Tapi rasa macam ada sambungan lagi aje... coz bila Raja Elf minta Legolas pulang ke tempat asalnya Legolas tak nak pulang katanya nak merantau lagi so Raja tu okay you go East find somebody call Strider. hah! cenggitulah lebih kurang. So apa maknanya tu just wait and see lorrr...

Kemudian we all pun gerak pulang ke Seremban. Otw sepanjang di highway SBN-KL sewaktu Mrs. A belum tertidur lagiks cuaca okay tak hujan pun. Sambil tu babah dan cakap dah! hah! ni karang semua lelap la ni tak caya tengok la kejap lagi terutamnya ibu kau ni. Ngeh!ngeh!ngeh! tau takpe dah memang fiil camtu sabar yolah ya! Sebelum tu Aryssa sempat tanya babah kita makan apa malam ni??? Hhahahaa!! Aryssa lahai... makan jer...kojer ko ya. Kata babahnya kita tengok dulu tapau aje kot.

Sedar-sedar aje... dah sampai sini.

 Kampung Lobak Thai Seafood and BBQ

Bangun-bangun! kata babahnya kita makan sini. Along & Aryssa dah bangun dulu cuma adik susah sikit nak bangunnya dah semua orang keluar keta pun dia masih lagi termamai-mamai dalam keta. Ini kali pertama Mrs. A dan kids makan kat sini. Babahnya tak usah ditanya pasti dah berkali-kali makan sini ler tuh! One thing for sure babahnya memang pandai makan dan banyak tempat makan yang dia tahu at least kat Seremban ni ler.... Coz faktor kerjanya yang memberikan dia kelebihan tu.

As usual order-mengorder ni babah yang buat. Mrs. A okay jer... maybe disebabkan tahap kecerewetan masing-masing tak sama. Mrs. A ni jenis yang tak cerewet sangat jika nak compare dengan babahnya tu. Daripada Mrs. A order pastu dia complain itu tak kena ini tak kena so lebih baiklah dia yang order, cuma kalau ada apa-apa yang tambah ikut selera sendiri tambah order ajelah.

Sorry! tiada bonus gambar makanan kat sini coz memasing dah kepenatan mood bergambar takde. Tapi food kat sini memang best. We all makan siakap steam masam manis, ayam pandan, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung dan lauk paling happening favorite adik iaitu telor dadar. Ngeh!ngeh!ngeh! senang jer lauk adik tu telor dadar aje dah cukup. Semua sedap-sedap belaka sampai sotong goreng tepung tu we all tambah order lagi coz kids kata sedap sangat nak meratah aje. Recommended tau makan kat sini. Kalau sedap kita recommendedlahkan takde engage apa-apa pun.

Oh! ya sekarang ni bila makan kat luar jer.. we all akan tapau untuk dua ekor ni...

Come (hitam putih) dan Kitiki (oren putih)

Kesianlah dua ekor bulus nikan we all aje makan sesedap depa pun nak jugak. Iyalah biasanya memang ada lebihan pun dari membazir cenggitu jer... lebih baik tapau untuk si bulus dua ekor ni kebiasaanya dah memang setia menanti tengok keta we all ajer.. depa tau dah! Dari jauh lagi dah berlari-lari menuju ke rumah.

Di sini ada wifi uuuoollss

Penutup gegambar ni ajelah seketul kat meja makan itu pun diambil setelah habis makan.

Ibu... biar along amik gambar ibu katanya

In Sha Allah next time nak datang makan di sini lagi, Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ, No 2388, Jalan Manickavasagam, Lobak, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Price: Affordable. Food and service Mrs. A bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Aiks... 4 jer... 4 tu tinggi apa.

Wow! that day memang seharian betul we all keluar kurang lebih 10 jam cenggitu yeker... 10 jam.  Tapi itulah yang tertulis kat FB Mrs. A. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 10.00pm kot. So apa lagi memasing mandi dan terus tidurler...jawabnya. Huhuuuhuuu... esoknya tu (02012015) Mrs. A kerja seperti biasa.


You Might Also Like

11 comments

  1. wah..sedapnya makan-makan dengan family

    ReplyDelete
  2. happy dpt spend time dgn family. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Masa baca entry Mrs. A ni, sambil tu menelan ayaq liuq.. sodap briyani gam tuuu.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Hobbit tu dah ending... diorang buat siri empat, lima ngan enam dulu... baru buat siri satu dua tiga... yg kita baru tengok tu bahagian tiga... kalau nak tengok bebetul cerita ni kena tengok sequel Lord of The Ring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr... yeker... kesian Mrs. A selalu jer tertinggal keretapi.
      Bak kata orang lambat panas orang semua dah tengok Mrs. baru jer...nak menghayati ngeh!ngeh!ngeh!.
      contoh sequal The Twilight Saga orang dah Breaking Dawn Mrs. A baru Eclipse.

      Delete
  5. seronok kn hangout ngan family ni. merapatkn ukhwah gitu

    ReplyDelete
  6. memang seronok bila dapat luangkan masa bersama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Ramai kata hobbit best. Tapi saya x pandai nak tengok. Hehe. Maybe one day akan terlayan jugak.

    Best jalan2 makan2 :)

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee seronok family outing jalan jalan makan makan nasi briyani ampang.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me