Back To School 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Back To School 2015

2 Januari 2015

Back To School 2015

Pada 31122014 Mrs. A cuti. Tetiba jer.. pun husband suruh cuti katanya on that day dia pergi uruskan Along ke sekolah menengah, sementara itu Mrs. A kena uruskan yang lagi dua orang iaitu Aryssa dan Adik. Kekdahnya we all bertiga-tiga ke sekolah rendah. Walaupun kedai buku di sekolah anak-anak Mrs. A yang berdua tu telah dibuka dari awal bulan Disember lagi tetapi biasalah dah last minutes barulah ibunya ni nak gi membeli. Ngeh!ngeh!ngeh! percayalah.... bukan Mrs. A jer... last minutes person time tu ramai betul parents yang sama naiknya membeli dengan we all. Seperti yang sudah dijangka memang akan ada buku yang tak cukup. Jawapan klise penjual buku. Buku ni dah habis stok, lagi dua minggu baru stok baru sampai. Sampai nanti we all akan maklumkan. Okay Aryssa buku ada yang tak cukup buka sekolah nanti beli ataupun nanti kita beli sendiri kat luar.

Buku-buku tulis Adik dan Aryssa kesemuanya dalam RM60.00 lebih cenggitu. Itu belum termasuk lain-lain yuran contoh PIBG, kelab, persatuan dan badan beruniform. Yuran-yuran itu sekolah buka nanti barulah kena dibayar.

 Amboi! bukan main semangat lagi depa balik-balik jer terus tulis nama kat bebuku tu.

Ini Aryssa yang punya
Bila sampai aje rumah Adik terus cakap. Ibu... Aqil tulis nama tau. Biarlah ibu yang tulis ala... Aqil nak tulis sendiri. Okaylah tulis elok-elok. Mrs. A biarkan aje depa menulis cantik ke tak cantik ke sendiri punya tulisan. No complains ha..

Ini Adik yang punya

As for Along pagi 31122014 tu sempat snap gambar dulu. 1st time mengenakan uniform sekolah menengahnya. Along kena pakai uniform coz ada orientasi kata babahnya. Bebuku Along dan beberapa keperluan lain dalam RM300.00 lebih cenggitu.

Okay tak Along katanya

Ini Along yang punya

Pada cuti Christmas sebelum tu we all dah siap-siap membeli keperluan sekolah. Seperti tahun-tahun sebelumnya Mrs. A suka membeli uniform di Pekan Masjid Tanah iaitu dekat area kampung Mrs. A. Kedai tu memang dah jadi favorite we all nak kata harga dia murah giler.. tak jugaklah tapi bolehlah standard kalau branded macam Canggih tu dalam RM30.00 tetapi bukan semua harga sama ikut saiz jugak hokeh! Lagi satu yang Mrs. A suka beli kat kedai ni semua keperluan di bawah satu bumbung. Ada kasut, ada beg, ada tudung, ada baju-baju kecik ada baju pengakap, tunas puteri haish! segala macam keperluan sekolahlah head to toe ada kat sini. If seluar terlebih panjang ada service potong kaki seluar percuma hah! ini yang paling rare. Itu sebab Mrs. A suka bebenor membeli-belah kat sini. Nama kedai ni Bee Cheong sebaris dengan Bank Islam di Pekan Masjid Tanah. Lagi yang best kat sini bila kita spent banyak taukeh tu adalah bagi souvenir contoh macam alat-alat tulis dan pensel box dan juga kalender kuda huk alo...dapat kalender kuda pun nak up ker... ngeh!ngeh!ngeh!

Along & Adik tengah try, test  Aryssa tak turut serta coz dia ikut makngahnya tu yang kena buat trip lain

Alhamdulillah syukur kehadratNya kerana diberikan rezeki dan keadaan yang membolehkan we all sekeluarga membeli persiapan sekolah seadanya. Bersimpati dengan nasib mereka yang ditimpa musibah. Terutamanya mereka yang di pantai timur. Semoga mereka tabah dan dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Syarikat tempat Mrs. A kerja turut serta dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Mereka yang terlibat telah berlepas pada 01012015 yang lalu dengan membawa keperluan yang telah berjaya we all (kakitangan semua) kumpulkan. Semoga sumbangan berkenaan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah banjir berkenaan. Kepada semua sukarelawan tahniah atas keprihatinan anda hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Amin...

3 ulasan:

  1. Ni la anak dh sekolah kn? Papaglamz punya anak bru 7 bulan. x skolah lg.. huhuhu.
    Papaglamz singgah n follow MRs. Z..

    www.papaglamz.com

    BalasPadam
  2. Teman hari pertama pihak sekolah announce suruh beli buku, teman dah beli dah... tak ada beratur panjang pun... cuma ada sesetengah buka masih tak ada lagi sehingga kini...

    BalasPadam
  3. Harap cikgu Aqil paham tulisan dia. Hehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©