Pertandingan Ten Pin Bowling - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Ten Pin Bowling

9 Disember 2014

Pertandingan Ten Pin Bowling

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah. Amboi! tajuk post bukan main lagi. Macam pertandingan international. Okay kasi gambar dulu.



Ini adalah family event side hubby. Organize by pengantin baru iaitu Mrs. A punya sil siapa lagi Maksulah yang baru jer...kahwin bulan lepas. Event ni dah dua kali postponed dalam meeting katanya nak diadakan pada 25112014 (Selasa) tapi tak jadi cos the biras ada pulak yang tak available kerana diarahkan pergi berkursus. Kemudian tukar date pada 05122014 (Jumaat) pun tak jadi lagi cos Ampang Superbowl, Seremban Prima fully booked. So kekdahnya malam tadi 08122014 barulah menjadi kenyataan.

Untuk event ini tukang booking Ampang Superbowl (AS) tu tak lain dan tak bukan tentulah jaguh bowlingkan..kan..kan... iaitu biras Mrs. A yang Nija (Alang) tu. Kiranya most of the staff kat AS tu dah kenal sangat dengan dia al-maklumlah jaguh bowling SUKNS ni. Kiranya di mana ada event bowling di situlah ada Nija. Ini kira peringkat NSler... bukanler international muuuahaahhaaaaa.....

Kalau buat event kenalah jugak buat collectionkan, so this time kena bayorrrr... RM22.00 per head. Lagi banyak head maka lagi banyaklah RM yang kena dibayor..... As for Mrs. A kena RM110 iaitu 22 times 5, tetapi kerana Along & Adik tak joint maka dapat semula RM44 ngeh!ngeh!ngeh!. Along (bil) family pun ada yang tak dapat joint kerana Abanglong (anak sulung depa) nun di PUO menuntut ilmu. Family Alang & Ateh anak kecik memasing memang tak jointlah cos nak angkat bola bowling pun tak larat inikan pulak nak masuk pertandingan. Takpe tunggu besar lagi sikit ya.

Event start lebih kurang pukul 8.30 malam dan dirasmikan oleh Abah (fil). Terima kasih Abah kerana sporting sangat melayan karenah anak-anak menantu dan cecucu semua.

Abah amik gambar dulu ya...

Simbolik perasmian adalah Abah kena buat balingan yang pertama sebelum we all memulakan pertandingan. Kemain protokol sangatkan. Habis tu dah organizer suruh buat cenggitu haruslah ikut.

Abah dengan gaya balingannya

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah ni terbahagi kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Kategori dewasa duo manakala kanak-kanak trio, eh! macam pertandingan nyanyian pulak. Dah itu yang Mrs. A dengar DJ cakap Mrs.A ikut jer... duo dan trio tu bukan sendiri yang pilih ya. Itu ditentukan oleh organizer katanya depa cabut undi, iyer ke tidak tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi Mrs. A memang tak tahu siapa pair Mrs. A sehinggalah melihat sendiri frame monitor tu time sampai mencari-cari lane.

Point after 1st game.

Dewasa ada lima teams, Papa & Kak Ngah (Mrs. A ler...tu), Babah & Mama, Alang & Makteh, Kak Lang & Ateh serta team organizer iaitu Maksu & Paksu. Sementara itu kanak-kanak pulak ada tiga teams, [Aryssa, Danial, Kna] dan seterusnyalah satu team tu dua orang adalah niece & nephew side kaklong pengganti kepada along & adik yang tak hadir kerana syok sangat duduk kampung.

Sebagaimana yang telah dipersetujui team tak dibenarkan husband&wife, cos ini berdasarkan pengalaman lalu pasti champion we all dah boleh agak  iaitu pasangan jaguh bowling tu ler.. Alang & Nija. Kekdahnya team kali ini no more husband&wife except for organizer takpelah kasi chance newly wedd. Beberapa   tahun yang lampau we all dah pernah adakan pertandingan bowling ni at that time Maksu still single. Yang kalah tercorot kena bayar so cer teka siapa yang kena. Ngeh!ngeh!ngeh! mujur bukan Mrs. A yang tercorot hokeh! tapi we all yang kalah tu tong-tongler... membayarnya. 

Time tu takler begitu organize sepertimana event kali ini, siap dengan T-shirt berserta print out family name dan hadiah bagai. T-shirt tu sponsor by pengantin baru color pink Mrs. A yang choosed mujur menang voting cos ada cadangan lain nak color purple. Huh! pleasela... dah dua T-shirt bowling Mrs. A purple iaitu time bowling bersama ex-Stadian. Cukup-cukup sudah aku tak mahu purple lagi. Hadiah Mrs. A tak pasti siapa yang sponsor tapi Aryssa ikut time mil & sil gi beli hadiah tu tapi dia dah kawtim dengan maksunya tak boleh bagi tahu rahsia katanya.

Time event tu berlangsung lanes kebanyakkannya ok takde problem sangat pin tersangkut kerr... bola tak return kerr...all smooth and clear. Pastu tak ramai sangat orang kiranya yang memeriahkan keadaan dan bising-bising hanyalah family we all.




Aryssa, Danial & Kna




Loving couple setia menungggu we all habis games

Settle tiga frames, jeng..jengg...jeng...time untuk lihat siapa yang menang. Okay amik tempat dulu then posing-posing.


Girls only

Memula penyampaian hadiah untuk kategori kanak-kanak. Penyampainya adalah mil.

3rd place - Bob, Adhwa & Sumaiyah (they both ganti along &adik)

2nd place - Aryssa, Danial & Kna
Champion - Aidil, Imran & Kngah Aniz
Tak main pun dapat hadiah gak tapi dah ketiduran

Sorang lagi ni pun dapat gak

Kemudian penyampaian hadiah untuk kategori dewasa pulak. Kali ni turn fil pulak untuk sampaikan hadiah.

5th place - Kaklong & Babah

4th place - Paksu& Maksu

3rd place - Mrs. A & Along. Apa kes ko tayang gigi Mrs. A ingat iklan colgate ker...??

2nd place - Makteh & Alang 

Champion - Nija (K.lang) & Ateh
Huk alor...Danial nape kepala ko masuk sekali ni, gangguan pemandangan betul ler...



Okay finally gambar beramai-ramai, unfortunately Mrs. A takde dalam gambar yang ini cos yang tengah amik gambar tu ler... Mrs. A. Nija pun sama takde nampak kat sebelah tu tengah adjust timer, ngeh!ngeh!ngeh!. Alhamdulillah thank you Allah kerana we all diberi kesempatan untuk event ini. In Sha Allah tahun depan if ada rezeki plan event lain pulak.


6 ulasan:

  1. memang seronok ada acara sebegini sesama keluarga.. mengeratkan silaturrahim kan Mrs. A :)

    BalasPadam
  2. Okay lah tu dapat 3rd Mrs A :D

    BalasPadam
  3. wahh semua dapat hadiah.. seronok nampak semuanya :)

    BalasPadam
  4. Hebatnya keluarga Mrs. A siap ada event bowling lagi....

    BalasPadam
  5. bestnyer ada event keluarga...memang dapat eratkan pertalian keluarga...^_^

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©