New IC - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: New IC

30 Disember 2014

New IC

Last Saturday 26122014 we all empat beranak telah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Motif ke sana nak buat IC untuk Along yang dah pun berumur 12 tahun. Dah! bujang anak ibu rupanya. Plan nak pergi JPN Senawang kerana berdasarkan pengalaman lalu kat sini tak ramai sangat orang, officemate Mrs. A pun suggest buat kat sini. Unfortunately bila sampai jer kat depan pejabat JPN tu... tutup da... tanya kat guard yang tengah duduk kat situ katanya today closed. Huhuhuuuhuu... then we all decide untuk pergi ke JPN Seremban di Wisma Persekutuan.

Lebih kurang pukul 11.30am cenggitu sampai dapat parking bebetul depan gate. Wah! terbaiklah tak payah susah-susah cari parking. Tengok kereta takdelah banyak sangat tanya kat guard di post guard tu katanya JPN buka. Syukur dapatlah kita buat IC Along ya. Sampai aje di pejabat JPN tingkat 1 tengok fuyyo... ramai juga manusia yang nak buat IC macam we all kekdahnya. Hah! tau takpe apa ko ingat ko datang Saturday takde manusia takde maknanya. JPN Seremban Saturday dan Sunday buka dari 9.00am hingga 2.00pm.

Oleh kerana Along tujuannya untuk membuat new IC jadi dia perlu mengisi borang. So babahnya pun ambil borang berserta angka giliran. Serahkan aje urusan mengisi borang tu pada babahnya. Sementara Mrs. A pulak nak tukar IC lama kepada baru tak perlu isi borang cuma amik nombor giliran dan IC lama jangan tinggal kat keta pulak. 

Angka giliran Along time tu 1117 dan angka giliran Mrs. A 1118 tulis kat situ pulak no sekarang 1085. Sabar ye anak-anak dan bapaknya juga lagi tiga puluh lebih orang barulah turn kita. Mrs. A ingat sure lama ni kena tunggu tapi takdelah lama sangat lebih kurang 40 minit cenggitu aje... oklah kot berFB pun tak bosan lagi.

Ha! ni lagi satu Mrs. A tak faham orang lelaki ni ko dah tahu ko nak buat IC anak ko. Tapi boleh pulak ko pi tinggal IC ko sendiri kat dalam keta. Apa ko ingat surat beranak aje dah cukup. Tapi we are so lucky coz budi bicara adik kaunter tu urusan jadi mudah. Thank you so much adik kaunter.

Untuk urusan gambar IC sekarang ni amik kat situ jugak depan kaunter tu jer...yang best tu, dia boleh tanya pulak cer akak tengok gambar akak ok tak? Ke akak nak amik sekali lagi. Hurmmm... oklah tu dik! Muka ada senyum tu, lagipun dah muka cenggitu takkan jadi muka Neelofa pulak. ngeh!ngeh!ngeh! Bayaran yang dikenakan untuk Mrs. A adalah RM10.00. Sementara Along pulak RM11.00. IC siap esoknya. Kiranya sehari selepas itulah. Kat tempat lain tak pasti pulak berapa hari siap. Kalau tak silap kat cawangan kecil tempoh siap seminggu (For confirmation sila check sendiri dengan JPN ya)

Tadaa... Mrs. A sudah tukar you all sudah ke belum?




7 ulasan:

  1. Salam. Hee anak bujang mak itu mestilah gembira ada IC baharu.

    BalasPadam
  2. dah tukar dah... mujur kena byar rm10.00 ja, dan boleh pakai tudung bebas warna dan vorak hehee...

    balas kunjungan :)

    BalasPadam
  3. hari sabtu pun sekarang ni memang akan sesak. haritu buat dekat jpn putrajaya. cepat. tak yah beratur sangat hari biasa. buat hari ni esok dah boleh ambik :)

    BalasPadam
  4. PG tak pernah tukar ic lagi since buat ic yang pertama ;D

    BalasPadam
  5. Saya pun sudah tukar... nasib baik percuma

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©