Maaf Along Zul kami tak datang - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Maaf Along Zul kami tak datang

8 Disember 2014

Maaf Along Zul kami tak datang

Maaf Along Zul kami tak datang. Weekend 06122014 ting tong ting tong takde plan apa-apa. Kids masih kat kampung. Kekdahnya haruslah balik kampungkan... Actually Mrs. A diminta oleh emak wakilkan dia pergi wedding anak nephew dia di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi cos Mrs. A yang paling dekat ke sana kiranya sekangkang kera aje. Nephew kepada emak dan cousin kepada Mrs. A. Emak tak berapa sihat kaki dia belum sembuh sepenuhnya tak boleh nak diri lelama ataupun jalan jauh, penyakit yang biasa orang tua ada iaitu sakit lutut, boleh kot dikatakan penyakit keturunan cos atuk dan nenek side emak memang ada sakit ni sewaktu mereka masih hidup.

Huhuuuhuuu...tapi sorry mak anakmu ini tak dapat nak memenuhi permintaan mudah mu itu. Mrs. A memang nak pergi tapiiiii...... sedih!!! takpelah tak perlu cerita kot to personal to share. Kenapalah permintaan yang mudah itupun ada gak manusia tak dapat nak penuhi? Kenapa??? Sampainyer.... hati. Huh! drama time tu.. so Mrs. A pun berlalu pergi pulang ke kampung untuk memujuk hati yang lara. Drama u oools.

Di kampung meriah ada family Alang selain daripada my kids, adik & emak. Oleh kerana school holiday so family Alang lepak kampung seminggu dua katanya. Paling teruja 1st time jumpa my newborn niece Nur Inshirah Nabila.
Tengok cameraler... tapi dia tengok aunty

Tengok tu tembam ofcos ler...fully BF. Lagi satu yang tak boleh blah tu rambut dia tegak-tegak ibu dia kata dah macam-macam cara buat cenggitu jugak takpelah tunggu... sampai cukur jambul nanti.

Cuti kali ni memang my kids selalu ada jer..kat rumah neneknya tak pergi berjalan pun rumah neighbour ataupun main futsal maybe disebabkan cuaca hujan dan jugak family Alang ada ataupun memang sebab kids masih ingat janji-janji manis they all.

Sampai masa nak balik Seremban iaitu malam tadi cuma Aryssa aje yang ikut balik itupun sebab nak main bowling. Adik & Along walau pelbagai cara dan kaedah Mrs. A pujuk ajak balik sekali namun they both tetap pendirian tak nak balik jugak. Alhamdulillah perjalanan ke Seremban lancar nak kata lancar sangat tak juger.. kira slow moving cenggitu. Lebih kurang pukul 9.30 malam we both pun selamat sampai rumah.


4 ulasan:

  1. Salam...


    Jangan lara lama - lama ye... berbahagia selalu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As-salam kembali... ha.hahaa..haha.. yelahkan peace yo!

      Padam
  2. Biasa la musim cuti camni banyak kenduri yer, tapi tak semua mampu kita hadir atas sebab2 tertentu la yer...

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana telah datang di blog saya :), sekarang saya datang membalas kunjungan hehe :)..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©