Tam

November 24, 2014

Ingat tak post Mrs. A pasal kehilangan tak berapa lama dulu [klik sini]. Tanpa disangka-sangka Tam balik. Saturday tengahari Adik duk bising-bising eh! eh! hehehh...Tam baliklah. Ibu..ibu... Tam balik bu tapi...kan bu... Tam dah ada rantai kat leher dia. Pastu Along pulak cakap itulah ibu dulu Along dah kata belikan rantai untuk tiga ekor ni tapi ibu tak nak. Tengok Tam dah kena cop dengan orang. 

Takpelah biarlah dia yang penting dia selamat Tuan baru dia tu maknanya sayang dia lebih banyak dari kita tu yang dia belikan rantai kot. Sekurang-kurangnya dia ingat kita lagi, ni dia balik kejap kot bagitau dia selamat. Kalau dia datang biar dia datang kalau dia nak pergi biarkan aje dia pergi. Faham tak anak-anak ibu yalah baiklah ibu... bagus faham pun. Ialah Tam pun bukannya kucing we all yang sebenar-benarnya asalnya Tam adalah kucing datang.


Tam dengan rantai siap loceng lagi. Maaf diri ini telah dimiliki ya Mrs. A [cenggituler kot dalam hati dia]

Walaupun pun Tam balik tapi perangai dia pun dah berubah bila Mrs. A nak pegang dan nak usap-usap dia, dia lari-larikankan diri duk atas lantai sama jugak bila anak-anak Mrs. A nak usap-usap manjakan dia, dia dah tak nak dimanja. Dia akan lari-larikan diri ke depan ke belakang gegurau dengan Come & Kitiki pastu pergi.

Siapa sangka Tam balik tapi dah jadi hakmilik orang lain. Harap lepas ni Tam akan datang lagi melawat we all. Sayang Tam.

You Might Also Like

5 comments

  1. Balik juga Tam ye Mrs A, maknanya ada orang lain jaga dia lah sebelum ni, Alhamdulillah sekurang-kurangnya kita tahu di selamat.. :)

    ReplyDelete
  2. amboi tam. hehe. dah kembali dia malu2 lagi la tu kot.

    ReplyDelete
  3. Tam.yang dirindui balik jugak akhirnya..
    Tumpang gembira...

    ReplyDelete
  4. Follower #35.
    Keep in touch.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me