Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih

November 21, 2014


Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih, amboi! dasat tu Along nama majlis perpisahan awak tu. Actually itu adalah majlis untuk tahun 6 2014 di SKKGV. Majlis tersebut berlangsung semalam. Time Mrs. A balik kerja hubby tunjuk surat jemputan yang Along dapat.

Tapi jemputan tu buat pelajar-pelajar aje kira macam majlis guru-guru meraikan anak-anak murid lebih kurang cenggitulah. Tak pasti bila Along dapat surat tu tapi dia tunjuk kat parentsnya on the same day majlis tu akan berlangsung. Mujurlah ko sorang aje yang pergi Along if sekeluarga yang dijemput mahu haru-biru rushing nak bersiap. 

Tak sangka Along dah! 12 tahun sekejap ajer... next week In Sha Allah babahnya kata nak gi pejabat pendaftaran untuk buat kad pengenalan. Malam tu dibenarkan bawa camera & phone. Itu yang Along siap bawa camera tu nak bergambar kenangan katanya.

Jom... layan gambar. 









Keputusan UPSR 2014 akan diumumkan secara rasmi pada Rabu 26.11.2014, In Sha Allah. Semoga semua kawan-kawan Along dan Along akan mendapat keputusan yang cemerlang jika sebaliknya terima ajelah dengan redha ya anak-anak. Kerana itu bukanlah penamat segala-galanya. Mungkin keputusan yang disebaliknya itu adalah permulaan untuk satu kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.

Ibubapa juga boleh menyemak sendiri keputusan melalui sms bermula pukul 10.00 pagi hari yang sama.

Semakan secara SMS - Taip: UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888 

Contoh: UPSR AB001C010 hantar ke 1588

Semakan secara online - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah







You Might Also Like

5 comments

  1. wah, terbaik r nama kad jemputan dia. maybe cikgu bm dia kot yang kasi nama. hehe.
    kejap je kan kak dah 12 tahun anak akak. moga berjaya dengan cemerlang dlm upsr dan seterusnya :)

    ReplyDelete
  2. Mrs. A, sungguh simbolik nama majlis perpisahan Along..

    ReplyDelete
  3. fuhh.kemain namanya kan.
    smga mnapat keputusan yang cemerlang.aamiin.
    betul tu mrs A upsr bukan penamat tp baru permulaan

    ReplyDelete
  4. Dah besar along.. sebaya dgn ank sedara lady yg pertama.. 3 org.. semoga along akn mndpt kptsn yg baik dlm.upsr nanti.. ameeenn..

    ReplyDelete
  5. Kelass gitu nama majlisnye.... Hari rabu minggu dpn keputusan upsr kua...^_^

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me