Majlis Kahwin SIL #Part 2

November 14, 2014

Saturday 08112014 sebelah petang adalah majlis nikah Sil. Memula memanglah Mrs. A plan nak gi  pagi dalam pukul 10.00 cenggitu tapi sayangnya tak menjadi kenyataan ialah bila dah kat rumah sendiri ada jelah pulak benda nak dicolek-colek bak kata orang Negeri Sembilan tu yang tersasar ke  tengahari sampai di Jiboi. Biras Mrs. A yang lagi dua pun dah sampai tapi cuma kaklong jer.. belum sampai. Sesampai jer... jengok-jenguklah apa yang patut dibuat.

Inilah hantaran Sil kepada pihak lelaki yang sempat Mrs. A snap.
Hantaran pihak lelaki takde la pulak camne ler... pulak bolehkan tak snap lansung rasanaya time ni hantaran tu telah dibawa pergi ke homestay.
 

Majlis nikah sebelah petang ni parents in-law budget untuk 100 orang aje... Itu termasukklah side lelaki dan we all serta jiran-jiran terdekat. Jamuannya guna catering yang sama dengan hari bersanding esoknya iaitu package harga kira sekali Saturday + Sunday. Mrs. A pun rasa guna khidmat catering adalah lebih mudah dan teratur. Tuan rumah tak perlu risau urusan makan minum, mana nak hidang, mana nak basuh pinggan/ cawan pastu mana nak layan tetamu. Huuhuuuuhuu... tak terkejorrrr...yop kalau buat sendiri semua tu. Guna khidmat catering ni tuan rumah hanya perlu fokus melayan tetamu aje.


Father in-law yang nikahkan sendiri anaknya. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz maka sahlah kedua-dua mempelai ini menjadi suami-isteri yang sah. Actually sekali lafaz pun masa ni dah! ok tapi adalah lebih afdal dibuat 2 kali lafaz tu yang 2 kali tu. Kemudian imam pun bacakan taklik sesambil mengusik pengantin lelaki.


Time ni Mrs. A diri jer.. dah takde ruang sesuai nak duduk. Ada jiran-jiran terdekat sedara-mara side we all dan of coz kaum kerabat side lelaki.


Alhamdulillah finally they got married. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.


As usual Aryssa pasti tak akan melepaskan peluang bergambarnya. Time ni selepas maksunya dah ready bersiap sementara dipanggil ke depan untuk acara akad nikah.


 Ibunya pun sama. Nak jugak....


We all ler...sister in-laws kepada pengantin perempuan tu...
Susun aturnya memang kena sangat dari kiri kaklong, kakngah, kaklang, kakteh.
Sil sorang jer... perempuan dalam adik-beradik hubby yang lima bersaudara tu.
Itu pasallah dia ada ramai kekakak ipar ngeh!ngeh!ngeh!


Kemudian sebelah malam pulak ada majlis berinai dan bunga api TAPI......[iklan jap]
Sil pakai songket kuning diraja gitu. Berarak dengan iringan selawat nabi dengan kaum kerabat side lelaki. Time ni Mrs. A sorang jer joint berarak the biras tak joint yelah Mrs. A nak snap photo. Jurugambar time ni tengah makan la pulok. 


Tapi............ mana bunga api ni... pengantin dah nak sampai ke rumah dah ni. Sedeh!! bunga api yang ditempah khas itu tidak menyala. Lama tau pengantin duk tunggu bunga api macam-macam cara Bil & Mr. A buat adalah satu tu yang Along sampai curah minyak barulah menyala itupun tak sempat snap kerana dok asyik sangat mengomen kot.


Iniler rupa bentuk bunga api tu walaupun ada enam tak silap tapi satu jer... yang menyalanya. Hei!... choi betullah habis Mr. A kena bahan coz bunga api tu mission dia. Dia yang tempah kat kawan dia. Walaupun malam tu kawan dia si tuan bunga api tu datang tapi bilamana dia sendiri bakar pun tak menyala jugak. Apa masalahnya pun tak pasti la pulak tak sempat nak gosip lagiks.


Setelah mengabaikan kejadian tu pengantin pun masuk ke rumah untuk majlis berinai dan tepung tawar. Setelah side lelaki settle tepung tawar side we all pulak. Tapi gambar ni turn Mrs. A ajelah yang lelain tak perlu kot.


Kemudian sesi bergambar. Cukuplah satu aje untuk readers ya. Ni semua anak-anak sedara pengantin perempuan 10 out of 11. Sorang lagi tu dia memang susah sikit, anti-sosial kekdahnya asyik berkepit aje dengan mama/ papa dia.
 

Kemudian sudah pastilah jamuan makankan..kan..kan... Simple aje buat stail buffet, nasi lemak, roti canai, buah-buahan dan kuih-muih.  Sebelah malam ni makanan tu masak sendiri cuma roti canai aje order.Alhamdulillah cuaca pun elok majlis pun berjalan lancar. Cuma part bunga api tu aje yang wat spoil. Ok. TBC.



You Might Also Like

2 comments

Top Commenters

Shout Me