Majlis Kahwin SIL #Part 1

November 13, 2014

Friday 07112014 selepas maghrib barulah Mrs. A & hubby gerak ke Jiboi untuk menolong apa yang patut. Actually hubby dah gi dari pagi tadi lagi tapi Mrs. A kerja. Dalam mesyuarat pembahagian tugas sebelum ni Mrs. A have mission to complish. Begitu juga dengan biras Mrs. A yang lagi dua orang tu itu iaitu Nija (Alang) & Lala (Ateh). Kaklong tak termasuk dalam mission ni. Mission dia lain daripada we all bertiga.

Jeng..jeng...jeng... mission we all kena settlekan hantaran hokeh! Hantaran untuk kedua-dua belah pihak lagi. Actually bekas-bekas hantaran tu dah tersedia tapi perlu touch-up dengan bunga-bunga segar untuk mencantikkan lagi.

Hantaran yang masih togel yang perlu di touch-up.
Ini pihak lelaki punya.


Pengantin lelaki dan perempuan request kekakak iparnya yang buatkan coz pengantin lelaki punya kaum kerabat duk nun jauh kat Pasoh, Gemas. Adalah lebih sesuai dibuat di Seremban aje dari kena turun naik keta takut bebunga segar tu nanti terkulai layu la pulak dah takde makna segarnya. So bila dah siap maka kekdahnya hantaran-hantaran pihak lelaki akan dihantar pergi ke homestay yang pihak keluarga lelaki dah sewa iaitu Homestay Gedung Lalang tak berapa nak jauh dari Jiboi kira-kira 4km cenggitu.

Biras Mrs. A yang Lala ni mission dia kena siapkan hantaran sebelah lelaki. Bebunga dia lebih kepada purple color. Amboi! Lala kemain khusyuk ko ya..



Sementara itu biras Mrs. A yang Nija kena siapkan hantaran belah perempuan iaitu Sil we all. Mrs. A pulak telah ditugaskan membuat sirih junjung kedua-dua belah pihak.

Jangan tak percaya buat sirih junjung tu...???? Huhuuuuhu... dah ler...Mrs. A ni tak berapa nak kreatif. Bolehkan pulak ketua mission (Nija) bagi mission membuat sirih junjung. Tapi Sil punya pasal buat jugaklah. Adalah Mrs. A print-out beberapa reka bentuk dan cecara membuat sirih junjung dari internet. Pastu tunjuk kat Sil dia nak mana satu dia pun macam faham jer... dia pilih yang simple tak banyak cerewet pun. Actually Mrs. A nak buat sebijik macam contoh tu tapi tak dapat direalisasikan kerana ada beberapa bahan tak cukup contohnya lidi penyucuk dengan tape pelekat hijau takde so tak dapatlah nak mengulung sirih kat lidi tu. Pastu katanya buat ajelah ikut kreativiti kakngah mengikut apa bebahan yang ada.


Sementara we all sibuk melakukan mission memasing.
Ini dua orang budak kerjanya we-fei-we-fei la pulak.




Ini ler rupa kerangka sirih junjung yang Mrs. A kerjakan, memang jauh benar dari rupa bentuk asal yang kat internet tu coz kekurangan bebahan. (amboi! alasan kellaasss... sangat)

Side lelaki punya

Sil punya

Kemudian kena petik bebunga nih! ikut color side memasing.

Side lelaki punya

Sil punya

Time Mrs. A nak petik tu biras Mrs. A yang buat hantaran Sil tu suh tunggu dulu yelah ikut internet tu banyak bunga nak guna. Seriau la pulak kot-kot bunga dia tak cukup. Amboi! habis tu lambat la nak siap sirih junjung kakngah ni nanti kakngah nak pulang awal tau nak tengok Running Man. That is why yang siap kerangka aje dulu tu sementara menunggu bunga punya pasal.

Tapi itu gegurau senda we all aje tak lama tu Mrs. A petik je.. bebunga tu ikut suka hati.
Dari keras tangan Mrs. A tu jadilah cenggini hasilnya.

Sil punya

Side lelaki punya


Oleh kerana Mrs. A buat dua tu aje... for sure ler... Mrs. A siap dulu ngeh!ngeh!ngeh!. Tapiiii........ takdelah Mrs. A balik dulu nak tengok Running Man pun. Sesiapa yang berjaya settlekan mission kenalah tolong memana-mana mission yang tak settle lagi tu. Kekdahnya we all bertiga pun buatlah sesama hantaran side lelaki yang tak settle lagi tu. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12.00 tengah malam cenggitu mission accomplish. Tapi bebunga yang tak habis tu we all pakat-pakat sambung esok apa yang patut dibuat.

Sementara itu time we all bebiras bz untuk settlekan mission hantaran orang-orang yang didapur pun ada mission jugak iaitu memasukkan telur dalam sarung. Lama betul proses ni setahu Mrs. A dari petang dah mula buat hingga ke tengah malam tak gak settle-settle. Adlah Mrs. A tolong seketul dua pastu dah minta diri pulang coz mata dah pedih. Lama sangat menenung bebenda ni dah ler..kat office menenung komputer kat rumah pun kena tenung-menenung lagi tu yang mata letih tu.



Lebih kurang pukul 12.30 malam cenggitu Mrs. A & hubby pun minta diri pulang anak-anak Mrs. A dan cousins depa tidur Jiboi they all memang dah bertungku-bertangga kat sini since Thursday lagi.

Sebahagian kanak-kanak riang itu. (abaikan yang bermisai tu) thats my bil (Along)

 Okaylah ini Friday punya citer lepas ni Mrs. A continue Saturday punya pulak.

You Might Also Like

2 comments

  1. seronoknya kenduri kendara sambil rewang-rewang ni Mrs.A.. cantik kan hantaran dgn fresh flower ni :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee sungguh rajin anak beranak nak majlis kahwin.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me