Kenduri Kesyukuran

November 18, 2014

Last Saturday 15112014 parents in-law buat kenduri kesyukuran. Kenduri ni khas untuk family sahaja iaitu sebagai tanda kesyukuran kami seisi keluarga dengan izin Allah majlis kenduri kahwin sil berjalan lancar. Time Mrs. A balik kerja on Friday evening tu abah cakap kakngah esok emak & abah ada buat kenduri sikit maghrib kat sini datang ya esok cenggitulah pesan Abah lebih kurang. 

Plan nak balik kampung tapi sebab kenduri tu so balik kampungnya terpaksa postponed on Sunday. Kena balik kampung jugak coz nak tengok emak Mrs. A. Friday morning mak ada called kata kaki dia sakit sangat nak gerak pun susah tapi dah panggil orang urut. Itu yang... nak jugak balik kampung balik hari pun tak kisah asalkan dapat jenguk emak.

Routine di hari cuti apa lagi laundrylah kekdahnya. Kids pulak routine depa haruslah membasuh kasut memasing. Tengahari lunch kat rumah walaupun kids beria-ria nak gi Jiboi tapi babahnya kata petang nanti baru pegi. Babahnya ada kerja dah petang pun tak balik-balik lagi. Calling-calling katanya pegi dululah nanti babah datang sendiri. 

Hah! time get ready nak pegi tu lebih kurang pukul 6.00 petang cenggitu ada drama sikit. Aryssa & Adik asyik duk gegurau Mrs. A dah suruh mandi tapi buat lelengah gak tu yang bila kena marah dah merajuk. Aryssalah yang merajuk adik dah cecepat masuk bilik air. Along dah mandi dan bersiap awal coz tak sabar nak gi Jiboi Aryssa dah masuk bilik sambil kunci pintu. Mrs. A panggil sambil ketuk-ketuk pintu pun tak layan, Along amik kunci bilik dia buka dan tarik dia suh mandi tapi tak jalan jugak pastu adik pun sama paksa-paksa dia mandi sambil ugut tinggallah kau sensorang tak jalan jugak. Sambil dia kata pergi ajelah biar dia tinggal sorang. Haish!! sabar ajelah Mrs. A hoi! time ni dah nak dekat pukul 7.00 tak boleh jadi terpaksa gerak gak tu yang we all gerak jugak tinggalkan Aryssa. Tapi gate we all kunci sambil Along called babahnya nanti balik rumah dulu amik Aryssa coz dia majuk tak nak ikut. Memang perangai anak perempuan kot kuat merajuk nak-nak anak nombor dua. Kena marah sikit sentap, marah sikit sentap. Itulah Aryssa buat masa ni.

Otw ke Jiboi terdengar azan di pertengahan jalan pastu Along calling-calling Jiboi bagitau tunggu we all sekejap jangan solat dulu sikit gi nak sampai ni!!! fast and furious tau Mrs. A drive. Adoyai! haru-biru betul time tu. Alhamdulillah sampai dengan selamat, cecepat ambil wuduk dan we all pun solat maghrib jemaah dengan diimamkan oleh Abah (Fil). Brother in-law yang sulong takde dia outstation, Aryssa & babahnya time ni belum sampai lagi. Selepas solat maghrib dengan dibimbing  oleh Abah membaca doa-doa dan ayat-ayat yang sepatutnya dibaca untuk kenduri kesyukuran. Actually part ni Mrs. A pun tak reti sangat. Follow jer... Abah. Selepas itu we all solat Isyak berjemaah.





Kebetulan pulak sehari sebelum tu birthday budak kecik ni.... Batrisyia turn 2yo so sebelum dinner dia cut the cake dulu sambil we all nyanyikan lagu birthday, kemain happy lagi dia. Selain dari we all adik-beradik dan ipar-duai, ada juga emak & nenek kaklong serta parents Nija my biras. Parents dia datang sebaik aje we all selesai solat Isyak. Datang special nak celebrate birthday cucunya si Batrisyia.

Batrisyia with Babah & Umi nyer..

Dinner stail buffet aje. Mil kata keluarkan aje periuk-periuk tu senang tak payah banyak-banyak bekas. Kita-kita aje.. ni kata dia. Yes!! betul tu mak you rock I likes. 

Kari kambing, sayur campur, gulai ikan tenggiri, sambal sotong dan lain-lain

Kaklong makan dulu yer... peace yo. Sementara Mrs. A snap-snap sambil calling-calling Mr. A ialah jiwa kurang tenteram memikirkan my only doter. Tetapi tak lama tu Aryssa & babahnya pun sampai dengan muka terujanya bila tengok keadaaan kat sini yang meriah sambil dia menjadi bahan usikan sebab merajuk.

Kaklong, Aqil, Imran sorang lagi disebalik kerusi adalah Aidil

Malam ni juger...we all pakat-pakat meeting for next event. Amboi! pengantin baru ni baguslah banyak family xtvt yang both of them dah rancangkan. In Sha Allah next week akan ada satu event. So kita tungggguuuuuu......


You Might Also Like

1 comments

  1. Wahhh... penuh meja hidangannya... seronok kan bila dapat berkumpul bersama keluarga... :D

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me