Gadis Pendaftaran - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Gadis Pendaftaran

27 November 2014

Gadis Pendaftaran

Rebranding

Last Friday 21112014 ada majlis perasmian bangunan pentadbiran syarikat di Daerah Jelebu. Telah menjadi kebiasaan di syarikat tempat Mrs. A bekerja ni kekadang kita kena ditugaskan membuat tugasan yang bukan tugas hakiki kita. Mrs. A ok jer.. if unit-unit lain minta tolong ni as long as bos Mrs. A membenarkan ataupun bos sendiri yang arahkan. Ialah adat makan gaji kenalah mengikut arahankan..kan..kan...

Kekdahnya on Friday tu Mrs. A bersama dua orang lagi dari unit Mrs. A pun pergilah ke pejabat pentadbiran di daerah Jelebu sebagaimana yang diarahkan dalam Memo. Bukanlah unit Mrs. A ajer... yang membantu ada juga unit-unit dan bahagian lain yang turut membantu di antaranya bahagian sumber manusia, dan bahagian SHEQA serta lain-lain lagi. 

Oleh kerana hari tersebut adalah Friday dan lunch hour start 12.30 tengahari makanya awal lagi we all dah gerak lebih kurang pukul 11.45 pagi cenggitu. Di sebabkan we both tak tahu where exactly the place so kenalah follow orang yang tahu. Adat mengikut orang kena ikut time orangtulah tu pasal awal tu coz nanti mereka akan solat Jumaat di Jelebu.  Actually Mrs. A tumpang kereta kawan harus yer... tumpang-menumpang because bila mileage claim nanti tidak dipersoalkan.

Otw ke Jelebu tu hujan renyai-renyai we both follow dengan jayanya, tu pasal ler...bila driver Pajero tu naik bukit pun we both follow gak walaupun confuse ni nak ke mana sebenarnya. Kawan Mrs. A kata betul ke ni kak? Ntah! eh tapi ada kereta Haji [officemate juga] gak ha! a'ahla betul la ni kot kata Mrs. A pastu dah! sampai ke hujung they all dalam Pajero tu ketawakan we both. La...apsal ikut En. Mat nak solat Jumaat ler..ni masjid daa... ekkk! elerrr...manaler we all tahu. Sementara menunggu habis solat tu. Mrs. A & friends gi lunch dulu. Keliling satu pekan Jelebu jumpalah kedai makan Haron so lunch di situ.

Just nice habis lunch jer tak lama tu Friday prayer pun selesai then konvoi tu tempat yang dituju. Sampai lebih kurang pukul 2.00 petang cenggitu. Sesampai jer... haruslah mendengar taklimat apa yang perlu dilakukan.



Masing-masing kusyuk mendengar taklimat

Selain daripada perasmian bangunan pentabdiran turut dilancarkan juga wajah baru kaunter bergerak syarikat. Unfortunately kecik jer pulak gambar kaunter bergerak yang Mrs. A snap. Tetapi if nak tengok yang lebih jelas silalah melayari laman web syarikat.

 



YB Dato Hj Mat Ali bin Hj Hassan ketika menandatangi plague sebagi simbolik perasmian.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mat Ali bin Hj Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, NS. Selain daripada itu syarikat turut menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanggungjawab sosial kepada lebih kurang 100 orang anak-anak yatim dari kampung-kampung yang berdekatan. Mereka telah dijemput hadir bersama JKKK dan juga lain-lain agensi yang berkaitan.

Kamilah...gadis pendaftaran itu.



Oh! ya... sedikit pesanan untuk pemilik-pemilik akaun air, bil jangan lupa bayar yer...


4 ulasan:

  1. Salam. Hee nampak seronok saja jadi gadis pendaftaran.

    BalasPadam
  2. hehehe...molek juga tu, selalu tu gadis litar jer... Now, ada gadis pendaftaran... harap lepas nie rajin la orang membayar bil kat kounter tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... teman dah follow blog nie... Ingatkan masa kat kounter jer kena ambik nombor... nak komen kat blog pun kena isi nombor jugak... :d

      Padam

MRS.A my blog my stori ©