Planning yang tidak menjadi

October 13, 2014

Weekend 11102014 yang membuatkan plan diri sendiri tidak menjadi kenyataan hu..huhuu..hu... Weekend ni balik kampung lagi daa...plan aku sensorang diri tak nak balik minggu ni coz ada training netball. Tapi... kuasa Veto kata balik! nak kena tempah baju. Kain ni Mil aku dah lama bagi tapi duk je kat suatu sudut di rumah aku tu dah dekat sangat tarikh wedding sil aku ni baru ler... we all terhegeh-hegeh nak menempahnya. Kain sponsor pun susah if kain beli sendiri pakat tak siap ler..gamaknya cam baju raya we all tahun nih! 

Kengkain tema
Sampai di kampung adik-beradik aku yang lain takde sorang pun. Cuma emak aku jer...lepas makan dan lepak-lepak sekejap aku pi rumah jiran sebelah coz nak tempah baju. Mujur adik tailor tu ada kat rumah. Sebelum aku datang tadi aku dah suh Along pi tanya dulu anti Melor ada rumah tak, dia kata ada tu yang aku datang bawa sekali kain-kain ni. Nak tempah baju we all sekeluarga maknanya kurung dan baju melayu. Melor kata baju akak dengan Aryssa ok baju melayu tak boleh la kak tadi saya dah pesan kat Along dah! yalah dia kata baju kurung wat kat rumah baju melayu buat kat kedai. Yang aku faham baju kurung dia jahit dari rumah ajer... baju melayu dia akan jahit kat kedai dia. Bukan itu maksud dia yang kat kedai tu maksud dia suh tempah kat kedai lain coz dia tak sempat nak siapkan. Ngeh!ngeh!ngeh! inilah yang dikatakan message sudah bertukar bila disampaikan oleh pihak ketiga. Kekdah!nya baju melayu kena tempah tempat lain ya! dear hubby. 

Alamak! dah petang huhuuuuhuuu... aku kena gak message Zilla ni capten netball bagitau aku tak dapat datang. Terasa ralat sangat coz aku dah bagitau kata datang. "Aiyooo... bola kat umah u ekk? Takde orang kat umah?" cenggituler... pulak message Zilla pada aku. Tapi mujur dia memahami dia minta aku datang yang training Sunday 12102014 pulak. Unfortunately Sunday pun aku tak dapat datang coz ziarah orang meninggal.

Sunday morning pepagi lagi hubby aku dah dapat called dari Mil bagitau Ateh punya Mil dah meninggal. Ateh tu adik my hubby kira Bil akulah. Katanya sekarang masih ada kat Hospital Tuanku Jaafar untuk dimandikan dan dikapankan (sakit breast cancer). My kids all tinggal they all pun tak nak ikut. Plan nak ziarah kat hospital ajer.. Tapi otw tu calling-calling Bil aku tu kata dah gerak dah ke Felda Pasir Besar tanam kat sana baru ajer...gerak. Habis tu camne kita nak gi Pasir Besar ke? kejap arrr... tengah fikir ni hahhaaahaaa... jawapan hubby aku terasa lawak lak. Bila dia called Mil katanya kat kedai lagi lepas habis niaga nanti mak gerak gi Pasir Besar. Yalah Mil aku dapat called 6.15 pagi dia dah ready nak kuar niaga dah! that is why dia teruskan jugak niaga dulu semua barang dah prepared takkan nak biarkan ajer... yang pergi tentulah pergi yang hidup wajib meneruskan hidup.

Setelah ditimbang tara then we all pun memutuskan untuk pergi ziarah ke Pasir Besar. Bil aku called dia kata dia tunggu kat Stesen Petronas Paroi, pukul 10.15 pagi just nice timingnya we all ingat nak gi sendiri ikut Tampin tapi bila Ateh dah call kata ikut K.Pilah ajelah follow dia. Sementara tu sempat pulak hubby aku singgah beli kopiah coz we all kan emergency jer... tak sempat nak balik rumah sendiri dulu aku pun semua pinjam tudung pinjam mak aku, baju kurung pinjam my younger sis mujur size lebih kurang.

Kopiah bau kedai, tudung dan baju pinjam
Alhamdulillah perjalanan we all berjalan lancar sesampai di sana, kiranya ini rumah nenek biras akulah arwah emak dia punya emak. Orang dah ramai pun aku masuk ke dalam ikur biras aku tu as for my hubby kat luar ajelah lelaki semua kat luar kecuali keluarga terdekat. Tak lama lepas aku duduk Mil, Fil & Bil aku yang sulung pun sampai. Lebih kurang pukul 12.15 tengahari time tu lepas Zohor barulah gerak ke tanah perkuburan. 

Suasana sedih & pilu sangat aku pun macam terasa-rasa lagi perasaan macamana bila time arwah Abah aku meninggal dulu. Tapi biras aku cakap alhamdulillah dia redho coz tak sanggup tengok emak dia merana. Hampir sebulan arwah mak dia terlantar kat hospital biras aku dengan kakak dia yang banyak jaga. Pagi tadi yang disaat akhir itupun dia ada kat sisi arwah mak dia. Yalah mungkin mati itu adalah yang terbaik buat mak dia relakan ajelah. Al-fatihah buat arwah. Semoga damai dan tenang di alam sana.

Lebih kurang pukul 2.30 petang cenggitu semua telah selamat alhamdulillah berjalan lancar dan dipermudah segala urusan pengebumian. Aku pun minta diri nak gerak dah! Time balik we all ikut jalan Tampin. Time balik ni terasa jauh la pulak dah dua ke tiga kali aku terjaga dari tidur tak gak sampai-sampai lagi ker hubby aku ada stop tapi aku yang tak sedar. Whateverlah janji sampai dan bukan aku yang drive. Lebih kurang pukul 4 petang barulah we all sampai semula kampung. Rupanya Angah & family pun ada. Patut ler...my kids takde calling-calling langsung. Leka ler tu.. coz Bil aku ni rajin melayan karenah they all.


You Might Also Like

1 comments

  1. Salam. Hee semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me