Pelik & Hairan Mistik Adik Manis

October 09, 2014

Ngeh!ngeh!ngeh! title tak boleh blah!

Mrs. A pelik dan hairanlah dengan sorang adik manis kat office ni. Dia selalu ajer.. diganggu ataupun dikacau oleh benda-benda mistik. Ini menurut apa yang diceritakan oleh dialah. At one time kat office dia balik lambat then dia kata tetiba dia dengar macam ada bunyi orang printing kat cubicle sebelah bila dia tengok takde sesiapa pun. Meremang bulu roma dia terus ajer...dia balik takoottt.... Adik manis ni memang suka selfie adalah di suatu petang tu dia selfie pastu bila dia tengok semula gambar yang dia selfie tu dah jadi wefie la pulak coz kat bawah kerusi tempat dia duduk tu ada pulak yang tumpang berselfie sekali.

Time tu dia tunjukkan gambar  tu kat kawan sebelah. Kawan dia tu  pun nampak penumpang yang tumpang selfie tu. Setelah dia kecoh-kecoh Mrs. A pun tanyalah kenapa? Dia pun citer bila Mrs. A dan kawan sorang lagi nak tengok gambar tu dia kata dah delete la pulak.. ish..ish..ish... gerammnya tak dapat tengok. Dah! minta dia cari kat back-up pun tak jumpa. Hurmm... so takdelah merasa Mrs. A dengan kawan yang sorang lagi ni nak tengok.

Recently pada petang 07102014 sekali lagi dia kata time dia tengah wat kerja macam ada orang dok perati dia dari siling bocor ni pastu dia pun amik gambar. Dia suruh kawan Mrs. A yang sorang ni tengok tapi dia tak berani pastu minta Mrs. A tengok ceh! dengan beraninya Mrs. A pun tengok. Tengok punya tengok punya tilik haish! memang aku tak nampak apa-apa pun tapi dia punyalah menerangkan iya... kak! ni mata dia, ni mulut dia cuba akak tengok betul-betul. Dah! tengok betul-betul dah! banyak kali tengok pun nape aku tak nampak jugak... Sampai naik juling aku menengoknya tak jugak aku nampak pastu aku suruh sorang lagi kawan ni tengok. Ntah! dia pun tak nampak jugak.

Agaknya nape adik manis ni ajer... yang selalu berdepan ngan bebenda mistik ni. Pada hal Mrs. A dan 2 orang kawan lagi berkongsi cubicle yang sama cuma beza we all ni mak-mak dara tapi adik manis ni si anak dara adakah sebab itu ataupun itu mainan perasaan adik manis ni aje. Hurmmm...misterikan..kan..kan.... Kena contact TV3 kekdahnya ni masuk slot "jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri".


You Might Also Like

2 comments

  1. Ayoyo adik manis, what happened? Mrs. A, scary merry okay... ^_~

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me