UPSR 2014 Belum Berakhir Lagi

September 12, 2014

Kisah UPSR 2014 rupanya belum berakhir lagi. Huhuuuhuuu...kesian Along kesian anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Kenapa ada manusia negatif macam tu? Dah! nama pun manusia tak perlulah nak pelik sangat kekdah!nya. Rabu petang 10092014 aku dapat message dari kawan office kenyataan akbar dari Kementerian Pendidikan bagitau yang kertas sains 018 UPSR telah bocor dan akan ditangguhkan ke 30 September 2014. Mula ingatkan main-main aku pun search kat internet rupanya kisah benar. 

Waktu tu Along tengah mengaji time amik dia balik ngaji aku pun tunjuk kat dia message tu. Terpinga-pinga dia, la... iyer...ke ibu habis esok Along takde pekse sains la. ish..ish..ish... sains tu dah la subjek favourite Along kata dia. Takdelah jawab aku 30 haribulan nanti baru ada takpe concentrate dengan BI 1 & 2 ajelah malam ni. Ada hikmahlah tu Allah nak bagi masa lagi suh Along buat revision lagi kata aku.

Esoknya Along pergi sekolah dengan harapan akan menjawab BI 1 & 2 dan akan balik petang lebih kurang pukul 4.15 macam tu, kerana sebelah petang ada ujian Aptitud dari  pukul 2.45 petang hingga 4.15 petang. Apa itu ujian Aptitud pun aku kurang pasti. Huk alo... terukkah aku??? Namun memang dah kedengaran desas-desus ditengahari hari Khamis itu yang kertas BI 1 & 2 juger telah bocor. Istighfar aku sekejap sabar yolah pasti ada hikmah disebaliknya. Think Positive! Namun oleh kerana pihak sekolah meneruskan juger...exam kertas BI 1 & 2 tu yang aku tak nak percaya yang kertas BI tu akan diulang semula huhuuuuhuu... hati aku menafikan coz nak sedapkan hati sendiri. Takpe-takpe tunggu ajelah Buletin Utama malam nanti. Malam tu hari ini dalam sejarah sekeluarga tengok berita ngeh!ngeh!ngeh! dan kenyataannya memang kena diulang semula. Oh! Along kesian dia kerana masih belum merdeka. 

Bukan Along seorang tetapi seramai 473,175 calon UPSR di seluruh negara perlu menduduki semula kertas BI 1 & 2 itu sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan II. Aku tak naklah komen lebih-lebih kenapa terjadi begini namun aku berharap sanagat pihak yang berwajib tolonglah siasat perkara ini dengan teliti dan jatuhkan hukuman yang sepatutnya kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini. Disebabkan mereka itu anak-anak yang tak bersalah menjadi mangsa.



You Might Also Like

2 comments

  1. kesian dengan anak2kan Mrs.A, tak apalah anggap ini sbg satu ujian, kak ana doakan along akan memperolehi kejayaan yg cemerlang..amin

    ReplyDelete
  2. saya doakan semoga soalan tidak dapat soalan bocor..

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me