Bocor Lagi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bocor Lagi

23 September 2014

Bocor Lagi

Sabar yolah.. Speechless tak tahu nak mengekpresikan diri ni macamana dan bagaimana rasa fed-up pun ada. Mrs. A rasa ramai ibubapa yang terlibat secara langsung dengan UPSR ni rasa benda yang sama. Time diberitahu subjek Sains dan B.I tu masih boleh terima lagi. Tapi bila dah Matematik dan Bahasa Tamil pulak bocor. Macam dah! standby ajer...ntah-ntah esok lusa Kementerian Pelajaran announce pulak semua bocor. Whatever memang fed-up giler....

Kesian kat anak-anak baru 12 tahun dah kena macam ni. Kita ibu-ibu dan bapa-bapa ni yang lebih stress. Time UPSR that day aku siap amik cuti 3 hari tu yelah 1st time anak amik UPSR sajalah nak bagi moral support. If kat office aku ni, bukan aku sorang jer... ramai gak parents yang bercuti time tu. Faham-faham ajelah kita ibubapa bekerja ni quality time bersama anak-anak sikit sangat tu yang bila anak-anak amik exam kita bagiler... attention lebih biar mereka faham betapa kita amik berat pasal mereka. Ibu atau ayah sanggup jer.. berkorban apa saja demi anak-anak yang dikasihi.

Semalam masa amik they all balik ngaji aku tanyalah Along tau tak mungkin matematik pun Along kena ulang semula tau yang hari tu batal. Then dia kata belum tahu la ibu tengahari tadi Along tengok kat Astro Awani polis masih siasat lagi. Along harap takdelah matematik haritu Along rasa ok semua dapat jawab. Harapan tinggal harapan ajelah Along ha! Buletin Utama malam tadi dah! menjawab segala persoalan bahawasanya Matematik dan Bahasa Tamil diulang semula pada 9 Oktober 2014. Mujurlah Along tak amik Bahasa Tamil. My office mate yang berbangsa India ni kata puan u ok lagi my anak extra bocor tau Bahasa Tamil pun repeat. Hahahaa... yelah. Oh! rupanya masih untung ko Along. Dah! ler we all ni kerja kat syarikat air memang sensitif dengan perkataan bocor-bocor ni. Mana taknya bila paip bocor jer... sedara-mara selalu aje...merujuk we all. Sedara-mara ku pakcik makcik, paksu maksu nenek uwan ha! bukan semedang paip bocor tu we all tahu. If bocornya kek Pilah takkan kek Ghombau pun tahu kena call Tol Free ya biar masuk sistem baru senang nak trace dan disalurkan ke unit-unit yang berkenaan kerja lebih mudah dan cepat jadinya. Eh! sempat pulak aku wat iklan.

Think Positif ajelah Along sabarlah ya...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


1 ulasan:

  1. sangat mengecewakan, kak ana faham perasaan Mrs.A semoga along tabah menempuhinya dan ambil peluang ini utk meningkatkan pencapaian Insyaa Allah.. :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©