Salam Aidilfitri 1435H dan Selamat Bercuti

July 25, 2014

Aku yakin hari ini adalah last day bagi mereka yang bekerja office hours kerja, sebelum bercuti raya. Maybe ada yang dah! bercuti awal tapi rata-ratanya amik cuti 3 hari direct selepas raya tu. Contohnya diri aku sendiri begitu juger my officemate and my ipar-duai and my biras-biras amik cuti 3 hari lepas raya tu. Kekdahnya ofis we all ni kosong if ada pun seketul 2 jer...ngeh!ngeh!ngeh!

Untungler.... dan bersyukurlah ya.. kerana kita insan terpilih yang time kerja 8-5 ni boleh bercuti dengan sesuka hati untuk sambut raya. Kepada mereka yang kena bekerja tu, selamat bekerja. Kerjalah seperti biasa jalankanlah tugas dengan sikap jujur, amanah dan dengan rasa penuh tanggungjawab. Ikhlaskan hati kerana Allah.

Kepada sesiapa yang akan pulang bercuti di kampung tu berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan hokeh! takut nanti menyesal kat atas jalan raya, huh! kenapalah aku ikut jalan ni tadi, kenapa kita nak balik times nih! patutnya kita balik lepas sahur tadi...hahahaahhaaa...itu sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri juger...

Sebelum gerak tu pastikan semua barang dah! cukup. Duit raya yang dah tukar tu jangan pulak terlupa nak bawa sama. Baju-baju dan segala macam maknek kena make surelah cukup untuk berapa hari kita bercuti tu. Rumah yang kita tinggalkan tu pastikan switch-switch dah turn off, pintu dan tingkap telah dikunci. Hah! sampah jangan lupa buang, pastikan dustbin kat dapur rumah kita tu dah clear nanti takut pulak bila kita balik dari bercuti ulat-ulat sampah dah bermaharajalela. Dah! satu kerja pulak nak kena bersihkan.

Kepada sesiapa yang ada haiwan peliharaan tu, hah! make sure mereka telah diuruskan terlebih dahulu. Hantar kat pusat jagaan ke, bawa balik kampung sekali ke ataupun minta tolong neighbour yang tak beraya di kampung tu hulurkan makanan (tuan kepada haiwan peliharaan pulak! sendiri mau ingat ler...takkan nak hulur free ajekan?)

Nak bagitau blog pun cuti raya seminggu, ngeh!ngeh!ngeh! apa ingat blog pun tak tahu cuti ke? Lagipun mood-mood raya nih! takdenya orang nak baca blog. Oh! ya, apa tema u olls raya tahun ni? As for me sedeh! baju raya we all tak siap lagi.. tu ler pasal sapa suruh tempah! last minutes so... ko dapatler...last-last minutes nanti. Oklah nak buat ucapan ni...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Mrs. A & Family
Nih! Hari Raya Aidilfitri 2012

You Might Also Like

2 comments

  1. selamat hari raya aidilfitri akak :)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri buat Mrs.A, moga ceria di hari lembaran. Maaf, zahir dan batin.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me