Kenduri Di Kampung Bahagia Jiboi

July 10, 2014

Kenduri ni sebenarnya sebelum puasa hari tu ngeh!ngeh!ngeh! idea kurang nak bercerita tu yang lambat post. Kenduri side hubby kat rumah my parents in-law. Lucu pun ada bila diingat-ingat coz my FIL kat area kampung ni memang selalu akan diminta untuk menjadi imam atau ketua membaca doa kat kenduri-kendara. Sementelah nak dekat puasa tu ramailer... orang kat sini yang buat kenduri dan minta tolong dia jadi imam bz sungguh dia seminggu dua sebelum puasa hari tu. Malam ni rumah orang tu, malam esok rumah orang ni macam tulah berterusan hinggalah rumah sendiri last minutes baru dapat jadinya.

Aku siap amik cuti lagi hari Jumaat, 270614 tu... sajalah nak tolong apa yang patut. Lagipun aku dah lama tak lelepak kat Jiboi ni walaupun selalu datang tapi singgah je amik my kids then pulang terus. I thot my bebiras yang lain ada tapi meleset tetiga takdo hah! my Sil aje ada coz dia pun cuti juger...hari Jumaat tu makan tengahari, minum petang hingga habis kenduri semua kat Jiboi.

Aku tolong sesikit jer...lain-lain all my Mil dah uruskan. Buat kekecik jer..my Mil kata ajak jiran-jiran dekat sini jer... Menunya apa mak? tanya aku masa baru sampai tu. Menu macam biasa kita kenduri tu jawab dia, sambil aku melawat kawasan, ada ayam tenggiri masak kicap, gulai tempoyak daun, sambal sotong, ayam goreng, gulai daging bersama belimbing buluh dan ikan masin. Dessert pulak bubur kacang campur durian, buah tembikai dan ada kuih-muih sumbangan kaklong my biras of coz la...tokeh kedai kek takkan tak bagi sumbangan ngeh!ngeh!ngeh!. Selain tu ada gak kuih yang jiran bagi.

Bubur kacang  campur durian in the making

Petang barulah nampak muka bebiras aku semua. Kenduri tu selepas solat maghrib. Maknanya solat maghrib di rumah memasing dulu lepas tu barulah tetamu mula datang. We all solat maghrib berjemaah dengan diimankan oleh my Fil. Tapi ada juga yang cuti solat yang pompuannya lah yang tu kena duty prepare apa yang patut dulu sementara we all habis solat maghrib berjemaah. Selepas habis solat maghrib my Bils mulakan duty memasing.





Seperti biasa aku minta tolong anak sulung aku jadi jurukamera malam tu mujur dia mahu. My Bils sedang sibuk prepare apa yang patut boleh mamat sorang ni duduk jer...jadi mandur. huk alo...hubby siapa ler tu...?



The cousins

My Mil tengah sportcheck apa yang kurang


Jubah hitam my Sil malam tu dia punya future husband datang dan telah diperkenalkan kepada aku dan adik-beradiknya, ipar dan biras semua. Amboi! kemain ko ya!


Seketul jer gambar aku bersama hubby.
Tu pasal tak dapat nak pilih gambar awak yang cantek ya!
Sorry dear yang penting saya maintain cun. (cun ker....??)

Alhamdulillah kenduri malam tu berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur kehadrat Ilahi. Makanan semua cukup dan boleh tapau bawa balik, ngeh!ngeh!ngeh!



You Might Also Like

1 comments

Top Commenters

Shout Me