Wedding neighbour sekampung

June 05, 2014

Saturday 31st May 2014, we all balik kampung tujuan utama nak gi wedding neighbour sebelah hadapan rumah mak aku. Meriah sesangat coz anak bongsu ketua kampunglah katakan. Awal aku gerak dari rumah takut nanti dah ramai yang datang parking pun silap-silap penuh halaman. On the way tu aku suruh Along call kampung bagitau we all dah gerak, yang jawab call bukan emak aku tapi kakak ipar rupanya Alang & family dah sampai sejak malam tadi lagi. Excited habis my kids bila tahu cousins they all ada. 

Sejam lepas tu Angah & family pulak sampai cuma abang sulung aku Along jer..yang tak sampai-sampai. Maybe tak baliklah kot coz annoying katanya bila orang asyik tanya bila nak kahwin. ngeh!ngeh!ngeh! sabar yolah...

Ni ler...pengantinnya
Mr. & Mrs Tuan Rumah bz sambut tetamu datang dan pergi
Kebiasaannya di kampung aku dan masih diamalkan lagi majlis kenduri kahwin dibuat secara bergotong-royong sesama penduduk. Contoh time ni dari hari Jumaat lagi orang-orang kampung dah datang menolong apa yang patut pasang khemah ke, sediakan tungku untuk memasak, tuan rumah sembelih 2 ekor lembu. Jumaat petang majlis akad nikah diadakan sebelah malam majlis berinai. Emak aku adalah antara orang-orang yang sibuk menolong, Alang aku pun sama orang pakai baju cantik, dia pakai baju pagoda jer...orang penanggahlah katakan.

Alang t-shirt putih dengan kawan dia (speky) yang dah lama tak bersua (huk alo...yg baju pink kat belakang tu, mulut ternganga???)
 


My niece & Angah

Along & the gang, time ni aku pesan Along nanti jadi jurukamera ibu tau. None ado! bila dia balik tak datang-datang dah! puas call suruh datang tak datang jugak.
Selepas we all habis menjamu selera, 

we all lelepak kat khemah DJ yelah bagi space 

untuk tetamu lain menjamu selera sambil tunggu pengantin lelaki sampai.

Aryssa nak nyanyi tapi takut lah pulak....eksyen jer...lebih

 

Yang nyanyi my SIL, dia memang biasa nyanyi pun we all memang dah faham sangat. Asalkan ada karaoke dia akan menyanyi, kiranya ada aku kisah.

Lagu Selamat Pengantin Baru (Allahyarhamah Saloma punya)
Along tolong!!! amik gambar ibu dengan nenek kata aku
Seronok bila ada majlis-majlis macam ni dapat tengok orang-orang kampung dan jumpa member-member sekampung yang dah lama tak jumpa.Terima kasih juga pada tuan rumah dengan makanan yang meriah dan juga bekalan yang diberikan.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me