Passionate about Korean

May 19, 2014

Apa aku nak blogkan ni ek??? Menurut tips dari beberapa blog yang aku follow untuk memastikan blog sentiasa ada page view blog haruslah selalu ada update. Walaupun bukan setiap hari tetapi janganlah terlalu lama sangat. Ermm...ni kira dah 2 hari aku tak update ni...huh! tak boleh jadi ni. Hehehehehee tapi...? Apa aku nak story ni? Itulah persoalan di minda aku. Story je apa-apa nikan blog aku. My blog my stori.

This week memang dalam sejarah betul. Aku langsung tak ke luar rumah.Takdelah langsung tak keluar dari dalam rumah pulak maksud aku tu tak berjalan langsung setakat ke luar dalam kawasan rumah aku je...itu pun sekadar jemur kain, angkat kain, buang sampah dan tanam benih cili. Itulah diri aku memang boleh duduk terperap aje kat rumah tetapi dengan syarat kena ada tv dan semestinyalah  kena ada Astro hokeh! Aku boleh melayan TV dari pagi hingga ke petang expecially citer Korea. Walaupun aku ni bukan muda remaja lagi tapi aku tetap gak suka dengan citer Korea contoh macam Running Man tu, lagiiii.... apa-apa citer je... yang pelakonnya adalah Lee Min Ho atau pun Rain (Jung Ji Hoon). Memang aku akan melekat kat depan TV my kids dengan hubby memang takkan menang punya muahahaaahhaaaa...

Sunday my kids gi tengok babah they all friendly match. Mujur plan babahnya sudah tukar. Sepatutnya dia kena pergi Serting then terus je ke Padang Rahang tapi tak jadi gi Serting balik rumah terus, itu yang my kids dapat join terus babah they all dari rumah. Kalau ikut aku sure pukul 6.00 petang baru nak gerak coz nak habiskan tengok Running Man dulu muahhaaaaahaaa...

Ni ler...team babah they all dah otai dah tapi otai masih berbisa katanya.

XSTAD FC (pic. upload dari FB Mat Ober)

Seronok habis my kids bila babah they all kata siap-siap ikut babahlah. yeaaaayy...kata they all. Tapi adik tetap tanya ibu tak nak ikut ke bu? Takpelah dik ibu duduk rumah aje. Lagipun hari macam nak hujan nanti siapa nak angkat kasut-kasut sekolah tu alasan aku. Nanti amik gambar ek ibu nak tengok. Huh! bila balik satu gambar pun takde.

Okay! Finished.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me