Mandi Jeram @ Kg. Tanjung Puteri, Jerantut

May 09, 2014

Times yang my kids tunggu-tunggu iaitu mandi jeram. Adoi la hai! banyak kali betul tanyanya ibu lepas ni gi mana? Ibu bila nak gi ni? Bila aku kata tak jadi pergi kot lepas ni terus balik ha!ha!ha! semua hangin jer.. Setelah semua tetamu balik majlis settle we all pun lelepak kat dalam rumah then my kids and cousins depa duk ler...mengajak my BIL yang they all panggil papa. Jomlah papa jomlah.. rajin ler..pulak dia jomlah katanya.

Memula aku ingat malas nak gi cos my 2 biras tak pergi. But then my hubby suh pergi jugak. Papa they all sekereta and family aku sekereta bersama batalion memasing. Dekat jer...pun jeram yang we all pergi ni otw sebelum sampai rumah Makteh jumpa jeram ni dulu, so kena patah-balik ke jalan we all datang tadi. Family we all memang dah ready dengan baju mandi cousins depa the boys aje ada baju mandi gegirls takde. Kepada peminat-peminat air ni janganlah kata malas nak mandilah cos saat ketika dah berada di tempat sebenar nafsu nak mandi takkan boleh ditahan punya. Itu yang mandi pakai kain kurung pun jadik.

Mandi bersama kain kurung mujur tshirt hijau dapat pinjaman.
kalu tak sepasang kurung ler...nampaknya
leh jadi bahan wanita melayu terakhir mandi jeram pun berbaju kurung


Sedang-sedang they all syok mandi, my BIL kata ada siput ler...siput sedut katanya banyak ni jom kita kutip nanti boleh bawa balik suruh Opah masak. Dalam hati aku huh! banyak ke? Macam tak lojik jer... nak kumpulkan banyak sampai boleh masak tu. Tetapi memang betul banyak so aku pun try kutip reraba jer...kat atas batu dalam air tu memang banyak.

 Tengok ni...  dengan bangganya aku menunjukkan siput yang aku dapat ngeh!ngeh!ngeh!


Ni ler...rupa siput sedut yang we all kutip. Memula sikit aje...selepas beberapa ketika memang we all berjaya kumpulkan banyak hingga cukup untuk hidangan makan tengahari esoknya di rumah parents-inlaw.

Lagi tukang kutip siput

Sambil mandi sambil kutip

Tak lama kemudian ada orang datang. Macam kenal la pulok... Hehheeehehee... Akhirnya yang kononnya tak nak pergi tadi datang juger... kecuali my MIL.

Airnya laju, rasa macam makin petang makin laju yeke??? Perasaan we all je kot. Ni masa nak berbaris for picture punyalah susah cos air laju. anak-anak meluncur bersama air so kena pegang kuat-kuat.


Hiruk-pikuk jeram ni dengan we all aje..nampak sangat orang luarnya.






Seronok habis this time tak sedar hari dah petang. Susah betul minta depa stop. Kemudian we all balik rumah Makteh semula get ready to balik Seremban walaupun they all suruh bermalam tapi tak boleh ler...cos ada yang kerja esoknya.

Actually ada tempat lagi best kata Makteh tempat tu memang kawasan perkhemahan dan perkelahan ramai student and visitor suka pergi situ. Unfortunately we all terlepas dah! tu ler..pasal pergi dok khabar katenye. Lain kali tanye kite dulu. Takpeler... next time we all datang lagi yer....

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. Lokasinya... actually Mrs. A pun tak tahu sangat sebabnya Jeram tu berdekatan aje dengan rumah mak saudara yang di kg Tanjung Puteri tu

      Delete
  2. Boleh bg taw x rumah mak sedara tu kat area mane..
    0139161182

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me