Resepi Kek Batik

April 21, 2014

Meh! sini nak kongsi resepi kek batik versi Mrs. A.

Thursday nite (17.4.2014) aku telah membuat kek batik for the 1st time. Aku teruja nak try buat cos aku rasa senang jer... nak buatnya. Ini semua gara-gara office mate aku yang bawa kek batik kat office dan bagitau resepinya dan cara-cara membuatnya. Time tu dengan rajinnya aku menyalin resepi dari dia dan belajar step-step untuk membuat. 

Petang time balik kerja aku pun singgah kedai mamak beli biskut marie dan marjerin, milo dan susu tak payah beli cos makanan tu memang sentiasa ada kat rumah. Maklumlah susu minuman ruji aku dan milo makanan ruji my kids. My kids la pulak yang teruja lebih bila aku kata nak buat kek batik hiks..hik..hiks...

Bahan-bahannya adalah:-

i) Biskut marie 1 paket (flavor boleh guna yang biasa tapi kata kawan aku nak sedap lagi guna flavor kopi atau capucino) aku guna yang biasa aje.
ii) Marjerin (disyorkan brand PELANGI) lain-lain brand pun boleh ikut suka u olls.
iii) Susu pekat manis
iv) Milo ataupun Vico pun boleh

Cara-cara membuatnya, gaulkan marjerin dengan susu di atas api sederhana. Sukatan untuk marjerin adalah satu mug dan susu setengah mug. Setelah sebati masukkan pula milo (sebab aku guna milo, kalau guna vico masukkanlah vico ya) kacau lagi hingga sebati kemudian masukkan biskut marie tadi. Ohhh...ya biskut marie tu perlu dipecah-pecahkan dahulu samada pecah 4 atau 6 ikut suka. Kemudian gaul-gaul lagi hingga sebati tapi jangan lama sangat la pulok ya...agak-agak dah mesra semua bebahan tadi tu kemudian angkat dan gaul-gaul hancurkan lagi biskut marie tu kemudian letak dalam bekas.
resepi
Kek batik in the making
Mengikut tips yang diberikan letak dalam bekas aiskrim supaya nanti mudah untuk dikeluarkan. Ditekan-tekan dalam bekas aiskrim tu agak-agak dah padat kemudian masukkan dalam fridge kat tempat bawah jer...tak perlu kat tempat frozen tu nanti keras macam air batu pulak kek batik u olls camno nak potong tu. Tunggu dalam setengah jam dah boleh makan. Tapi kalau tak nak tunggu esok paginya aje keluarkan dan baru potong macam aku masa tu my kids dah terlelap aku pun dah malas cos esoknya nak kerja da...

Pepagi esoknya bangun jer...terus kuarkan dari fridge untuk dipotong, alhamdulillah percubaan pertama aku boleh dikategorikan menjadi. Comments my kids manis la.. ibu... ermmm...yeke??? takpe next time ibu buat lagi kita kurangkan susu ya.. Bila bawak office suruh sifu kek batik aku rasa dia kata ok not bad. Yahoooo...boleh buat lagi then adjust ikut selera my kids.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me