Reunion S.T.A.D Batch '92_(pt. final)

December 29, 2013

Oklah...sambung lagi citer reunion ni. Acara kekanak yang pertama adalah rebut kerusi, kena keliling kerusi ikut muzik bila muzik stop kena duduk kat kerusi yang disediakan mana yang tak dapat duduk terkeluar kekdahnya. Kategori umur 9-12 tahun.


Anak-anak aku Along & Aryssa joint tapi tak menang pun. Dapat hadiah saguhati aje.
 
Beratur amik hadiah masing-masing. Datin Lin tukang bagi hadiahnya.

Kemudian acara untuk bapak-bapak pulak. Permainannya kotak beracun, konsep dia sama dengan rebut kerusi, kotak kena pasing ikut muzik bila muzik stop if kotak ada pada orang tu tgklah apa arahan kat dalam kotak then kena buat. Ada yang kena berlakon, ada yang kena menyanyi then ada gak yang kena menari. 

 Kemudian bapak-bapak yang menang dapat hadiah memasing. Baju purple husband Norhashila.
Baju grey yang terima hadiah tu husband Hema Dahdi.

Lepas acara bapak-bapak. acara untuk ibu-ibu pulak barulah fair. Acara dia sama je.. kotak beracun, tapi takde picture masa acara tgh berlangsung coz aku pun joint. Anak aku dia pergi buat video pulak dah le.. tak berapa nak cantik so aku tak dapek la nak upload.

Nony menang acara kotak beracun then dapat hamper besar tu..

Ini hadiah aku untuk lucky draw. Actually semua yang hadir dapat buah tangan. Dari dewasa hingga anak-anak. Hadiah memang banyak walaupun hamper aje tapi hampernya best juga.

Oleh kerana hadiah masih berbaki lagi then Mr Presiden minta adakan acara untuk anak-anak yg tak masuk acara lagi. Sebab macam tak adil pulak they all pun nak hadiah juger.... Acara they all, menari gangnam style.
 Baju belang hijau anak Halimahtun dia telah dilantik oleh Emcee sebagai leader semua ikut mcmana dia buat.
 Finally they all pun dapat hadiah juga... happy je muka semua

Raja Azualiza
Sebelah aku tak ingat nama dia apa, Norlela Hasan & Rizal@Gobok dgn anak dia Qayyum
Lin & Usna
Kemudian setelah selesai kat Royal Bintang. Pergi pulak ke padang Rahang untuk football match.

Ex-STADIAN

Jersi Merah Labu FC
Siapa yang menang tak perlulah diberitahu mesti boleh agakkan..kan..kan.. Finally tamat jugak aku nak blogkan citer pasal reunion ni. Ada ura-ura tak lama lagi batch'92 nak buat tournament boling pulak. Harap menjadilah. Nanti boleh jumpa kengkawan lama lagi sure meriah.

Terima kasih bebanyak dan congratulations to the committe yang telah bersusah payah merialisasikan reunion ini. Kredit juga pada Ezza Rizan & Hasba Nizam sekali lagi coz ada picture yang aku upload dari camera both of them.
 Hasba Nizam & Mohd As'ad  - committee lelaki
Cut , Ezza, Zilla & Shila - committee pompuan



You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me