Malaysia Day Xtvt

September 19, 2013

Walaupun time ni cuti dikira panjang tapi we all lepak kat rumah aje. Saturday xtvt mengemas rumah, Sunday gi wedding then Malaysia day gi jenjalan nak cari bedsheet. Babah tak cuti kena gi site kat Bentong. Tinggallah anak-anak dan aku. Tak kisah pun "yeke tak kisah?" dah terbiasa gi jenjalan dedekat ni without my hubby. Pepagi sebelum hubby aku kuar dia ada bagi duit suh gi beli bedsheet Aryssa. carilah kat giant ke the store ke katanya. Dalam hati aku ade ke nak cari bedsheet kat situ tak sessuaii...dalam fikiran aku MK ler...


Aku plan sendiri nak gi MK then nak gi JJ. Tak bagitau anak-anak dulu nanti they all teruja lebih. kekejap tanya, kekejap tanya kot-kot datanglah malas nanti tak jadi pegi pulak haru-biru jadinya. Hari ni dahlah aku kena masak ketam. Coz babah dah beli ketam masa hari Sabtu anak-anak nak makan ketam lagi. Tak silap aku baru je makan ketam hari Selasa sebelum ni tapi itu Mak Mertua aku yang masakkan hehehheeee... Adoii...nak bersihkan ketam ni yg aku bercinter... Ntah apa ler..yang sedap sangat si ketam ni... bukan banyak isi pun susah nak makan adeler... Sesudah anak-anak lunch then only aku bagitau Ibu nak gi MK. Pegi siap amboi laju je they all siap. Dalam pukul 4.30 we all pun gerak ke MK.

Masa aku tengah sesurvey sempat pulak they all deduduk tetidor kat display bed tu

Memula plan nak beli bedsheet Aryssa je.. tapi Adik dgn Along kata they both nak juga. Kesian pulak aku tgk. Tengok budget dulu. Sampai MK sesurvey nak cari sama macam yg we all pernah beli dulu. Jumpa tapi lain sikit. Bila tengok harga oh! takdelah mahal mana bukan setakat bedsheet Adik dengan Along je boleh, bedsheet ibu pun boleh ni. They all pilih corak ikut suka.


Along choosed Batman, Aryssa & Adik angry bird. pink for Aryssa blue for Adik

Tapi bila sampai rumah bedsheet ni tak serupa dgn yg we all pernah beli dulu. Huhuuuhuuu... ralat sikit aku. Tapi anak-anak aku ok jer...takpelah Aryssa nanti ibu beli lagi yg puashati punya.

Lepas tu we all gerak ke JJ misinya nak beli McFlurry Oreo yang Adik nak. Biasalah anak-anak kalau minta buat sesuatu mesti nak upah. Oklah McFlurry Oreo aje pun. Aku pun nak gi Elianto nak kutip voucher. Sepatutnya voucher ni aku dapat time aku beli barang Friday lepas tapi boleh pulak staff Elianto tu blur. tak tahu pasal promotion sendiri dimaafkanlah maybe branch tak tahu lagi. coz sms dari Elianto yang aku dpat pun Friday morning kata ade promotion beli RM100 leh dapat voucher. Thanks to my friend coz we all bayar sekali tu yang dapat.


Along & Adik ok je Aryssa tak puashati coz dia nak makan kat McD



Bila nampak Daily Fresh dah nak Waffle pulak jagung pun nak. Mujur tak nampak Big Apple. Time tengah tunggu kat Daily Fresh nampak pulak slot games sempat pulak main game. Anak-anak zaman sekarang banyak betul pilihannya.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me