Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (part 2)

September 23, 2013


 Dalam van otw to Kuala Besut Jetty
Sesampai je KB Airport aka Sultan Ismail Petra Airport we all terus naik van yang dah sedia menunggu untuk ke Kuala Besut Jetty. Perjalanan lebih kurang dalam 1 jamlah jugak. Memula driver van kata dalam 45 minit tapi bila dihitung-hitung adalah dalam 1 jam. Mungkin jugak sebab we all nih tak sabar nak tengok laut tu yang asyik dok tanya bila nak sampai? bila nak sampai? dah macam kanak-kanak pulak tanya banyak-banyak kali.

Kak Pah & Didie takde dalam gambar (Didie amik gambar Kak Pah mana ek?)

Bila sampai je Kuala Besut Jetty pun dah ada orang tunggu untuk naik boat transfer ke pulau pulak. Contact person ni semua adalah orang-orang Mohsin Chalet. Untuk rekod berhati-hati dengan manusia-manusia penipu yang suka ambil kesempatan. Make sure contact person adalah orang yang sama yang telah diberitahu oleh package yang kita amik. Memang banyak kes penipuan nantilah aku citer. 



Boat transfer dari Kuala Besut Jetty ke Mohsin Chalet dalam half hour tak silap aku. Tapi tak rasa sangat we all seronok je...almaklumlah semua muka-muka suka naik speedboat. Hah! walaupun ditengah lautan ni tapi Celcom tetap ada coverage coz aku sempat calling-calling hubby aku report duty time nih! Jangan jeles ye yang bukan Celcom tu memang tak berapa nak ade line. Cuma kena berhati-hatilah takut HP tercampak dalam laut pulak nanti. nngeh...ngeh..ngeh...

Ya...ya...saya kat dalam boat ni otw ke pulau

Bila dah hampir sampai pulau kena tukar boat daa...coz speedboat tak boleh sampai ke pantai. Speedboat untuk air yang dedalam ye setakat jejejak kaki nih! speedboat tak main kekdahnya. Bila dah jejak pantai pulau perhentian kecil yang sebenar-benarnya we all terus mencari Mohsin Chalet tak jauh pun dari pantai tapi tetap kena jalan dalam 5 minit walking distance kot. Officenya kat Cafe di atas bukit. Didie n sapa ek teman dia gi amik kunci tak ingat dah! yang lain-lain tunggu je kat Dorm yang we all nak duduk tu. Lepak-lepak sambil pilih-pilih katil memasing dan oleh kerana time ni tea break. So for the tea break kena pi kat Cafe kat atas bukit. View dari sini cantik.

Dah jejak pantai

Boat satu lagi

Tea break ni inclusive dalam package

Continue nexts part...

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me