Itu ini petang Ahad

September 02, 2013

Petang Ahad, 1 September '13 hujan lebat. Aku bagitau dengan anak-anak nanti Ibu nak pegi rumah Mama pukul 5. Soalan lazim akan ditanya oleh anak-anak aku. Babah pun ke bu? Kali nih! Babahnya dah sedia jawab Babah tak ikut ade keja nak kuar dgn uncle Cicoi. Aku ok jer...no hal sendiri drive then ikut time sendiri.  

Anak-anak hepi dpat kuar. Plan pukul 5 tak menjadi coz hujan lebat dan tahap kemalasan yg tinggi hahhaaa... Lagipun anak-anak aku syok tengok Iron Man 3. Walaupun Iron Man 3 dah lama kuar kat pawagam tapi we all baru je tgk. setelah mereka paksa Babahnya order kat Astro First. Aku pun setuju sebab nak tengok Robert Downey JR.

Tony Stark & Mark 42 yeke M42 nih? hahahaa...

Dah! habis Iron Man 3 barulah aku siap lebih kurang pukul 6.20 ptg we all gerak. Pegi Giant Ampangan dulu coz nak beli Waffle. Upah coz tolong urut ibu. kui..kui..kui..anak-anak zaman sekarang punya demand. Anak-anak aku suka je makan Waffle kat sini. Tak tahulah aku apa yang sedap sangat. Masing-masing order ikut flavor memasing. Satu Waffle harga RM2.50. Pastu nak kaya ball jugak.


Sempat posing sambil tunggu Waffle

Anak pompuan aku biasanya ade je dgn aku. Tapi Along dgn adik akan melawat kawasan. Pasti ade je dia 2 orang nih! nak beli selalunya mainanlah. Kalau mainan aku susah sikit nak bagi walaupun guna duit diaorang sendiri. Time ni diaorang nak beli BDaman. Sure mak tak bagi Nyah! diaorang dah ada mainan nih! bukan satu sorang 2 lagi tu. Dah tu harga RM9.90. satu. kalau tak pernah ada oklah. No..no..no... siap aku buntang2 mata lagi masa ni...

Begini ler..rupanya mainan tu. Tapi ini bukan diaorang punya

Mainan nih! biasanya tak siap lagi. so kena pasang sendiri

Muka sedih si adik tak dapat BDaman

Mujur Waffle pun dah ready, so tanpa berlengah dan buat tak tahu aku pun ajak diaorang gerak ke destinasi seterusnya. Rumah biras aku nak amik kek yang aku tempah untuk Potluck kat office besoknya.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me