Politik la pulok!

August 26, 2013

Sebenarnya masa hari Ahad 25.8.2013 Kg aku ada Mesyuarat UMNO ada pemilihan. So mak aku suh balik jugak tu nak dapatkan undi aku dan Angah aku hahhhaaaaaa...hebat tak emak aku meraih undi. 1st time aku pi Mesyuarat wanita UMNO. Salute aku dengan makcik-makcik yang berucap kat depan masa mesyuarat tu. bukan semua orang mampu menjadi pemimpin nih!

Mesyuarat UMNO nih rupanya ada cabang-cabangnya. Memula diaorang dah adakan Mesyuarat Puteri Umno dan Pemuda UMNO. Yang aku masuk Mesyuarat tu adalah Mesyuarat Wanita UMNO. Dalam Mesyuarat nih ada wakil dari pucuk pimpinan tertinggi sebagai pemantau dan pemerhati. Takdelah mesyuarat tu kesemuanya pepandai orang-orang Kg je...oh! tidak sama sekali. Kehadiran ahli direkod, siap minta IC lagi tu then check dalam sistem samada orang tu berdaftar ke tidak dengan UMNO cawangan.

Tuler pemerhati & pemantau tu..Nama tak ingat la pulak.








Masa Mesyuarat Wanita, Ketua Wanita sediada telah dicabar oleh seorang calon baru. Waktu ni ada insiden sikit. Memula rekod kehadiran wanita 38 orang. Tapi masa pengiraan undi. Undi tu terlebih la pulak. Calon sediada jumlah undi 23, Calon baru 21. Aik! macamana boleh jadi macam tu... rupanya ada yang angkat tangan 2 kali dan ada jugak datang yang tak rekod kehadiran. Hahhaaaaa...maka terpaksalah pemerhati masuk campur kira semula kehadiran satu persatu setelah semua puas hati barulah dijalankan undi sekali lagi. Bila undi sekali lagi keputusan telah berubah kemenangan telah berpihak kepada calon baru. Menang tipis.

Kerusi Merah untuk Wanita


Calon Ketua Cawangan

Setelah selesai Agenda Wanita barulah diadakan Mesyuarat UMNO cawangan iaitu Mesyuarat bagi keseluruhan cabang. Tujuan utama adalah untuk memilih ketua cawangan penggal yang baru. Waktu ni pun hangat jugak, ketua cawangan yang lama ada pencabar. Kiranya ada pihak lawan la... Ahli berdaftar Kg aku lebih kurang 200 lebih orang. Kehadiran yang direkodkan adalah lebih kurang 100 lebih orang maka layaklah untuk mesyuarat dijalankan. Calon lama telah berjaya mengekalkan jawatan beliau. Syabas! dan Tahniah diucapkan. Menang sebanyak 66 undi, pencabar 37 undi.Kepada yang tak menang tu janganlah berkecil hati pulak. Kena belajar lagi tu..


You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me